Botol yang berada di genggamannya, dia pandang dengan tatapan mata redup. Sebiji pil di telan lalu segelas air putih diteguknya.
"Pikachu!!"
Pintu bilik dikuak kasar oleh Solar, buatkan Halilintar yang berdiri didepan meja solek terkejut. Dengan gerakan laju, Halilintar menyembunyikan botol ubat ke dalam poket seluar.
Dia pandang Solar yang melangkah masuk dengan senyuman lebar.
"Eh? Asal muka kau macam terkejut aje?" soal Solar dengan kening berkerut hairan.
Halilintar hanya membuang muka. Dalam diam dia bersyukur, bila Solar tidak perasan akan perbuatannya tadi.
"Tak terkejut macam mana, kalau kau masuk tiba-tiba siap jerit bagai. Dahlah tengah malam ni, buang tabiat?" bidas Halilintar kesal.
Solar hanya tersengih-sengih, dia melabuh duduk di kerusi tempat Halilintar belajar.
"Hali esok kita cuti sekolah kan?" Solar bertanya seraya bersila di atas kerusi yang diduduki olehnya itu.
Halilintar mengerling Solar dengan hujung mata lantas dia turut menjatuhkan dirinya ke atas katil.
"Yeah, so?"
"So, apa kata kita berderat esok nak tak?" cadang Solar sambil memandang Halilintar penuh pengharapan.
"Derat?" soal Halilintar dengan muka berkerut tidak faham.
"Jalan-jalan lah, kau ni tu pun tak faham. Nak tak?"
Solar mengedip-ngedipkan matanya sambil memandang Halilintar yang sudah mendiamkan diri.
"Bolehlah Hali, lagipun aku dah lama tak merasa suasana Malaysia ni. Rindu tau. Kau pun tau kan, aku dah lama tinggal kat luar negara. Balik sini pun boleh kira dengan jari lah. Bolehlah em?"
Mendengar suara sayu sepupunya, buatkan hati keras Halilintar melembut seketika. Dia hela nafas, kepala diangguk perlahan.
"Yelah. Aku teman kau keliling bandar Pulau Rintis ni esok okey? Dahlah tak payah tayang muka minta penampar kau tu, buat aku loya pula." kata Halilintar berbaur sindiran.
Solar bersorak riang, gembira bukan main dia bila Halilintar mahu menemaninya esok.
"Assap! Thanks Hali, luv you!"
Solar bangun dari duduknya lalu menerpa ke arah sepupunya dan tubuh Halilintar dipeluknya erat dengan senyuman lebar. Tubuhnya digerak ke kiri dan kanan.
Halilintar tersenyum nipis. Dia menepuk perlahan bahu sepupunya itu.
"Dahlah. Jom tido, simpan tenaga untuk jalan-jalan esok."
Halilintar leraikan pelukan tersebut, dia pandang wajah gembira Solar sekilas.
"Okey, jom! Tak sabarnya!" kata Solar seraya melempar tubuhnya ke atas katil. Wajahnya diusap pada permukaan bantal busuknya dengan senyuman lebar.
Halilintar yang melihat tingkah laku Solar terkekek kecil. Macam budak-budak sahaja perangainya.
"Goodnight pendek."
"Nite too pikachu."
•••••
Keesokkan harinya..
Solar memandang gerun pada rumah hantu yang ada didepan matanya, peluh sudah membasahi wajahnya. Manakala Halilintar pula, sudah tersenyum sinis.
"Jom masuk!" ajak Halilintar semangat.
"Nanak! Seriously Hali, kita nak masuk dalam rumah hantu ni?!" dengan suara tergagap-gagap kerana takut Solar berkata.
"Asal takut ke?" kening dijongket beberapa kali dengan senyuman nakal. Mahu rasanya dia gelak berdekah-dekah bila terpandang wajah pucat Solar.
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!