Part 29

680 78 3
                                    

Halilintar merebahkan kepalanya di atas meja, dia merenung wajah Gempa yang dibuai mimpi. Perlahan dia mengelus pipi tembam Gempa.

Tanpa sedar setitis air mata jatuh dari sudut matanya. Dia tersenyum pahit, bila fikirannya terlintas suatu perkara.

"Gemgem, bolehkah kita hidup bersama dengan jangka masa yang lebih lama lagi?" bisik Halilintar. Air matanya makin laju turun ke pipi, dia menyembunyikan mukanya dibalik lengannya di saat perasan akan mata Gempa mahu terbuka.

"Linlin?"

Halilintar tidak menyahut panggilan Gempa, dia tidak mahu Gempa melihat wajah kacaunya itu.

"Dia tido kut?"

Gempa mengangkat bahu. Dia mengedarkan pandangan matanya di segenap ruang kelas yang tampak sepi itu, rata-rata rakan sekelasnya tidur kerana pagi itu tiada pelajaran disebabkan semua guru mengadakan mesyuarat.

Gempa kembali memandang ke arah Halilintar, tangannya membelai rambut lelaki itu.

"Tido yang lena Linlin."

•••••

Waktu persekolahan sudah pun berakhir, Halilintar dan Gempa melangkah keluar kelas.

"Solar tak balik sekali ke?" soal Gempa pada Halilintar.

"Tak, dia mesej aku katanya lepas balik sekolah dia dengan Blaze dan Thorn nak keluar main."

Gempa mengangguk kepala faham, dia mengerling Halilintar sekilas. Dia perasan yang wajah Halilintar tampak pucat sedikit dengan peluh membasahi wajah serta lehernya.

"Linlin okey?"

Halilintar menoleh sekilas ke arah Gempa. Dia berdeham. "Kenapa?"

"Taklah. Muka Linlin nampak pucat dan berpeluh. Linlin demam lagi ke?"

Halilintar memandang ke arah lain sejenak dengan wajah seperti menahan sesuatu.

"Mu..mungkin." jawab Halilintar perlahan, dengan suara kedengaran terketar-ketar.

"Kalau macam tu, Gemgem hantar Linlin sampai rumah ya? Gemgem takut Linlin pengsan pula di tengah jalan."

Halilintar hanya mengangguk kecil, dengan anak mata lurus ke hadapan.

Gempa melihat Halilintar yang hanya membisukan diri. Dadanya dipalu rasa risau, dia mengaitkan lengannya pada lengan Halilintar.

"Jom balik. Gemgem risau tengok Linlin macam ni, balik nanti jangan lupa makan ubat demam ya?"

"Y..ya."

•••••

"Uhuk..uhuk!"

Halilintar mencengkam pinggir sinki bilik airnya kuat. Dia kembali memuntahkan sesuatu yang berwarna merah pekat.

Rambutnya diramas dan ditarik kuat, seolah dengan cara itu sahaja dia dapat menghilangkan rasa sakit yang menyerang kepalanya. Dia mengerang sakit.

"Sakit..."

Halilintar menatap pantulan wajahnya di cermin bilik air. Dia meringis tatkala melihat wajahnya yang seperti mayat hidup sahaja. Pucat sekali dengan sisa darah dibirai bibirnya.

Halilintar menjatuhkan dirinya di lantai bilik air, tubuhnya disandarkan pada dinding. Kedua lututnya dipeluk.

Wajahnya berkerut dengan ringisan keluar dari mulutnya kerana rasa sakit itu bukannya berkurang malah makin kuat terasa.

Tok! Tok!

"Hali, kau buat apa lama sangat kat dalam tu? Aku nak mandi pula ni."

Kepala Halilintar terangkat perlahan bila mendengar suara Solar menyapa cuping telinganya.

"Ke..kejap."

Dia bingkas bangun dengan susah payahnya, ruang bilik air yang agak kotor dengan sisa darahnya itu dia bersihkan.



Tbc...

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now