Part 7

1K 101 9
                                    

Halilintar dan Blaze bersila di atas lantai dewan terbuka. Di depan mereka berdua, terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang mereka borong sebentar tadi.

"Aku nak try siput sedut lah, nampak macam sedap aje." kata Blaze sambil membuka bekas plastik segiempat yang sederhana besar.

Semerbak aroma gulai siput sedut, menerpa masuk ke dalam hidung mereka berdua.

"Wah! Sedapnya bau."

Blaze mengambil chopstick, lalu seketul siput sedut dikepit dengan chopstick lantas dihala ke mulutnya. Akan tetapi, perbuatan Blaze terhenti. Wajahnya berkerut, sambil memandang Halilintar yang sibuk mengunyah paha ayam di hadapannya.

"Tapi, benda ni nak makan macam mana? Kau tau cara nak makan benda ni? Sedut kat mana?" soal Blaze spontan dengan wajah polos.

Kunyahan Halilintar terhenti apabila mendengar soalan daripada Blaze. Dia tercengang. Mulutnya yang penuh dengan ayam madu itu, ternganga kecil.

"What the fotosintesis? Kau beli siput sedut, tapi tak tau cara nak makan dan sedut dia macam mana? Gila." kata Halilintar datar.

"Habistu, kau tau ke nak makan dia macam mana?" Blaze menyoal dengan nada suara yang seakan meremehkan.

Halilintar menggeram kesal, sambil mengunyah ayam madu dengan laju lantas ditelan kasar sehingga buatkan dirinya tersedak. Gelak Blaze terhambur, tatkala melihat Halilintar yang tersedak dengan perbuatannya sendiri.

"Nah! Lain kali makan tu perlahan-lahan, kan dah tersedak." ejek Blaze sambil menghulurkan segelas air coconut shake kepada Halilintar.

Gelas air bertukar tangan, Halilintar hanya merengus halus seraya menyisip air coconut shake. Dia hela nafas lega apabila tekaknya dibasahi dengan air sejuk. Hilang seketika rasa pedih yang dirasa kerana tersedak.

"Hai, boleh saya join?"

Halilintar dan Blaze menoleh ke arah suara yang menyapa mereka berdua. Blaze tersenyum manis, manakala Halilintar hanya diam dengan wajah datarnya.

"Oh Gempa, hai. Nak join dengan kitorang berdua ke? Boleh, meh duduk sini!" kata Blaze ramah seraya menepuk lantai kosong disebelahnya.

Gempa tersenyum manis, lantas mengambil tempat di hadapan mereka berdua. Makanan yang dibelinya tadi, dia letak di hadapan mereka bertiga.

Mulut Blaze dan Halilintar terbuka kecil apabila melihat makanan yang dibeli oleh Gempa.

"Kenapa? Banyak sangat ke saya beli? Saya rasa sikit aje, tapi tak apa saya beli ni sebab nak makan dengan korang berdua. Jemput makan!" kata Gempa riang.

Di saat Gempa mahu mengambil sebungkus burger, tangannya ditepis oleh Halilintar dan lelaki itu merampas burger yang menjadi idamannya itu. Gempa menoleh ke arah Halilintar, dia memandang wajah lelaki itu dengan perasaan tidak puas hati.

"Eh, tu burger sayalah. Bak balik Halilintar." pinta Gempa tegas.

"Tak boleh!"

"Kenapa pula tak boleh? Tu burger saya yang saya beli tadi okey? Bak balik!"

Gempa bertindak untuk merampas burgernya yang berada di tangan Halilintar.

"Tak boleh! Kau tak boleh makan benda ni." bantah Halilintar.

"Asal pula?!" bengang Gempa dibuatnya dengan perangai Halilintar.

"Aku kata tak boleh, maksudnya tak boleh lah. Kau tau tak, makan burger ni boleh menternak lemak? Kau tu dah lah banyak ternak lemak, nak tambah lagi ke? Tengoklah perut boroi kau ni."

Jari telunjuk Halilintar mencuit-cuit perut Gempa yang berlapik seragam sekolah itu. Wajah Gempa berubah merah antara kesal dan malu. Tanpa dia sedar, dia menunjal dahi Halilintar dengan kasar.

"Jahat! Perut-perut jangan main ya?! Tak guna." marah Gempa.

"Lah, aku cakap benda betul okey? So, burger kau ni biar aku makan ya? Thanks!"

Halilintar dengan muka tidak tahu malunya, mula membuka bungkusan burger lalu dia menggigit burger tersebut dihadapan Gempa.

Mulut Gempa kumat-kamit mencarut. Panas hatinya melihat burger idamannya dijamah oleh Halilintar. Untung sayang, kalau tidak sudah lama wajah kacak lelaki itu lebam. Kacak kah?

Blaze yang sedari tadi menjadi penonton tidak berbayar di situ, hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat mereka berdua yang bergaduh hanya disebabkan sebiji burger. Like seriously?

•••••

Hambaran langit pada malam hari yang begitu luas, ditemani pula oleh sang bintang dan bulan menjadi santapan matanya. Senyuman kecil tersungging dibibir.

"Hali?" mendengar namanya dipanggil dengan lembutnya, buatkan Halilintar berpaling ke belakang. Dia tersenyum manis pada ibunya.

"Ya, bonda?" sahut Halilintar manja. Puan Lisa tersenyum seraya mengusap kepala anak lelaki bongsunya itu.

"Tak ada apa. Cuma bonda ada benda nak kasi tau kamu."

"Apa?"

"Esok selepas kamu balik sekolah, boleh tak kamu ke airport?"

Kening Halilintar terangkat sebelah, hairan.

"Boleh aje. Tapi, buat apa ke airport?" soal Halilintar.

"Sepupu dan abang kamu balik dari London, so bonda nak minta tolong kamu ambil mereka kat airport. Boleh?"

Lama Halilintar mendiamkan diri, buatkan Puan Lisa risau jadinya.

"Bonda bukan nak menyusahkan kamu sayang, bonda boleh aje jemput mereka berdua kat airport tapi esok petang bonda ada meeting. Papa kamu pula, esok malam baru balik dari outstation. Boleh tak sayang?"

Halilintar memandang wajah tua ibunya yang tampak awet muda itu. Dia tersenyum kecil seraya menganggukkan kepala.

"Hmm, baiklah. Tapi, sepupu Hali yang mana satu bonda maksudkan ni?"

"Solar."

Mendengarkan nama tersebut yang terucap di bibir ibunya, buatkan tubuh Halilintar menegang.

Puan Lisa memandang wajah anaknya yang berubah setelah mendengar nama sepupunya, Solar. Dia tahu Halilintar dan Solar sangat jauh daripada kata akur. Mereka berdua saling menyayangi namun tidak pernah nak akur.

"Kenapa? Kamu tak suka Solar datang sini? Oh ya, Solar juga akan pindah masuk ke sekolah kamu. Dia dah tak tinggal di London, dia akan menetap di Malaysia atas kehendaknya dan keluarga dia sendiri."

Kepala Halilintar terangguk perlahan.

"Hmm. Baiklah."

****
Tbc.

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now