Part 13

905 91 23
                                    

Gempa mengedarkan pandangan matanya disegenap ruang kelasnya yang tampak lenggang dan sedikit bising. Ramai rakan sekelasnya merayap entah ke mana, kerana semua guru di sekolahnya mengadakan mesyuarat yang mendadak.

"Hmmm." keluh Gempa, dia mengerling Halilintar yang khusyuk mendengar lagu melalui earphone sambil bermain sebuah aplikasi game.

Game yang tembak-tembak tu, Mobile Legends.

Gempa mengintai, sesekali dia mengangguk kepala bila melihat cara Halilintar bermain. Nampak macam sudah pro saja.

"Kau dah kenapa?" Gempa terloncat kaget bila suara Halilintar menyapa cuping telinganya. Dia mengerling Halilintar yang sudah berhenti bermain game, malah lelaki itu memandang ke arahnya dengan kening dijongket beberapa kali.

"Err tak ada apa," ucap Gempa gugup, dia tersengih canggung.

Halilintar melepaskan earphone yang tersumbat di telinga kanannya.

"Nak dengar?"

"Huh? Dengar apa?"

Halilintar tidak menjawab melainkan earphone yang dia lepaskan tadi, dia sumbatkan ke lubang telinga kiri Gempa.

Gempa membulatkan matanya sambil memandang Halilintar dengan tatapan polos, mulutnya bahkan terbuka kecil. Mungkin terkejut dengan perbuatan Halilintar.

Halilintar mencuit pipi tembam Gempa,

"Please jangan buat muka macam tu, imam aku tergugat. Tak pepasal kau kena makan dengan aku nanti."

Wajah Gempa makin berkerut hairan.

"Muat ke awak nak makan saya? Tubuh saya kan emuk?"

Gempa meletakkan kedua tangan yang dikepal kedua belah pipinya, seraya mengembungkan pipinya yang tembam itu. Mulutnya termuncung kecil.

Halilintar yang melihat itu menahan senyum, dengan gemasnya dia mengucup bibir lelaki itu yang termuncung seperti itik.

"Hik!" Gempa tersedu apabila mendapat ciuman yang mengejutkan itu.

"Kenapa awak cium saya, mulut saya bukan coklatlah."

"Mulut kau memang bukan coklat, tapi akan jadi coklat bila aku cium. So, jangan buat muka macam tu lagi. Kalau tak nahas kau." kata Halilintar memberi amaran.

"Err... Okey?" kepala Gempa terangguk patuh dengan senyuman manis.

Halilintar hanya memandang Gempa dengan tatapan matanya yang sukar untuk Gempa mengerti.

Mereka berdua senyap sambil mendengar lagu yang terpasang melalui earphone.

"Waktu pertama kali, ku lihat dirimu hadir. Rasa hati ini, inginkan dirimu. Hati tenang mendengar, suara indah menyapa. Geloranya hati ini, tak ku sangka. Rasa ini tak tertahan, hati ini selalu untukmu."

Gempa terkedu mendengar suara merdu Halilintar mengalun sebuah lagu seperti yang terpasang melalui earphone menyapa cuping telinganya. Tambahan lagi, lelaki itu memandang ke arahnya.

"Terimalah lagu ini dari orang biasa, tapi cinta ku padamu luar biasa. Aku tak punya bunga, aku tak punya harta. Yang ku punya adalah hati yang setia, tulus padamu."

Kelopak mata Gempa terkedip laju, dengan senyum manis.

"Gem suka suara Hali, eh!" Gempa menekup mulutnya seraya menoleh ke arah lain bila dia terlanjur kata. Lurus betul.

Halilintar tersenyum kecil, tatkala melihat pipi tembam Gempa yang kemerahan. Geram pula dia jadinya.

"Gempa, lagu tadi tu aku tu.."

"Maaf ganggu drama mesra korang, tapi boleh kami pinjam budak tembam ni tak Halilintar." celah Yaya and the gang. Anak matanya mengerling Gempa sinis.

"Kau nak buat apa dengan dia? Buli dia? Aku tak izinkan." kata Halilintar tegas, sambil anak matanya mengerling Yaya tajam.

"Mana ada kitorang nak buli dia, tapi kami nak bagi hadiah sedikit kat dia. Pinjam Gempa sekejap ya?"

Yaya mengarahkan Ying dan Dahlia untuk menarik Gempa namun belum sempat mereka berdua menyentuh Gempa, Halilintar terlebih dulu bertindak dengan menarik Gempa masuk ke dalam dakapannya.

Gempa mencengkam baju seragam sekolah Halilintar, wajahnya menunjukkan riak terkejut.

"Pergi, jangan ganggu kami."

Mendapat renungan maut Halilintar, buatkan ketiga gadis itu menciut gerun lantas mereka bertiga beredar.

"Pergi pun. Kau okey?" tanpa melepaskan pelukannya pada Gempa, dia bertanya.

"Err okey aje?" Gempa mencuba untuk lepaskan diri namun tidak berhasil bila Halilintar mengeratkan pelukannya.

"Aku baru tahu kalau peluk kau rasanya best, macam peluk bantal golek yang empuk saja. Macam kat rumah aku aje." bisik Halilintar.

Pipi Gempa berona merah, "Err lepaskan saya. Tak selesa lah, nanti orang tengok."

"Alah sekejap aje. Kau nak tau satu rahsia tak?"

"Apa?" kepala Gempa terdongak memandang wajah Halilintar dengan kelopak mata membulat polos.

"Aku suka dengan orang yang emuk-emuk dan bambam macam kau. Sebab best kalau dipeluk."

Gempa berdeham, dengan wajah memerah padam. Dia malu sumpah, mendengar ayat Halilintar barusan. Apa yang Halilintar maksudkan?








Tbc..

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now