Part 21

821 94 10
                                    

"Ya, bonda. Hali kat mall dah ni, Iya nanti Hali belilah. Hmmm okeylah, ohya mamat poyo tu dah balik belum."

Halilintar mendorong troli sambil bercakap dengan ibunya melalui telefon.

"Dah tu, baru sampai tadi. Tak apa lah, kamu beli barang yang bonda nak tu. Lepastu terus balik jangan nak merayap pula."

"Yela, bondaku sayang."

Selesai sahaja bercakap dengan ibunya, Halilintar menyimpan telefonnya ke dalam poket.

Dia mendorong troli ke bahagian bahan basah. Dia memandang lauk mentah yang tersusun elok di meja itu sejenak lantas dia terus memilih bahan mentah itu.

"Fanfan, aku nak yang tu. Kan aku dah cakap nak goreng sotong dan udang celup tepung."

"Alaaa, kau ni! Yelah, yelah."

Tangan Halilintar terhenti dari memilih lauk mentah. Kening dia berkerut, suara di tepinya seperti familiar sahaja. Dia terus menoleh ke sebelah dan dia mendapati Gempa bersama dengan seorang lelaki yang berkacamata hitam tengah memilih lauk mentah tidak jauh dari tempatnya.

"Gempa? Siapa mamat tu? Dia dah pandai main kayu balak kat belakang aku ke?" Halilintar mengetap bibir, tangannya digenggam kemas.

"Dahla tu Gemgem, banyak dah tu. Jom kita ke tempat sayur pula."

"Baik Fanfan."

Anak mata merah Halilintar menatap kepergian dua orang lelaki itu.

"Sabar Hali, nanti kau tanya lah dia. Jangan sebab ni kau nak besarkan pula. Bukan prinsip kau."

Halilintar menarik nafas panjang, lalu dia kembali memilih lauk mentah yang sempat tertunda seketika tadi.

"Aku harap kau tak curang Gem, aku...sayang kau."

•••••

Gempa memandang ibu bapanya dan Taufan yang sudah bersiap-siap mahu keluar. Wajahnya masam.

"Sayang mama, janganlah sedih. Mama dan papa pergi seminggu aje. Ni pun mendadak aje kami dapat panggilan yang syarikat papa kamu ada masalah kat Perancis tu. Fanfan kan ada?"

Gempa menoleh pada Taufan yang sibuk dengan buku sekolahnya.

"Tapi Fanfan pun nak keluar?"

"Fanfan.."

Taufan mengerling ibubapanya,

"Mama, papa Fanfan dah janji nak menginap di rumah kawan Fanfan untuk dua hari sambil tu nak siapkan kerja khusus." kata Taufan. Jujur.

"Ha! Tengok tu, sampai hati korang nak tinggalkan Gemgem sesorang kat rumah." rajuk Gempa, kakinya dihentak-hentak pada lantai.

Mereka bertiga berpandangan dengan raut wajah bersalah.

"Hmmm, macam ni lah. Apa kata Gemgem ajak kawan Gemgem tido sini sampailah Fanfan balik, boleh?" Kata Taufan.

"Tapi Gemgem man.." ucapan Gempa terhenti, tidak semena-mena wajah Halilintar melintas dimindanya.

"Ha! Ada, nanti Gemgem beritahu dia. Tak apalah korang boleh pergi." kata Gempa bersahaja. Sudah tidak merajuk seperti tadi.

Mereka bertiga tersenyum, kepala Gempa diusap oleh mereka.

"Okeylah, kalau macam tu kami pergi dulu. Jaga diri baik-baik tau? Kalau ada apa-apa, call kami ya?" kata Tuan Amato. Gempa mengangguk patuh.

"Baik bossku!"

Mereka semua ketawa kecil, selepas itu rumah itu mula sepi bila ibu bapa Gempa dan Taufan sudah berlalu pergi.

Gempa hela nafas. Dia menyeluk poket seluarnya lalu telefon pintarnya dikeluarkan.

"Chat ajelah."

Gempa terus menaip sebuah chatting di aplikasi Whatsapp pada Halilintar.

"Settle! Sekarang aku nak pergi masak. Ululu udang dan sotong goreng celup tepung I'm coming!!"

•••••

Ting tong!

Bunyi loceng rumah ditekan dari luar buatkan Gempa yang sedang memasak di dapur tersentak kaget.

"Tu mesti Linlin yang datang." Gempa memperlahankan api gas lantas dia berlari terkedek-kedek ke pintu utama. Pintu rumah dibuka kasar.

"Baby Linlin!! Selamat datang ke rumah Gemgem, jom masuk!"

Gempa terus menarik tangan Halilintar yang sedang mengusap dada kerana terkejut disergah tiba-tiba. Gempa menutup pintu dan dikuncinya pintu rumah itu.

"Jom ke dapur, Gemgem ada goreng sotong dan udang celup tepung." Gempa menarik tangan Halilintar agar lelaki itu membuntutinya ke dapur.

Halilintar hanya berdiri disebelah Gempa yang ligat menggoreng sotong dan udang celup tepung.

"Err.. Gem.."

"Ya?"

Halilintar berdeham sejenak. "Aku nak tanya benda ni."

Gempa menoleh ke arah Halilintar sekilas. "Apa tu?"

"Hmmm, kau ada pergi ke mana-mana petang tadi?"

Gempa melentokkan kepalanya. "Hm, ada. Kenapa?"

"Tak ada apa. Kau keluar dengan siapa?" soal Halilintar lagi.

"Dengan kembar Gemgem, Taufan namanya."

"Oh yeke?"

"Yelah. Kenapa tanya?" Gempa menyoal Halilintar dengan wajah bingung.

Halilintar menggelengkan kepalanya, diam-diam dia hela nafas lega.

"Tak ada apa, saja tanya. Aku tak tau pula yang kau ada kembar." Ujar Halilintar.

"Dah Linlin tak tanya. Tak apa, nanti Gemgem kenalkan Linlin pada dia eh?" kata Gempa dengan senyum manis.

"Okey."

Hening..

Halilintar memandang Gempa yang sibuk menggoreng itu. Dia tersenyum kecil, dia bergerak ke belakang Gempa lantas tubuh itu dipeluknya. Gempa tersentak kaget, nasib baik senduk yang dia pegang untuk menggoreng tidak melayang.

"Apa Linlin buat ni?" soal Gempa segan bila dipeluk begitu.

"Tak ada apa, cuma menikmati empuknya tubuh emuk kau ni. Kau dah lupa ya apa yang aku cakap kat sekolah. Aku nak sambung peluk kau.."

Wajah Gempa berona merah.

"Su..suka hati."

"Gem.. Aku nak mamam kau.." bisik Halilintar dicuping telinga Gempa.

"Ha? Sabar ya? Kejap lagi kita mamam sotong dan udang goreng ni ya." jawab Gempa polos.

Halilintar tergelak kecil, dia menggigit cuping telinga Gempa.

"Heyy! Jangan gigit telinga Gemgem lah." marah Gempa.

"Kalau tak nak?" Halilintar makin giat mengusik Gempa. Dia dengan sengaja menjilat leher Gempa, sesekali dia memberikan ciuman pada leher putih itu buatkan Gempa mengeliat kegelian.

"Berhenti Linlin, gelilah."

Halilintar tidak mengendahkan kata-kata Gempa, dia mengeratkan pelukannya pada lelaki itu. Dia menggigit dan menghisap leher Gempa.

"Ugh! Sakit Linlin, Linlin ni dah kenapa? Lepaskan Gemgem!" Gempa mencuba leraikan pelukan Halilintar padanya.

"Okey, okey. Linlin tak buat dah." kata Halilintar sambil memperkemaskan pelukannya.

Gempa merengus halus. "Buat lagi, siaplah."

"Tak takut pun."

Gempa dengan geram mencubit tangan Halilintar buatkan lelaki itu mengadu sakit kemudian dia ketawa riang.

"Sewel." omel Gempa.

Tbc...

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now