Beberapa tahun kemudian...
Bulu halus anak patung putih itu dielus perlahan. Seutas senyum sayu bermain dibibirnya. Telinga anak patung itu disentuh, dia pandang pula mata anak patung beruang itu.
Patung itu adalah hadiah pemberian Halilintar untuknya semasa lelaki itu memenangi permainan memanah empat tahun yang lalu. Ya, sudah empat tahun lebih kepergian Halilintar.
Jaga patung ni baik-baik tau? Seperti kau jaga hati aku, kalau kau rindu aku anggaplah patung ni adalah aku ya?
Tes.. Setitik air mata jatuh tanpa dipinta, menurun laju melalui pipinya yang tembam itu.
Suara itu, dia rindu nak dengar suara lelaki itu. Tapi, apakan daya semua itu hanyalah keinginannya yang tidak akan tertunai. Kenangan dia bersama Halilintar masih tersemat dibenak fikirannya.
Gempa memeluk anak patung beruang itu erat seolah dia memeluk orang yang dia rindui.
"Linlin, Gemgem rindu Linlin.."
Tok! Tok!
"Gemgem, dah siap belum? Kita dah nak pergi ni, nanti tertunggu pula diorang." terdengar suara ibunya memanggil diluar bilik.
"Ya!" sahut Gempa. Dia leraikan pelukannya pada patung tersebut, dia tersenyum.
"Gemgem, pergi dulu ya Mr.Thunder Bear. Kita jumpa nanti ya, daa."
Gempa mengusap sejenak kepala patung itu sebelum berganjak keluar dari bilik.
•••••
"Kenalkan, ni Auntie Mimi dan Uncle Mirza. Diorang ni kawan papa, dari London."
Kepala Gempa dan Taufan terangguk kecil, seraya menyalami tangan pasangan suami isteri itu.
"Ohya, mana anak kau? Dia ikut tak?" soal Tuan Amato.
"Kejap lagi dia sam- ha panjang umur dah datang pun."
"Maaf buat tertunggu, meeting baru habis apalagi jalan sibuk."
Mereka semua menoleh pada seorang pemuda lelaki yang segak bersut putih, sedang menerpa ke arah mereka.
"Solar?"
Anak mata Solar terkalih pada Gempa yang tampak terkejut itu bukan hanya lelaki itu sahaja bahkan dia sama terkejut dengan situasi itu.
"Gempa?"
"Jadi betullah, apa yang kawan papa cakap tu yang korang dah kenal satu sama lain. Jadi mudahlah untuk kita teruskan plan kita kan Amato? Berbesan?"
Membulat anak mata Solar dan Gempa tatkala mendengar perkataan yang meluncur keluar dari mulut Tuan Mirza.
"Apa?!"
•••••
Pandangan mata mereka berdua dijatuhkan pada hamparan air pantai yang kelihatan kebiruan itu. Mereka mengeluh kecil.
"Gem.. yang tadi tu.."
"Aku tahu, aku pun terkejut sebenarnya dengan semua ni. Aku tak sangka orang yang mama aku nak kenankan aku dengan anak kawan dia rupanya kau. Kecil betul dunia ni kan."
Solar mengerling Gempa disebelahnya, lelaki itu sudah banyak berubah. Sudah tidak gemuk seperti terakhir kali dia lihat semasa hari tamatnya persekolahan sebelum dia berangkat ke London semula.
"Ya... Tapi kalau kau nak aku suruh diorang untuk batalkan plan diorang aku akan buat, aku tahu kau masih tak boleh lupakan arwah kan?" kata Solar.
Gempa memandang Solar dengan wajah tenangnya.
"Tu memang betul, tapi aku tak tergamak pula nak suruh kau buat macam tu. Ke kau dah ada orang special?"
Terkedu Solar dibuatnya bila disoal begitu, dia berdeham.
"Maybe..." jawab Solar sambil merenung tepat ke dalam anak mata Gempa.
"Siapa? Mesti orangnya maniskan? Beritahulah."
"Kalau.."
"Kalau?"
"Kalau aku cakap yang orang depan aku ni adalah orang yang special dalam hidup aku macam mana?"
Gempa terdiam, sambil memandang kiri dan kanannya. Dia menuding jari pada dirinya sendiri.
"Kau..kau tak maksudkan aku kan?" kata Gempa dengan suara gagap.
Solar tersenyum, dia membuang pandangan ke arah air pantai yang tenang itu.
"Ya, tapi aku tak kan paksa kau untuk terima aku. Aku hanya nak luahkan apa yang aku pendam selama ni. Aku bukan nak rampas kau dari arwah tapi aku just nak kasi tau aje. Aku dah tak kuat nak tahan semua ni. Aku cuba move on untuk lupakan kau tapi sebanyak mana pun aku cuba tetap tak boleh Gem.."
Gempa terdiam, dia merenung wajah Solar yang kelihatan seperti menanggung beban yang berat.
"Gem, walau apa pun terjadi aku akan jaga kau seperti janji aku dengan arwah. Kalau kau perlukan aku, aku sudi hulurkan tangan untuk kau. Hmmm, kau tak nak cakap sesuatu ke?"
Gempa menjongket bahunya, dia berjalan secara berundur. Dia berikan seulas senyuman manis pada Solar sebelum berbalik berjalan seperti biasa.
"Solar, walau apa pun terjadi nanti kita tetap akan bersama. Bolehkah aku nak sambut huluran tangan kau Solar?"
Solar pada mulanya terkedu, dia menatap Gempa yang sudah berpaling menghadap ke arahnya semula dengan tangan tersua.
Solar tersenyum, dia menghulurkan tangan pada Gempa. Gempa menautkan tangan mereka berdua.
Mereka berdua berbalas senyuman.
"Aku harap kita boleh mulakan hidup baru dengan lebih baik dari sebelum ni."
"Ya. Terima kasih sebab sudi bersama aku sampai sekarang."
"Ya. Kasih diterima, kawan."
-Tamat-
Finally, berlabuh tirai juga ff ni. Hehehe, amacam okey x ending dia. Sya tau dia punya ending hambar.
Dengan separuh hatinya, ff ni telah melabuh tirainya. Maaf tau banyak typo yang tidak tersengaja, biasalah typo terpisah tiada. faham2 jela 😂 sya ucapan bebanyak terima kasih pada readers yang setia membaca ff ni. Sayang korang, again thanks sbb x putus2 sapot sya.
Ohya! Sya nak tanya ni, sepanjang korang baca citer ni apa pendapat korang? Adakah ianya membosankan? Or?? Sporting k? Nak tau juga pendapat korang! 😄
Bye! kalau sudi jenguk2 lah ff sebelah 👀😂
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!