Kring!!
Bunyi loceng menandakan waktu persekolahan sudah pun berakhir. Semua pelajar mula mengemas peralatan belajar, dan berhamburan keluar kelas untuk pulang.
Halilintar beredar dari kelas, dan dia bersandar pada dinding bersebelahan dengan pintu kelas. Kakinya terkuis-kuis pada lantai, anak matanya mengerling pelajar yang tersenyum-tersenyum bila bertatap muka dengannya namun Halilintar hanya menayang wajah dingin sahaja.
"Oh? Hali, kenapa awak berdiri kat situ? Tunggu siapa? Kawan awak ke?"
Kepala Halilintar terangkat bila suara yang amat dia kenali menyapa cuping telinganya. Anak mata merahnya merenung sepasang mata gold milik Gempa.
"Heloo? Hali? Hali oiy!" kening Gempa berkerut hairan bila Halilintar tidak memberi respon.
Tangan Gempa terlambai di hadapan wajah Halilintar.
"Heloo? Are you still here? Awak tido ke apa? Aik, mana ada orang tido sambil berdiri dengan mata terbuka kan? Habistu dia kenapa? Kena santau ke?"
"Nak mati?"
"Eh?"
Mata Gempa membulat, kepalanya tergeleng laju.
"Eh jangan bunuh saya, saya masih nak hidup panjang lagi. Cari orang lain ya?" kata Gempa kalut, seraya mengambil langkah untuk melarikan diri. Akan tetapi, lengannya dipegang Halilintar.
"Tunggu, aku nak beritahu kau untuk jumpa aku di taman lepas asar. Jangan lambat, kalau tak nahas kau." Kata Halilintar berbaur ugutan, dia melepaskan pegangannya pada lengan Gempa lantas dia menonong pergi meninggalkan Gempa yang terpinga-pinga kebingungan.
"Dah kenapa dia ajak aku ke taman? Hmm, lantaklah. Nanti aku taulah apa sebab dia tu."
Gempa yang mahu mengangkat kaki untuk melangkah, terbantut apabila ada suara seseorang memanggil namanya. Dia berpaling, sesaat kemudian raut wajah Gempa berubah pucat.
"Well, well. Aku rasa ada orang tu langgar amaran kau lah Yaya. Nampaknya, dia nak tempah kubur awal-awal lah." seloroh Ying pada Yaya, namun anak matanya mengerling Gempa sinis.
Yaya berpeluk tubuh. "Hmm, kau memang tak makan saman ya?"
"Kenapa pula nak makan saman, kalau nasi dah ada." jawab Gempa polos.
Ketiga gadis itu berdecit geram. Tangan Yaya terangkat dan pang! Satu tamparan hinggap di pipi Gempa.
Mata Gempa terbelalak terkejut sambil menyentuh pipinya yang sudah meninggalkan kesan merah akibat tamparan kuat daripada Yaya.
"Kau! Ingat aku buta ke apa kau dan Halilintar buat dalam kelas pagi tadi?"
"Apa saya buat?"
"Tak payah, pura-pura tak ingat lah. Best kena cium bahkan dipeluk Hali tadi? Aku tak sangka yang kau ni murah sangat sampai sanggup jual tubuh pada Halilintar ya?"
Terkelu lidah Gempa dibuatnya.
"Apa yang awak cakapkan ni Yaya? Saya tak fahamlah."
Yaya mengeram marah. "Hei jalang gemuk, kau tak payah pura-pura innocent lah kalau belakang kami kau menyetan. Jual badan kau sana sini, maklumlah tak laku kan?"
"Entahnya, apalah yang si Hali tu pandang kau yang buruk rupa ni."
Mereka bertiga tergelak jahat selepas menghina Gempa.
Gempa mengertap bibir, tangannya tergenggam kemas.
"Biar pun saya buruk rupa, tapi saya lebih baik daripada korang yang hatinya busuk melebihi bangkai. Harap aje muka cantik tapi hati busuk, hitam dan baunya macam bangkai. Muka cantik kalau hati busuk tak menjamin kebahagiaan pun.Cantik hanya sementara, kalau tua nanti berkedut juga dan akan dimamah ulat di lubang kubur nanti."
Usai sahaja berkata begitu, Gempa terus beredar pergi dengan perasaan yang dipalu rasa sakit. Tidak bolehkah dia nak hidup tenang walaupun satu hari sahaja, dia dah muak dengan hinaan semacam itu.
"Tak guna! Tunggu kau nanti gemuk."
Tbc..
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!