Wade Ng yang telah lama tersedar dari lena, berpaling tatkala tingkapnya diketuk oleh Bard saat diberitahu sudah tiba ke destinasi. Alycia yang masih lena disebelahnya ditatap sebelum tubuh langsing itu dicempungnya lembut kerana sayang ingin mengejutkan isterinya. Bard mengarahkan anak buahnya mengangkat setiap beg dari bonet kereta. Alycia yang terasa dirinya terapung, membuka mata perlahan. Dilihat wajah suaminya yang terlalu dekat.
"Where are we?" soal Alycia masih mamai.
"Home". bisik Wade Ng.
Alycia yang masih malas ingin turun, berpaut manja leher suaminya. Wajahnya disembam rapat ke dada suaminya. Wade Ng mengucup lembut kepala Alycia lalu melangkah memasuki pintu besar rumahnya. Ketibaan Wade Ng disambut beberapa pembantu rumah. Alycia yang terkejut mengangkat muka, menoleh. Besar biji matanya hingga merona merah wajahnya tatkala melihat beberapa pembantu yang memandangnya.
"Welcome home, master". sambut Emon selaku pengurus rumah. Wade Ng membalas dengan senyuman seraya menurunkan Alycia.
"Master? You?" soal Alycia tidak percaya. Wade Ng mengangguk kejap. "And this is your house?" sambung Alycia, menyoal lagi yang masih tidak percaya akan matanya yang melihat rumah bentuk rekaan jepun.
"Our mansion". bisik Wade Ng. "And meet Emon, he manage this mansion and emon this is your Madam, Alycia". sambung Wade Ng memperkenalkan keduanya. Emon menunduk hormat, menyapa puannya. Begitu juga Alycia yang tersenyum kejap. Semewah ini ke suaminya selama niy? Sukar untuk dia percaya. Matanya ralit melihat sekeliling luar rumah berkonsep jepun yang dihiasi dengan sebuah mini kolam ikan dan sepohon besar pokok sakura yang masih tidak berbunga.
"Utsukushii". puji Alycia.
"Like you".
Alycia menjeling manja sebelum kakinya didatangi seekor kucing putih yang gebu. Pantas saja Wade Ng mengambil dan mendukung kucing kesayangannya itu."Your cat?" soal Alycia teruja.
Wade Ng tersengih seraya mengangguk.
"His name iko".
"Kawaii". Alycia membelai lembut iko didalam dakapan Wade Ng.
"Like me".
Alycia menyiku pinggang suaminya geram. Wade Ng berdecit sakit sebelum ketawa kecil. Emon turut tersenyum melihat gelagat pasangan didepannya.
Sedang Alycia dan Wade Ng leka bergurau, terdengar suara wanita memanggil nama iko berkali. Alycia menoleh saat wanita itu muncul dari pintu koridor. Alangkah terkejutnya dia tatkala wanita yang muncul didepannya adalah mamanya sendiri.
"Oka.. -san..".
Bekas yang berisi makanan kucing di tangan wanita itu juga turut terlepas selepas terpandang Alycia.
"Alyc..". Wanita itu menekup mulutnya seakan tidak percaya.
"Nani sono noizu?" celah satu suara garau dari lelaki yang muncul dari arah yang sama.
"Otto! Mu.. musume.." tutur wanita itu tersekat sekat. Lelaki itu turut mengangkat muka memandang ke arah yang ditunjuk isterinya.
"Oto-san".
"Aly..cia.. You're Alycia?" ulangnya tidak percaya.
Terkumat bibir Alycia menahan sebak, airmatanya yang bergenang mengalir laju sebelum kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah kedua orang tuanya.
"Oka-san! Oto-san!" panggil Alycia sedikit kuat seraya laju menerpa mama dan papanya sebelum meraung kerinduan. Wade Ng mendatangi isterinya seraya tersenyum lama. Matanya memandang ke arah keluarga kecil didepannya sebelum menghembus nafas lega. Apa yang dia inginkan tercapai jua. Alycia mendongak sedikit memandang suaminya.
"I hate you". tutur Alycia menggerakkan bibirnya.
"I know". balas Wade Ng tersenyum.
YOU ARE READING
Found You 🤍
RomancePertolongan yang di hulurkan pada malam itu berakhir dengan tragedi yang telah mengubah nasibnya sendiri. Tangisan dan rintihannya juga tidak dapat memutar kembali keadaan yang telah berlaku. Dia hanya berserah dan menyerah. Siapalah dia untuk melaw...