Part 16

855 99 13
                                    

Pada pagi sabtu yang kurang indah, terdengar suara bising di sebuah bilik.

"Hali, bolehlah aku ikut emm? Aku belum berkenalan lagi dengan si pencuri hati kau tu ulalalaa. Bolehlah eh?"

Solar membuat muka comel sambil menghalang Halilintar daripada keluar dari bilik.

Halilintar berdecit. "Tak boleh!"

"Alah bolehlah, bolehlah em? Ya? Ya?"

Halilintar mengusap kepalanya bengang, dia hela nafas.

"Fine, kau boleh ikut!" kata Halilintar dengan separuh hati merela.

Solar tersenyum lebar sambil melompat girang. "Yeah!! Boleh ikut. Jom lah pergi, nanti Gempa tertunggu pula."

Usai sahaja berkata begitu Solar terus berlalu keluar bilik meninggalkan Halilintar sudah kesal separuh mati.

"Sibuk aje, tak boleh nak berduaan dengan Gemgem." omel Halilintar dengan muka cemberut.

Dengan langkah terhentak-hentak dia keluar bilik.

•••••

"Lama tunggu? Maaf ya?"

Gempa yang sedang menghirup udara segar, segera menoleh pada suara tersebut. Dia tersenyum.

"Hai Hali.. Err siapa?" mata Gempa memandang Solar yang berdiri disebelah Halilintar dengan kening berkerut.

"Hai! Saya Solar, sepupu si pikachu ni! Salam kenal!"

"Hai juga, saya Gempa salam kenal juga."

Solar dan Gempa berjabat tangan sambil berbalas senyuman.

"Ehem! Dah habis berkenalannya, jom kita jogging. Kau dah panaskan badan?" celah Halilintar dengan wajah keruh. Solar hanya tersenyum senget.

Gempa mengangguk kecil. "Dah."

"Kalau macam tu, jom gerak."

Mereka bertiga mulakan jogging pada pagi itu, sambil berbual kosong.

"Gemgem, awak ni comellah. Geram pula saya tengok pipi tembam awak tu. Saya suka dengan orang pipi tembam ni." kata Solar yang berjogging di sebelah Gempa.

Wajah Gempa berona merah, dia berdeham.

"Mana ada, biasa ajelah. Tak comel pun, buruk adalah." Bisik Gempa perlahan, namun masih didengari oleh Solar dan Halilintar.

"Kau tak buruk lah, kau tu istimewa okey. Aku suka." Solar dan Halilintar saling berbalas renungan bila mengucapkan perkataan yang sama.

Gempa berhenti daripada berlari, dia mengambil nafas kerana kelelahan.

"Korang rehat jap."

Duo sepupu itu mula berhenti, dan mendekati Gempa.

"Baru aje mula kau dah penat, yelah kita rehat sebentar. Jom duduk kat sana."

Mereka bertiga bergerak ke bangku taman.

"Fuh!!" keluh Gempa sambil bersandar pada badan bangku.

Halilintar hanya memandang, manakala Solar tersenyum kecil. Dia mengerling Halilintar sejenak, lalu dia tersenyum nakal.

"Gem, kau dah ada kekasih belum?"

Halilintar terbatuk mendengar soalan Solar, manakala Gempa hanya memandang Solar polos.

"Dah! Kelmarin saya dan Halilintar baru aje rasmi jadi kekasih. Kan Hali?" dengan polosnya Gempa berkata.

Wajah Halilintar sudah memerah, dia membuang muka ke arah lain sambil menarik turun sudu topinya untuk menutup wajahnya yang merah itu.

Solar melongo kecil, dia tergelak sambil bertepuk tangan.

"Wahh!! Yeke? Tahniah korang, bolehlah belanja aku makan ya tak Hali?" kata Solar sambil mengerling Halilintar yang sudah merengus kecil.

"Apasal kau bagitau dia ha?" omel Halilintar kesal. Gempa hanya memandang Halilintar polos.

"Dah orang tanya, kita kenalah jawab kan?" kata Gempa. Solar hanya terkekek.

"Betul tu Gem, tak sangka orang dingin macam tu boleh dapat kekasih comel dan polos macam awak."

Solar mencubit-cubit pipi Gempa geram. Gempa hanya tersengih dengan dahi berkerut bila pipinya digomol Solar.

Halilintar menjeling seraya menepis tangan Solar daripada pipi Gempa.

"Jangan berani kau sentuh dia." kata Halilintar tegas.

"Posesif." bisik Solar dengan mulut tercebik kecil. Dia kemudian tersenyum senget.

Cup! Solar mencium pipi Gempa dengan senyum nakal. Mata Gempa membulat terkejut.

"Solar! Berani kau cium dia! Sini kau!"

Solar terus melarikan diri bila Halilintar mengambil langkah untuk mengejarnya, dia tergelak sambil menjelirkan lidah pada Halilintar.

"Kena kau! Haha pikachu cemburu lah, first time tengok!"

Gempa hanya tersenyum melihat duo sepupu itu yang sibuk bergaduh ala manja.





Tbc...

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now