Part 34

641 75 3
                                    

Solar dan Halilintar meringis sakit bila Gempa merawat luka yang menghiasi wajah mereka.

"Dah siap. Ada rasa sakit lagi?" kata Gempa.

"Dah kurang sikit."

"Tapi.."

Solar dan Gempa memandang ke arah Halilintar.

"Tapi?"

"Kau kenal ke dengan lelaki tu?" soal Halilintar.

"Dia..."

Ayat Gempa dipotong Solar.

"Kalau kau nak tau, dia juga pernah kacau Gempa masa kau tak datang sekolah sebab demam. Mamat tu boyfriend salah sorang dari geng Yaya tu dulu. Dia tak dapat terima dan dia mula serang Gempa. Dia kata sebab Gempa lah, girlfriend dia kena drop out dari sekolah tu."

Jelas Solar panjang lebar pada Halilintar.

Halilintar hanya mengangguk faham, dia mengerling Gempa yang duduk di antara mereka berdua. Matanya meneliti Gempa dari atas hingga bawah, anak matanya terhenti pada leher Gempa. Bibirnya dikemam marah.

"Lehe.."

Belum sempat Halilintar habiskan ayat, Solar sudah terlebih dahulu memintasnya.

"Dia apakan leher kau Gem? Habis merah!"

Gempa meraba lehernya dengan kepala ditunduk ke bawah.

"Kat mana lagi dia sentuh kau?" kini Halilintar buka suara, dia membalikkan tubuh Gempa menghadap ke arahnya. Dia mencengkam bahu lelaki itu kuat, membuatkan Gempa merintih sakit.

"Hali, kau buat dia sakit. Jangan kasar sangat, please slow talk." tegur Solar.

"Tak apalah, aku tinggalkan korang untuk bercakap berdua. Aku masuk kelas dulu, nanti aku kasi tahu cikgu korang." Sambung Solar seraya bingkas bangun dari katil, dia menonong keluar dari bilik sakit tersebut meninggalkan mereka berdua.

"So, jawab soalan aku tadi Gemgem." tegas Halilintar berkata, anak mata merahnya merenung tepat ke dalam anak mata kuning keemasan Gempa itu.

Gempa perlahan menunjuk bibir dan lehernya pada Halilintar.

"Tu aje?"

"Ya tu a.." ayat Gempa terputus bila bibirnya dibungkam Halilintar.

Halilintar makin memperdalamkan lagi ciuman tersebut, dia menjilat bibir Gempa sebelum dilepaskan.

Jari jemari Halilintar menyentuh leher Gempa yang terdapat beberapa kissmark terlakar dileher Gempa. Dia mengeram marah.

Gempa hanya diam melihat wajah Halilintar yang tampak menahan amarah. Dia menyentuh pipi lelaki itu lalu dibelainya perlahan.

"Tak apa Linlin, Gemgem okey. Kita ma-auch!" Gempa tersentak kaget bila Halilintar menggigit lehernya.

"Linlinhh..cuk-ughh Hhh..."

Tangan Gempa meramas rambut Halilintar seraya mendorong perlahan kepala lelaki itu dari terus bermain dikawasan lehernya.

Halilintar menjauhkan kepalanya dari leher Gempa setelah merasa cukup. Dia menatap wajah Gempa yang sedikit kacau.

"Aku hantar kau balik ya, kita ponteng hari ni. Lagipun baju sekolah kau koyak rabak, macam mana kau nak masuk kelas dengan baju macam ni?"

Anak mata Halilintar memandang tubuh Gempa yang sedikit terdedah walaupun sudah ditutupi dengan jaket putih milik Solar.

"Tak apa, Gemgem ada bawak baju lebih."

"Mana? Dalam beg kau?"

Gempa mengangguk. "A'ah, beg Gemgem ada dalam kelas kita."

"Baik lah, kau tunggu sini. Aku pergi ambilkan baju untuk kau ya?"

"Okey."

•••••

"Aku dengar Jack kena gantung sekolah selama seminggu sebab berbuat tidak senonoh pada Gempa. Dan korang pula kena gantung dua hari sekolah sebab bergaduh dengan Jack, betul ke?"

Blaze memandang Solar dan Halilintar yang hanya berdiam diri sahaja, dia mengerling pula pada Gempa yang turut mendiamkan diri.

"A'ah, dahlah malas nak cakap pasal mamat tak guna tu buat sakit hati aje." kata Halilintar dingin. Solar mengangguk setuju.

"Betul tu, jomlah makan nanti tak sempat pula." ujar Solar dengan nada dingin, wajahnya tidak ubah seperti Halilintar kelat dan juga dingin.

Blaze mengusap lengannya bila mendengar suara dan aura dingin dari duo sepupu itu, tahulah dia yang Halilintar dan Solar dalam mood kurang baik.

"Okey, dokey."

Mereka berempat makan dalam keadaan senyap, sesekali Blaze akan mengajak Gempa berbual kosong manakala duo sepupu itu hanya diam sambil mendengar perbualan mereka berdua.

"Gempa!" panggilan seseorang membuatkan mereka berempat menoleh.

"Oh Ice, ada apa?" Soal Gempa, dia memandang wajah Ice yang datar itu.

"Pengetua sekolah nak jumpa kau lepas rehat, tu aje. K bye." si pengawas Ice itu terus berlalu pergi selepas menyampaikan amanahnya.

Blaze dan Gempa tercenggang dibuatnya dengan tingkah Ice itu.

"Tch! Perangai macam apa entah, dingin nak mampus." omel Blaze. Gempa hanya mengaru kepalanya.

"Mesti cikgu besar nak jumpa, pasal kes tadi kan?"

"Mungkin?"

Mereka berdua berbalas senyuman kecil seraya melanjutkan acara makan mereka. Solar dan Halilintar hanya mengerling mereka berdua.




Tbc...

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now