Alycia mengeliat keletihan, segala urat badannya terasa kebas sepanjang 2jam setengah menemani bossnya menghabiskan meeting bersama Mr Lai Kook. Jam di tangannya menunjukkan pukul 6 petang. Alycia mengeluh penat. Matanya terasa berat. Segala barangnya di atas meja di simpan ke dalam handbagnya. PCnya juga di offkan dan dimatikan suis. Setelah memastikan mejanya kemas dan tiada barang yang tinggal, Alycia berjalan meninggalkan ruang pejabatnya dan menuju ke depan. Matanya melilau mencari kelibat Adrien. Di tepuk bahu Karen yang masih belum balik dan masih lagi menaip di skrin PCnya. Karen sedikit terkejut dengan teguran Alycia, mendongak memandang Alycia yang tersengih menampakkan susunan baris giginya yang putih. Karen akui, Alycia seorang gadis yang sangat cantik, kulitnya yang putih, di hiasi pula dengan warna anak mata yang berwarna brown cair. Sesiapa yang melihatnya pasti akan terpikat untuk mengenali Alycia."Mana ad?." soal Alycia yang masih mencari kelibat Adrien.
"Ad you dah balik pukul 5 tadi. Adik dia call." balas KarenAlycia sedikit kecewa mendengar jawapan Karen. Niatnya nak mengajak Adrien minum petang terbantut. Dia tidak lapar, mee kari yang dia makan tengahari tadi di Snowy Bears bersama Karen, Jun dan Adrien masih lagi mengenyangkannya. Dia hanya ingin mencari temannya untuk berbual, hmm," keluhnya dihati.
"Okaylah, macamtu i balik dululah. Btw you tak nak balik lagi ke babe?." soal Alycia melihat Karen masih bersungguh menyiapkan kerjanya.
"I tunggu hubby i so sempatlah i finishkan niy dulu if not, you know Mrs Peng right." jelas Karen yang membayang wajah Inchargenya. Takut rasanya. Alycia ketawa sekejap dan berlalu pergi meninggalkan Karen menuju ke liff.
Iphone7 dari begnya dikeluarkan dan laju sahaja jarinya menaip mesej di whatsapp.Kenapa balik tak cakap? 😤
Sent! Chat tersebut tick di whatsapp Adrien. Alycia terus menghidupkan Audi TTnya dan keluar dari perkarangan Morris Book.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Adrien yang baru lepas mandi dan bertuala separas pinggang berlari mendapatkan phonenya kerana terdengar ringtone whatsappnya berbunyi setengah jam lalu. Tersenyum dia melihat notification, menunjukkan Alycia yang di save diphonenya sebagai aishiteru. Laju jarinya membalas chat Alycia, risau crush hatinya menunggu lagi lama. Matanya membulat melihat jam di dinding biliknya tanpa sedar jarum jam sudah berada pada pukul 10.
Akbar call, aku kena amik dia. Sorry. 😫
Ketukan pintu biliknya mengejutkan dia. Diletak phonenya dia atas meja selepas chatnya di sent kepada Alycia. Tombol pintu biliknya dipulas sambil tangannya mengeringkan rambut dengan tuala kecil. Terjengul muka akbar bersama earphone ditelinga, didepan pintu dengan buku-buku ditangan. Belum sempat Adrien bertanya, Akbar sudah masuk terlebih dahulu.
"I need to borrow your lapp." minta Akbar melabuhkan duduknya didepan meja kerja Adrien. Adrien termanggu memandang adiknya. Dia tidak membalas ya atau tidak, adiknya sudah menghidupkan button laptopnya. Dia mencapai short pants kelabu di dalam almarinya dan di sarung ke badan. Sengaja dia tidak berbaju malam niy. Sedang leka ringtone whatsappnya berbunyi lagi.
Late! I hate you! 😠
Geli hati Adrien membaca balasan dari Alycia. Secepatnya Adrien membalas.
Sorry but ILOVEYOU 😍
Terkinja suka apabila chatnya di sent. Sesekali tingkahnya dipandang Akbar. Melihat abangnya yang berdiri dihadapan cermin menilik-nilik badan membuat Akbar senyum sendiri. "Kak Aly lah tu." bisik hatinya.
Adrien mebelek belek wajah dan ototnya dicermin. Tampan, tegap dan tidak kurang, sememangnya dia boleh dikatakan jejaka idaman wanita. Dia akui ramai diluar yang meminatinya, tak kurang juga yang meluahkan secara berdepan namun hatinya tetap inginkan Alycia. Senyum dia sendirian. "Alycia Min," bisik hatinya."Hensem camniy pun kak aly tak nak. " ngomel Akbar tapi didengari Adrien.
"Siapa kata dia tak nak, dia cuma jual mahal jee." bidas Adrien melabuhkan duduk di sebelah Akbar.
"Kak aly yang mahal ke atau abang ad yang takut?." teka Akbar sambil terangkat-angkat keningnya mengusik Adrien.
Adrien diam. Iya dia takut. Takut ditinggalkan jika Alycia tahu perasaannya lebih dari kawan.
"Abang takut. Takut ditinggalkan." ngaku Adrien lemah.
Akbar memahami abangnya. Takut jika diakui suka dan ditolak, tiada lagi akannya persahabatan. Tambahan, Akbar juga mengenali rapat Kak Aly. Andai cinta abangnya ditolak sudah pasti dia dan Kak Aly tidak lagi berkawan. Adrien menongkat dagu memikirkan kata adiknya."Btw akbar cuti berapa lama?." soal Adrien mematikan topik.
"2 week." balas akbar langsung menyambung kembali assignmentnya.
Ringtone whatsapp diphone Adrien berbunyi kembali. Bingkas Adrien bangun mengambil phonenya sehingga mengejutkan Akbar. Akbar hanya memerhati dan menggeleng.😝 me too, frenz.
Adrien hanya membaca tanpa membalasnya. Hatinya sedikit kecewa. Phonenya di offkan dan diletakkan di tepi bantal. Dia mula berbaring di katil. Fikirannya hilang entah kemana. Friend?" keluh hatinya. Matanya mula pejam berharapkan tidurnya dapat menghilangkan rasa pedih hati ini. Tambahan pula 4jam memandu membuat badannya juga letih.
Akbar yang melihat tingkah abangnya, bingkas bangun menyelimutkan abangnya dan menutup lampu tidur ditepi mejanya.
"Good night." bisik Akbar perlahan dan menyambung semula kerjanya menggunakan lampu meja yang ada.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
"Please! I'm begging you Ao!" rayu Alycia. Terkapai kapai tangannya.
"Please! Don't!!" rayunya lagi. Airmatanya mula mengalir.
"NO!!" jeritan Alycia bergema diruang kamar tidurnya. Dia terduduk tersedar dari tidur. Tercungap-cungap nafasnya laju. Lampu tidur ditepinya, ditarik menyala. Alycia memandang sekeliling kamarnya, gelap. Dia bermimpi lagi. Peluh yang membasahi dahi dan lehernya juga dikesat. Tanpa dia sedar, matanya mula kebasahan dengan airmata. Alycia mula teresak dan esakannya makin kuat hingga dia menjerit geram, memukul bantalnya berkali kali. Dia berpeluk lutut diatas katil. Menggigil takut. Dia benci bermimpi.Esakkannya mula berhenti. Dia terdiam seketika dan mengesat airmatanya sebelum bangun menuju ke kamar mandi, menyuci mukanya berkali. Wajahnya dilihat kusut, dicermin. Setelah fikirannya segar, dia bersandar dikepala katil sambil melihat jam di meja katilnya. 3.40pagi." Alycia mengeluh. Iphone7nya juga sepi, tiada balasan dari Adrien. Ingin saja dia menghubungi Adrien untuk berbual namun takut dia mengganggu. Alycia menarik selimutnya kedada dan berbaring semula. Matanya dipejam kembali, mengharapkan agar tidurnya tidak bermimpi lagi.
YOU ARE READING
Found You 🤍
RomancePertolongan yang di hulurkan pada malam itu berakhir dengan tragedi yang telah mengubah nasibnya sendiri. Tangisan dan rintihannya juga tidak dapat memutar kembali keadaan yang telah berlaku. Dia hanya berserah dan menyerah. Siapalah dia untuk melaw...