Part 35

714 71 6
                                    

Solar menutup buku yang dia baca sedari tadi, dia memandang ke arah Halilintar yang berada di balkoni bilik. Lelaki itu tampak seperti melamunkan sesuatu.

Solar meletak buku bacaannya di atas sofa bersebelahan dengannya, dia bangun dari duduk dan mengorak langkah menerpa ke arah Halilintar.

Bahu sepupunya dicuit perlahan, buatkan Halilintar tersedar dari lamunannya. Dia berpaling ke arah Solar yang berdiri disebelahnya.

"Apa?"

"Tak ada apa."

Mereka berdua senyap, masing-masing sibuk dengan fikiran. Pandangan mata mereka dibuang ke arah langit malam.

"Kau menungkan apa tadi?" Solar bertanya sekaligus menghancurkan suasana hening di antara mereka berdua.

"Tak ada apa." jawab Halilintar.

"Yelah tu," Solar mengerling ke arah sepupunya. Raut wajahnya berubah risau.

"Muka kau pucat, apa kau rasa sakit lagi?"

Halilintar membalas pandangan risau Solar, bibir pucatnya mengukir senyuman paksa.

"Taklah. Aku okey." balasnya. Dia hela nafas berat.

"Aku perasan berat tubuh kau macam dah berkurang bahkan rambut kau pun dah nipis aku tengok. Kau tak jumpa doktor lagi kan minggu ni? Apa kata doktor?"

"Hmmm, buat apa jumpa doktor kalau jawapan yang dia beri adalah sama?"

Solar terdiam bila mendengarkan itu.

"Kenapa diam?" soal Halilintar, tatkala mendapati Solar tertunduk dengan mulut terkatup rapat.

"Nothing, aku masuk dulu. Nak tido." kata Solar lantas dia melangkah masuk ke dalam bilik.

Tanpa Halilintar sedari, Solar sebenarnya sedang menahan rasa sebak yang menyelubungi dirinya. Namun, dia menahan diri dari meluakkan rasa hatinya.

•••••

"Kenapa Linlin ajak Gemgem ke sini?"

Gempa mengedarkan pandangan matanya sekeliling taman permainan, agak ramai juga pengunjung yang datang ke sana. Biasalah hujung minggu kan?

"Kenapa? Salah ke aku nak bawa kekasih aku ni ke sini? Lagipun kita dah lama tak keluar jalan-jalan bersama kan?"

"A'ah, kita dah lama tak keluar bersama. So, kita nak main apa?"

"Kau nak main apa? Aku ikut kau ajelah, sebab hari ni adalah hari kau. Aku akan turuti semua kemahuan kau, boleh?"

Kening Gempa terangkat sebelah, tidak lama kemudian dia tersenyum lebar.

"Baiklah kalau itu yang Linlin nak, so Gemgem nak naik rollercoaster dulu. Jom!"

Gempa terus menarik tangan Halilintar menuju ke rollercoaster. Pada mulanya Halilintar enggan untuk naik, namun bila diugut oleh Gempa, dia hanya mampu hela nafas dan terpaksa jua dia relakan untuk naik benda itu.

Selepas sahaja mereka berdua naik rollercoaster, mereka mula bergerak ke bahana yang lain pula.

Mereka berdua bermain semua permainan yang ada di sana, sehingga tidak terasa hari sudah pun malam.

"Linlin, Gemgem nak patung tu! Boleh Linlin dapatkan untuk Gemgem?" kata Gempa sambil menunjuk hadiah patung beruang yang sama tinggi dengan manusia, terdapat di gerai mainan memanah.

Halilintar melihat ke arah yang Gempa tunjuk. "Kau nak?"

Gempa mengangguk kepala. "Nak!"

Halilintar tersenyum seraya mengusap kepala Gempa. "Okey, aku cuba dapatkan untuk kau."

Mereka berdua bergerak ke gerai memanah itu.

"Selamat datang ke gerai memanah, ingin cuba nasib?" Tanya si penjaga gerai itu.

"Apakah kalau panah dengan tepat dan jatuhkan semua tin tu, hadiah dia patung beruang besar itu?" Soal Halilintar.

Pakcik yang jaga gerai itu tersenyum seraya mengangguk kepala.

"Ya, kalau adik mahu anak patung tu mestilah sasaran adik tepat dan jatuhkan kesemua tin tu." katanya.

"Hmmm, saya nak cuba." balas Halilintar, dia menghulur beberapa keping duit pada pakcik itu dan dia mula mengambil panah yang pakcik tersebut berikan padanya.

"Fighting Linlin!" Gempa berseru menyemangati Halilintar.

"Thanks goldy."

Halilintar menumpukan perhatiannya seraya mengangkat panah itu separas wajahnya. Dia melepaskan anak panah bertubi-tubi pada sasarannya.

Mulut Gempa dan pakcik penjaga gerai tersebut bahkan pengunjung yang berada disitu menunggu giliran ternganga melihat gerakan pantas dan tepat Halilintar mengenai sasaran dengan begitu sempurna sekali.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara tepukan dari mereka semua. Halilintar hanya tersenyum sahaja, dia meletak panah tersebut di atas kaunter gerai itu.

"Wah, kamu macam ahli aje dalam hal memanah. Hebat! Nahh anak patung beruang, sebagai hadiahnya."

Halilintar menyambut huluran pakcik tersebut. "Terima kasih."

"Sama-sama, lain kali datanglah lagi." kata pakcik itu, Halilintar tergelak kecil seraya mengangguk perlahan.

Setelah itu mereka berdua beredar dari gerai memanah.

"Wahh, Gemgem tak sangka yang Linlin hebat dalam memanah! Terbaik!" kata Gempa dengan senyuman manis.

Halilintar berdeham, dia menghulur anak patung yang dia dapat sebagai hadiah kerana berjaya jatuhkan kesemua tin dengan tepat pada Gempa.

"Nahh! Seperti janji aku pada kau, jaga patung ni baik-baik tau. Seperti kau jaga hati aku, anggap aje patung ni aku kalau kau rindu nanti." kata Halilintar.

Gempa menerima dengan senang hati.

"Baik Linlin! Terima kasih!" sahut Gempa sambil memeluk anak patung beruang yang berwarna putih itu erat.

"Jom balik, dah malam sangat ni nanti bising pula mak kau. Jom sayang."

"Jom."




Tbc...

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now