Anak mata Gempa mengerling meja disebelahnya yang kosong itu, Halilintar tidak hadir pada hari ini dan itu membuat perasaannya menjadi tidak senang.
"Gempa."
Gempa menoleh pada orang yang memanggil namanya.
"Ya Ariel?" jawab Gempa.
"Emmm ada orang nak jumpa kau." kata Ariel. Kening Gempa berkerut.
"Siapa ya?"
"Aku tak tau, tapi dia suruh kau jumpa dia kat rooftop sekarang."
"Baiklah."
Gempa bingkas bangun, lantas dia berlalu keluar kelas. Bumbung sekolah menjadi tujuannya.
Kakinya melangkah ke tengah bumbung sekolah, dia mengedarkan pandangan matanya sekeliling. Sehinggalah dia dapat rasakan, satu tepukan di bahunya. Dia berbalik.
"Siapa ya?" soal Gempa kehairanan, dia memandang lelaki yang berdiri di hadapannya dengan senyuman manis menghiasi bibirnya.
"Aku Jack. Kau mungkin tak kenal aku, tapi kalau kau nak tau aku adalah kekasih dari salah seorang geng Yaya. Aku dapat tau dia dibuang sebab kau? Betul ke?"
Senyuman manis lelaki itu bertukar sinis, kolar baju Gempa ditariknya kasar.
"Lepaskan aku, apa kau buat ni?" marah Gempa sambil mencuba merungkaikan genggaman tangan lelaki itu pada kolar bajunya.
Jack tersenyum senget seraya mendekatkan wajahnya pada Gempa.
"Hemm! Kalau tengok dari dekat kau ni comel juga ya gemuk?" tangan Jack beralih mencengkam wajah Gempa.
"Lepaskan aku!" dush! Gempa dengan sekuat tenaga menumbuk rahang tegas lelaki itu sehingga membuatkan Jack terundur beberapa langkah.
Gempa mengusap wajahnya yang terasa pedih kerana dicengkam begitu kuat.
"Wahh! Boleh tahan ganas juga kau ya?" kata Jack dengan gelak sinis. Dia meludah air liurnya yang bercampur darah.
"Apa kau nak dari aku ha? Aku tak kenal pun kau siapa?!" bentak Gempa.
"Aku kan dah kata tadi yang aku ni kekasih salah seorang dari geng Yaya?"
"Habistu, apa kena mengena dengan aku?"
Tatapan mata Jack berubah tajam dan bengis. Gempa melangkah ke belakang bila Jack mendekatinya.
"Kau dah buat dia keluar dari sekolah, kau kata tak ada kena mengena?"
"Tapi, dia memang patut pun di keluarkan sekolah sebab perangai dia yang buruk tu. Dia tu suka buli orang yang lemah, tu karma dia."
Jack berdecit, dia dengan cepat merentap tangan Gempa kasar membuatkan lelaki itu meringis sakit.
"Apa lagi kau nak ha?!" marah Gempa.
"Kau memang car..."
"Woii!! Lepaskan dia!"
Mereka berdua menoleh pada gerangan yang sudah menyela masuk di antara mereka berdua. Blaze dan Solar.
"Kau siapa nak arahkan aku?" kata Jack.
"Lepas atau kau terima akibatnya." kata Solar dan Blaze dingin. Jack merengus kesat, dia melepaskan genggamannya pada tangan Gempa kasar. Dia memandang ke arah Gempa.
"Kau terselamat hari ni, lain kali tak akan." bisik Jack lantas dia beredar dari bumbung sekolah meninggalkan mereka bertiga.
"Gem kau okey?" soal Solar. Mereka berdua mendekati Gempa.
"Aku okey.." jawab Gempa perlahan. Dia memandang Solar.
"Solar, boleh aku tanya kenapa Hali tak datang?" soal Gempa.
Solar terdiam. "Dia demam."
•••••
"Masuklah."
Solar mempelawa Gempa untuk masuk ke dalam rumah.
Gempa mengangguk kepala, seraya membuntuti Solar masuk ke dalam rumah. Dia memandang segenap ruang rumah itu.
"Pergilah ke bilik dia, aku tunggu sini." kata Solar seraya melabuh duduk di sofa.
"Eh? Kau tak nak naik juga ke?" soal Gempa. Solar menggeleng kecil.
"Tak nak lah, nanti kacau korang nak berduaan. Oh ya bilik dia yang paling hujung." kata Solar dengan nada mengusik. Wajah Gempa berona merah.
"Ba..baiklah."
Gempa segera bergegas mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Dia menuju ke bilik Halilintar yang terletak paling hujung.
Dia berdiri di hadapan pintu bilik Halilintar, dia mengambil nafas sejenak sebelum melangkah masuk.
"Linlin.." anak mata Gempa jatuh pada Halilintar yang tidur di atas katil dengan selimut membungkus tubuhnya. Dia membawa kakinya mendekati katil.
Gempa melabuh duduk di birai katil, dia memandang wajah Halilintar yang tampak pucat dan kemerahan dengan peluh membasahi dahi lelaki itu.
"Linlin.." tangan Gempa terangkat, menyentuh pipi Halilintar. Satu elusan lembut diberikan pada pipi Halilintar.
"Bon..bonda.." Halilintar mengenggam lemah tangan orang yang bermain di pipinya, kelopak matanya terbuka. Dia memandang orang yang dia panggil bonda.
"Gem..Gempa?" gumam Halilintar lemah. Dia menyentuh wajah Gempa.
"Linlin dah makan? Nak Gemgem buatkan bubur?" dia memegang tangan Halilintar yang berada diwajahnya, tangan itu dia cium lembut seraya mengeselkan pipinya pada tangan Halilintar.
Halilintar tersenyum kecil. "Nak, Linlin nak makan bubur buatan Gemgem."
Gempa membalas senyuman Halilintar.
"Boleh! Kalau macam tu Linlin bangun dan mandi ya? Biar tubuh tu segar sikit. Gemgem turun bawah dulu ya, nak buat bubur untuk Linlin."
Gempa mahu berlalu tapi tangannya dipegang Halilintar. Dia memandang ke arah Halilintar.
"Kenapa?"
"Jangan pergi..."
Gempa mengusap rambut Halilintar lembut, satu kucupan kudus dia berikan pada dahi Halilintar.
"Gemgem tak pergi mana pun, Gemgem nak pergi masak untuk Linlin. Lepastu Gemgem datang sini balik, dengan bawa bubur untuk Linlin ya? Linlin mandi okey?"
Halilintar hanya memandang Gempa, lalu kepalanya diangguk perlahan.
"Jangan lama ya?" kata Halilintar.
"Ya, Linlin mandi okey?"
Sekali lagi Halilintar mengangguk kecil, lalu dia menghantar kepergian Gempa dengan hujung mata. Dia hela nafas berat.
"Gempa.."
Tbc..
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!