Dari kejauhan Adrien berlari anak mendapatkan temannya, Alycia Min. Seorang gadis kacukan cina jepun yang fasih berbahasa berada tidak jauh darinya. Tak lepas matanya memandang lengok Alycia yang mengenakan dress hijau muda paras lutut dengan rambut greynya yang lepas beralun. "Runtuh betul iman pepagi niy", bisik hati Adrien."Aly!." laung Adrien dengan mengah. Alycia yang berjalan laju khusyuk mendengar lagu nyanyian from now on dari shinee tidak menyahut laungan Adrien kerana ipod yang tersumbat di telinganya. Sentuhan di bahu Alycia mengejutkan dia yang sedang leka. Di toleh, melihat Adrien yang membongkok memegang lutut. Volume ipodnya di slowkan dan mula memberi fokus pada sahabat baiknya itu.
"Kau marathon ke?." teka Alycia.
"Marathon kejar hati kau." gurau Adrien dalam sengih. Mencebik muka Alycia mendengarnya.
Dia terus berjalan meninggalkan Adrien dan menuju ke Morris Book Company. Di awal pagi sebegini banyak kerjanya yang tertangguh harus di siapkan sebelum minggu hadapan. Tersenyum Adrien melihat crush hatinya di usik, niat dihati ingin mengajak Alycia breakfast sekali terbantut. Hmm," keluh Adrien. Dia mendapatkan Alycia, berjalan seiring memasuki bangunan biru laut tersebut.
"Morning!." sapa Karen ramah kepada dua partnernya sambil meniup milo suamnya yang berasap.
"Morning." sahut mereka serentak sambil jari Alycia mengacah ingin mengusik milo Karen hingga wanita itu memuncung geram. Mereka berjalan menuju ke meja masing masing, manakala Alycia terus ke ruang pejabatnya yang menempatkan dia sebagai PA kepada Mr Morris Ng tapi diambil alih oleh anak sulungnya, Mr Ken Ng kerana ayahnya tidak lagi tinggal di sini.Jam berbentuk doraemon miliknya dia atas meja menunjukkan pukul 8.16 minit. Di mana pada pukul 8.30 tepat, bossnya akan sampai. Alycia membuka kunci kabinet dan memasukkan handbagnya kedalam sebelum bergegas menuju ke pantry membuat secawan lemon panas untuk bossnya. Sedang leka memotong lemon, Alycia sedikit terkejut apabila pinggangnya dicuit oleh Adrien yang ingin membuat secawan air milo panas sebagai alas perut. Tersengih Adrien seronok mengusik.
"Kau niy kan ad, suka sangat mengejut camniy." ngomel Alycia Min sambil menyuci pisau di tanganya.
"Siapa lagi nak aku kejutkan, kalau bukan kau, aly." balas Adrien mengambil cawan di dalam kabinet.
Alycia mengambil baki lemon di tangannya, disental ke bibir Adrien geram. Ada saja jawapan dari bibir tu. Terkulat kelat muka Adrien menahan masamnya lemon tersebut hingga terjuih juih bibirnya di air sinki. Mimik muka Adrien menghiburkan hati Alycia hingga menampakkan lesung pipit yang menghiasi ketawanya.
"Muka ke apa tu." tawa Alycia lagi. Adrien terpaku tanpa berkedip memandang crush hatinya. Cantiknya," bisik hatinya.
Tawa Alycia termati apabila matanya bertembung mata Adrien membuat dia termalu sendiri. Alycia melarikan wajahnya dari dipandang Adrien, lemon panas yang siap dibancuhnya dipegang dengan berhati-hati berlalu meninggalkan Adrien sendirian.Laju langkah kaki Ken Ng keluar dari perut liff berjalan melintasi perkerja-pekerjanya yang menyapanya dengan morning. Alycia sudah berdiri menyambutnya.
"Morning sir." sapa Alycia sambil langkahnya membuntuti Ken Ng dengan note book di tangannya. Hanya anggukan yang diterima Alycia sebagai respon dari bossnya. Setelah, Ken Ng melabuhkan duduknya di kerusi dan meletakkan briefcase di atas meja. Alycia mula menyelak helaian note booknya untuk membacakan jadual kerja bossnya pada hari ini.
"Today, your lunch hour 12.30pm with Miss Wen at Guan Steamboat Restaurant. I already book the table for you both and at 3pm, Mr Lai Kook wants to see you to discuss about the front page book he wanted to do. Other than that, your promise to contact Cici this evening sir." jelas Alycia lalu menutup notenya dan memberi perhatian kepada bossnya. Ken Ng mendengar dengan teliti sambil menghirup lemon panasnya lalu mengangguk faham. Button kotnya di tanggalkan satu persatu dan berdiri menggantungnya di batang penyangkut. Alycia masih menanti arahan seterusnya sebelum ingin berlalu pergi.
"Call Mrs Peng for me, ask her bring the last week report. Today was the last date." arah Ken Ng sambil menekan remote controlnya memainkan alunan relaxing muzik kesukaannya. Alycia menulis notenya dan mengangguk.
"And the record i ask you to key in yesterday already done?." soal Ken Ng tanpa memandang Alycia.
"Already finish sir." jelas Alycia.
"Good, later sent to me." pesan Ken Ng. "Anything else?." soal Ken Ng memandang Alycia.
"No, that all." balas Alycia.
"Okay, thank you." jawab Ken Ng langsung memulakan kerjanya apabila Alycia berlalu pergi meninggalkan biliknya.
Alycia mula tekun menyiapkan kerja-kerjanya.Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Alycia mengeliat, membetulkan urat-urat tengkuknya yang terasa sangat sengal. Matanya memandang bilik Ken Ng dibalik cermin yang sudah pun meninggalkan ruang pejabat seawal 12 tadi untuk bertemu pasangan hatinya. Alycia mula menung melabuhkan pandangannya keluar. Teringat akan diri dia, semasa Mr Morris Ng masih lagi menguruskan company niy. 7 tahun dia berkhidmat di Morris Book ketika berusia 23 tahun sejak dia membawa diri dan menetap di sini. Morris Book bukanlah sebuah company yang gilang dan gah, ia hanyalah sebuah company 5 tingkat yang mengeluarkan berbagai jenis buku berjenama Morris. Di mana 1 tingkat darinya adalah kilang yang menghasilkan buku-buku tersebut. Kebanyakkan buku yang dihasilkan Morris adalah peminat dari kalangan pelajar-pelajar kolej dan U. Alycia tersenyum sendiri. Ketukan di mejanya mengejutkan dia dari termenung, Alycia menoleh. Jun tersengih.
"Kami mau lunch, mau ikut sekali?." Pelawa Jun, si gadis berbangsa cina.
"Mau." balas Alycia. Sememangnya perut dia sudah mula menagih nasi kerana dia hanya beralaskan 3 paket biskut oat pagi tadi. Kabinetnya di buka dan dicapai handbag yang disimpan. Mereka berjalan seiring menuju ke ruang liff. Karen dan Adrien sedia menanti.
"Makan mana?." soal Alycia memasuki perut liff, di ikuti jun yang memaut lengannya.
"How about at Snowy Bears? Kedai tu baru bukak." pelawa Adrien memberi cadangan bersungguh kerana niat dia pagi niy nak mengajak Alycia breakfast di situ tidak kesampaian.
"On!." sahut Jun. "I nak try makan kat situ." tambah Jun lagi.
Alycia dan Karen mengangguk setuju. Mereka berjalan keluar menuju ke kenderaan masing-masing kecuali Karen yang mengikuti Jun.
Audi TT merah hati Alycia meluru laju melintasi Preve milik Adrien dan di ikuti mini cooper milik Jun.
YOU ARE READING
Found You 🤍
RomancePertolongan yang di hulurkan pada malam itu berakhir dengan tragedi yang telah mengubah nasibnya sendiri. Tangisan dan rintihannya juga tidak dapat memutar kembali keadaan yang telah berlaku. Dia hanya berserah dan menyerah. Siapalah dia untuk melaw...