Part 30

778 78 5
                                    

Solar mengerling Halilintar yang tampak aneh pada malam itu. Dia kerutkan dahinya, bila melihat raut wajah sepupunya yang pucat itu.

"Hali.."

Panggilan Solar buatkan Halilintar yang mengulangkaji pelajaran dimeja belajar menoleh.

"Apa?"

"Kau okey? Muka kau nampak pucat. Demam kau tak sembuh lagi ke? Nak ke hospital?"

Halilntar terdiam, lalu dia berkata.

"Aku okey, cuma pening sedikit." jawab Halilintar.

"Jangan lupa makan ubat, nanti melarat pula." nasihat Solar, anak matanya masih memerhati Halilintar dan dia tersedar akan sesuatu.

Halilintar hanya mengangguk kecil.

"Hali, perasaan aku aje atau memang betul aku tengok tubuh kau macam kurus sikit?"

Terdiam Halilintar dibuatnya tatkala mendengar soalan Solar, dia mengerling tubuhnya yang kelihatan kurus seperti dikata Solar barusan.

"Mungkin aku kurang makan, biasalah orang demam ni selera dia ke laut sikit." jawab Halilintar seadanya. Dia kembali melanjutkan kerja sekolahnya.

Solar hanya mengangguk kecil, namun dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Halilintar entah kenapa dia rasa yang sepupunya itu seperti menyembunyikan sesuatu padanya.

"Minggu depan, peperiksaan percubaan pertengahan tahun. Kau dah ulangkaji ke?" soal Halilintar.

"Dah. Aku dah prepare awal-awal lagi, tak nak kalut nanti." jawab Solar, sambil membelek buku latihan sains.

Halilintar mengangguk kecil.

Kemudian suasana di antara mereka berdua sepi, masing-masing sibuk menelaah buku.

•••••

Keesokkan harinya..

Halilintar dan Gempa kini berada di perpustakaan untuk membuat ulangkaji bersama.

Gempa mengalihkan pandangan matanya dari buku yang dia baca ke arah Halilintar yang sudah rebahkan kepala atas meja dengan mata dipejam rapat bahkan dahi lelaki itu berkerut seperti menahan sakit sahaja.

"Linlin okey?" soal Gempa, dia menyentuh dahi Halilintar. Wajahnya berubah risau bila mendapati hawa panas yang menguar dari tubuh Halilintar.

"Linlin kita ke bilik rehat ya? Linlin demam lagi ni." kata Gempa sambil menepuk perlahan pipi Halilintar.

Halilintar membuka kelopak matanya, dia pandang wajah risau Gempa.

"Aku okeylah, cuma pening sikit. Aku nak tido kejap, kau bangunkan aku ya kalau loceng berbunyi."

"Tapi.."

"Please Gem."

"Baiklah."

Halilintar tersenyum tipis, kelopak matanya dipejam kembali. Dia hela nafas berat, kedua tangannya dikepal kemas melawan rasa sakit yang mendera kepalanya.

Gempa yang melihat ekspresif wajah Halilintar seperti menahan sakit, mula mengelus kepala Halilintar dengan lembutnya.

"Tidolah, nanti rasa sakit tu mungkin akan hilang dengan cara tido. Linlin mesti banyak berfikir ni, kosongkan minda dan tidolah dengan lena ya? Jangan dipaksakan sangat."

Halilintar tersenyum kecil dalam ringisan sakitnya, rasa sakitnya perlahan hilang bila kepalanya diusap lembut oleh Gempa. Tidak lama dia terlena.

Gempa tersenyum kecil, mendapati Halilintar sudah pun terlelap. Namun senyumannya pudar tatkala melihat helaian rambut Halilintar gugur dan ada yang melekat dicelah jari jemarinya.

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now