"Hali!!"
Halilintar yang sedang membaca komik Boboiboy the movie 2 dekat wakaf di halaman rumahnya, segera menolehkan wajah ke arah suara yang memanggil namanya.
Dia mendapati Blaze sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya, sambil melambaikan tangan ke arahnya.
"Woii Halilintar! Cepatlah buka pagar ni, kau tak nak pelawa tetamu kau yang paling kacak ni ke?" jerit Blaze, sempat lagi dia memuji diri sendiri.
Halilintar merengus halus, namun dia hanya mengendahkan sahaja.
"Kau masuk lah sendiri, pintu pagar tu tak berkunci pun." sahut Halilintar datar. Tanpa memandang Blaze yang sudah cemberut dengan tingkah kawannya itu.
"Tak guna punya kawan! Nasib baik aku ni kawan yang soleh, nak harapkan kau jadi solehah lah jawabnya." omel Blaze tidak berpuas hati.
Pintu pagar di buka kasar lalu Blaze berlari menuju ke arah Halilintar, lantas pipi kawannya itu digigit geram. Halilintar menjerit kecil, komik yang dia baca tadi sudah terbang entah ke mana. Dia terkejut dengan perbuatan Blaze yang kurang sihat itu.
"Woii! Kau gila? Sakit tau tak pipi comel aku ni! Tak guna kau!" marah Halilintar. Dia terus mengejar Blaze yang sudah melarikan diri sambil tergelak jahat.
"Padan muka! Tulah jahat lagi dengan kawan cumil kau ni, kan dah kena!" sindir Blaze sambil menjelirkan lidah pada Halilintar.
Halilintar berhenti daripada mengejar Blaze, dia menarik nafas lalu dihembus perlahan. Sesak didada cuba ditahan. Peluh sudah merintik didahi, secara tidak langsung wajahnya berubah warna. Pucat.
Blaze yang melihat perubahan drastik daripada Halilintar terus berhenti dan gelaknya juga turut reda. Dia berlari anak ke arah Halilintar dengan wajah panik.
"Kau okey ke Hali? Asal muka kau pucat? Laju sangat ke aku lari?" soal Blaze risau.
Halilintar hanya menghela nafas sejenak, lalu tersenyum kecil.
"Aku okey, cuma aku lelah sikit. Kau pun tau kan yang aku tak boleh lelah?" kata Halilintar selamba, buatkan Blaze hela nafas kesal.
"Sorry aku lupa pasal tu, maafkan aku." kata Blaze bersalah kerana sudah membuat Halilintar kelelahan.
"It's okay. So, apa yang membawa kau ke rumah aku ni?"
Halilintar terus menukar topik, malas mahu dengar suara lirih penuh kekesalan Blaze itu.
Halilintar melabuhkan punggungnya dibirai wakaf, lalu dia menunduk untuk memungut komiknya yang terdampar di atas rumput bersebelahan kakinya.
Blaze turut meletak punggungnya disebelah Halilintar.
"Oh! Yang tu, aku datang ke rumah kau ni sebab nak bincang pasal festival minggu depan."
"So?"
"Apa kata kita bincang, lagu apa yang akan kita duet nanti di hari festival tu."
Mata Halilintar terguling ke atas, sedikit jengkel dengan perangai tidak sabar kawannya itu.
"Ishh, kau ni. Bukan ke festival tu minggu depan? Lambat lagi lah! Esok-esok lah kita bincangnya."
Terus bahu Halilintar dicubit oleh Blaze, buatkan lelaki itu mengaduh sakit.
"Sakitlah bodoh!" bentak Halilintar geram.
"Kaulah bodoh. Memanglah festival tu lambat lagi. Alang-alang aku dah tersesat kat sini, ada baiknya kita bincang terus. Tak adalah kalut nanti. Ni tak, dua hari nak festival baru nak gila cari lagu dan berlatih. Baik kita prepare awal-awal."
Halilintar berdecit perlahan.
"Whatever. So, apa lagu duet kau nak nyanyi nanti?" soal Halilintar acuh tak acuh.
Blaze tersengih.
"Ha! Ni baru Boboiboy Halilintar, kawan yang aku sayangi!" kata Blaze seraya menghamburkan pelukan pada Halilintar, buatkan lelaki itu mengeliat tidak selesa.
"Woii dahlah! Gelilah bodoh! Nak peluk-peluk bagai, straight to the point lah bongok."
Blaze terdorong ke belakang akibat di tolak oleh Halilintar, sehingga pelukan tersebut terlerai dengan terpaksanya. Blaze mencebik bibirnya kesal.
"Yelah! Siapalah aku ni kan? Jijik sampai tak ada orang nak terima pelukan kasih aku ni, aku tau a.."
Kata-kata Blaze terputus apabila mulutnya dilempang oleh Halilintar. Tidak kasar dan tidak lembut, tapi rasalah juga sengat-sengat ular itu.
"Yang kau ni dah kenapa? Emo semacam aje? Period?" kini kepala Halilintar pula mendapat habuan daripada Blaze.
"Aku laki lah bongok, agak-agak lah. Tak pepasal kau, aku buat sup kasi kerbau makan." kata Blaze berang.
Halilintar hanya tergelak yang dibuat-buat.
"Auch takutnya." ejek Halilintar selamba. Tidak makan saman betul si anak tiang elektrik ni.
Blaze mencebik sambil menjeling Halilintar kesal.
"Diam Juon!"
•••••
Gempa tersenyum sambil menikmati indahnya belaian daripada tangan seorang wanita yang bernama ibu. Dia merenung wajah ibunya dari bawah, dia mengusap wajahnya pada perut ibunya.
"Ishh anak busuk mama ni, manja nak gedik betul lah. Dah besar pun nak mengedik di bawah ketiak mama. Tak malu."
Wajah Gempa yang ceria itu terus bertukar cemberut apabila mendengar perlian daripada abang kembarnya. Taufan.
Puan Lily hanya menggelengkan kepala sahaja dengan gelak kecil. Hidung mancung anak montelnya dicuit, dia tersenyum kecil bila melihat wajah cemberut Gempa yang berbaring di ribanya.
"Ishh mama! Tengok Fanfan tu, dia ejek Gemgem! Dia dengki tu, tak boleh bermanja dengan mama. Kan mama kan?"
Kini Gempa pula membalas perlian Taufan, dia bangun daripada pembaringannya lalu tubuh tua Puan Lily dipeluk.
"Betul tu. Dia jeles tu." sahut Puan Lily, sengaja ingin menyakat anak lelakinya itu.
"Mama! Jahat, Fanfan nak cakap kat papa!" rungut Taufan kesal. Kakinya dihentak kecil. Tangan disilang kedada dengan wajah cemberut. Walha dalam hati, tidak terbesit rasa sakit atau cemburu dengan mereka berdua.
Jikalau Gempa rapat dengan Puan Lily, dia pula rapat dengan Tuan Amato. Namun, kasih sayang mereka sekeluarga tidak pernah luntur bahkan hilang. Tapi kasih sayang di antara mereka sekeluarga, di bahagikan sama rata.
"Kenapa bising-bising ni?" celah satu suara, buatkan kesenangan mereka bertiga teralih oleh suara Tuan Amato yang baru sahaja turun dari bilik. Baru selesai mandi.
"Ni ha, anak manja papa ni. Dia jeles dengan kami, dia nak papa manjakan dia macam mama manja kan Gemgem." adu Gempa.
Puan Lily dan Tuan Amato hanya menggelengkan kepala. Taufan sudah menjeling jengkel.
"Mana ada. Fanfan tak jeles pun, budak tembam tu sengaja buat cerita."
"Alah dia malu nak mengaku tu papa."
Gempa masih setia mengusik saudara kembarnya itu.
"Apa? Fanfan nak papa buat macam mama kamu tu ke? Mehh sini papa dodoikan." sakat Tuan Amato.
dengan sengihan nakal."Apa?! Oh no! Fanfan tak nak! Thanks lah papa."
Taufan menonong masuk ke dalam bilik dengan wajah berona merah kerana dirinya dijadikan mangsa sakat-menyakat mereka bertiga.
Tuan Amato, Puan Lily dan Gempa tergelak terbahak-bahak melihat wajah merah Taufan tersebut.
"Kamu ni nakal betul. Kesian si Fanfan tu, malu dia."
Tuan Amato dan Puan Lily mencubit pipi Gempa geram. Gempa hanya tersengih lebar dengan gelak kecil
****
Tbc..
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!