"Oh kau nak ke mana Hali?"
Solar memerhati Halilintar yang sedang bersiap dengan beg galas tersandang indah dibelakang tubuh lelaki itu.
"Pergi rumah Gempa, aku menginap kat sana. Nanti kau cakap kat bonda aku eh?"
Kening Solar terangkat sebelah. "Oh! Aku harap kau guna masa kau dengan baik."
Halilintar tersenyum, dia mendakap tubuh Solar.
"Ya. Kau nak tau tak? Walaupun perangai kau amat menjengkelkan, tapi yang perlu kau tahu aku sayang kau." bisik Halilintar.
Bibir Solar terkemam kemas, dia membalas pelukan Halilintar.
"Aku pun sayang kau, sangat." kata Solar dengan suara yang kedengaran terketar-ketar, seolah itu adalah hari terakhir dia akan lihat Halilintar.
"Tolong jaga diri and jaga parents aku juga ya Solar. Terima kasih."
Halilintar menepuk perlahan belakang Solar sebelum melepaskan pelukan tersebut namun gagal bila Solar memeluknya amat erat. Cuping telinganya disapa suara esakkan kecil, tahulah dia yang sepupunya itu sedang menangis.
"Solar.."
"Sekejap aje, biarkan begini kejap."
Halilintar mengalah, dia mengusap belakang tubuh Solar sekadar mahu menenangkan lelaki itu. Dia tersenyum dengan linangan air mata bertakung di birai kelopak mata.
•••••
Tangan mereka berdua saling bertautan antara satu sama lain, mereka saling berbalas senyuman sebelum melempar pandangan mata ke arah hamparan air pantai.
Tanpa melepaskan tautan tangan, Halilintar memeluk pinggang Gempa dari belakang. Dagunya ditungkatkan pada bahu Gempa.
Mereka berdua diam sambil merenung air pantai yang berombak lembut.
Gempa mengusap tangan Halilintar yang melingkar dipinggangnya. Kepalanya disandarkan pada dada Halilintar.
"Gem.."
"Ya?"
"Aku sayang kau.."
"Gem pun sayang Linlin, sangat."
Halilintar tersenyum, dia mencium bahu Gempa sekilas.
"Gem.."
"Ya?"
"Misalnya nanti aku pergi jauh dari kau, boleh kau janji dengan aku?"
Gempa menolehkan kepalanya kesamping, sekadar mahu melihat wajah Halilintar.
"Linlin nak pergi mana?"
"Nanti kau akan tau juga, tapi boleh tak kau janji dengan aku?"
Lama Gempa terdiam sebelum menyahut.
"Hm, apa?"
"Janji dengan aku yang kau akan jaga diri kau dengan baik dan tak akan cenggeng atau pun ambil peduli dengan mereka yang suka menghina kau. Janji ya?"
"Janji."
"Walaupun aku tak ada nanti, tapi aku selalu ada di hati kau."
Perasaan sebak mula menyelubungi hati Gempa, dia mengenggam tangan Halilintar kemas.
"Kenapa Linlin cakap macam tu? Linlin nak tinggalkan Gemgem ke? Linlin dah tak sayang Gemge.."
Belum sempat Gempa habiskan kata-katanya, Halilintar memusingkan tubuhnya dan bibir mereka berdua bertembung buat beberapa saat.
"Linlin sayang Gemgem, sayang. Sayangnya Linlin untuk Gemgem tak boleh dinilai dengan sesuatu sebab Gemgem amat berharga buat Linlin. Saya sayang awak, sayang."
Tbc...

YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!