Anak mata Gempa mengedar memandang sekeliling taman, dia menghayun buaian yang di naik itu. Mulutnya memuncung bila kelibat Halilintar belum muncul. Lelaki itu sedang pergi membeli aiskrim untuk mereka berdua.
"Maaf buat kau tertunggu. Orang ramai." Halilintar melabuh duduk dibuaian di sebelah Gempa. Ditangannya terdapat dua kon aiskrim.
Gempa tersenyum manis sambil menyuakan tangan seolah meminta aiskrim daripada Halilintar. Halilintar memberi aiskrim coklat kepada Gempa.
"Tak apa. Gemgem faham, jangan Linlin tinggalkan Gemgem sudah." kata Gempa sambil menjilat aiskrimnya.
Halilintar terdiam bila mendengar perkataan Gempa barusan. Dia mengerling Gempa dengan tatapan mata yang redup.
Gempa menoleh bila terasa dirinya dipandang.
"Linlin okey? Kenapa tak makan lagi aiskrim tu? Nanti cair pula." soal Gempa sedikit risau tatkala melihat raut wajah Halilintar yang mendung itu.
Halilintar tersenyum tawar. "Hmmm, aku okey."
Dia menjilat kecil aiskrim vanila miliknya sambil termenung memikirkan sesuatu.
Hening menguasai suasana di antara mereka berdua. Masing-masing melayan perasan.
Kepala Halilintar tertunduk, aiskrim miliknya yang masih tersisa terjatuh ke tanah. Dia mengerang kecil sambil meramas seluarnya. Tengkuknya serasa mendorong sesuatu yang mahu keluar.
Gempa tersedar dari melamun bila mendengar suara rintihan di sebelahnya. Dia bangun dari buaian lalu mendekati Halilintar.
"Linlin okey tak ni?" tanya Gempa risau.
"A..aku okey, aku nak ke tandas kejap kau tunggu sini."
Halilintar terus berlari pergi meninggalkan Gempa yang dilanda risau dan bingung melihat kelakuan aneh Halilintar tersebut.
"Kenapa dengan Linlin? Dia macam nak sembunyikan sesuatu dari aku. Apa ya?"
•••••
Mereka berdua berjalan beriringi, dengan suasana sepi. Masing-masing memandang langit malam yang indah ditemani bintang-bintang bertaburan.
"Linlin, ada sembunyikan sesuatu dari Gemgem ke?" tiba-tiba sahaja Gempa melontarkan soalan, menghalang suasana sepi itu.
Halilintar tersentak kaget, langkah kakinya terhenti begitu juga Gempa. Mereka berdiri saling berhadapan.
"Kenapa kau tanya macam tu?" soal Halilintar sambil merenung wajah Gempa yang tampak comel dan manis bila disimbah cahaya bulan.
"Tak ada lah. Perasaan Gemgem yang mengatakan bahawa Linlin ada sembunyikan sesuatu dari Gemgem. Tapi apa? Boleh Gemgem tau? Hmmm, kalau tak boleh tak apa Gemgem tak paksa. Nanti Gemgem akan tau juga kan?"
Pandangan mata mereka bertaut lama, Halilintar memegang wajah Gempa lembut. Dia tersenyum kecil.
"Dengar sini Gem, ada benda yang boleh aku beritahu dan ada juga yang aku tak boleh bagitahu kau." Kata Halilintar.
"Tapi kenapa? Gemgem tak penting ke untuk Linlin?" suara Gempa mula kedengaran bergetar.
"Bukan macam tu, kau sangat penting dalam hidup aku selepas ibubapa aku Gem. Aku.."
"Habistu kenapa Linlin nak berahsia? Bukan ke kalau dalam perhubungan haruslah jujur satu sama lain? Gemgem tak pernah berahsia dengan Linlin, tapi Linlin?"
Halilintar tertunduk, "Aku.."
"Sudahlah, jom balik."
Gempa menepis perlahan tangan Halilintar yang masih memegang wajahnya. Dia terus mengorak langkah untuk pergi dengan wajah kecewa.
"Gempa...aku nak bagitahu kau tapi.. Aku takut akan lukakan hati kau." bisik Halilintar, sambil memandang Gempa yang sudah jauh darinya.
Tbc...
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!