Found You - Chap 10

3.5K 39 1
                                    


     "Ao Tian, do you take Alycia Min to be your wedded wife, to live in marriage? Do you promise to love her, comfort her, honor her and keep her for better or worse, for richer or poorer, in sickness and health, and forsaking all others, be faithful only to her, for as long as you both shall live?." soal Paderi Joseph membaca kitab perkahwinan ditangannya.
     "I do." jawab Ao Tian.
     "Alycia Min, do you take Ao Tian to be your wedded husband to live together in marriage? Do you promise to love him, comfort him, honor and keep him for better or worse, for richer or poorer, in sickness and health and forsaking all others, be faithful only to him so long as you both shall live?." sambung Paderi Joseph lagi menanya kepada pengantin perempuan.

" sambung Paderi Joseph lagi menanya kepada pengantin perempuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alycia Min menunduk mukanya, soalan tersebut tidak dijawab. Airmata yang ditahannya mengalir laju. Ditoleh, memandang kedua wajah orang tuanya. Jelas kesedihan di wajah mamanya namun tidak bagi papanya yang tidak memandangnya. Dia tidak kuat. Berat mulutnya untuk menjawab.
Ao Tian menoleh memandang Alycia Min yang tersedu sedu menangis. Ingin saja kakinya berlalu pergi. Memikirkan janjinya kepada papa Alycia Min dan juga dirinya sebagai lelaki yang bertanggungjawab atas kesilapannya terpaksa dia akur.
     "Alycia Min, do you take Ao Tian to be your wedded husband to li.." ulang Paderi Joseph ingin membacanya semula namun dipotong Alycia.
     "I d..oo." balas Alycia teresak esak. Lututnya lemah. Bersaksikan negara ini, dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang tidak dia kenali.
     "I pronounce you husband and wife. You may now kiss the bride." arah Paderi Joseph menutup kitabnya.
Ao Tian berdiri rapat dihadapan Alycia, memegang dagu Alycia memandangnya. Jelas dilihat, mata Alycia yang membengkak kerana menangis selama seminggu lebih. Semalam juga dia masih merayu menangis untuk tidak meneruskan perkahwinan ini tapi tegasnya papa Alycia, akhirnya akur juga.

 Semalam juga dia masih merayu menangis untuk tidak meneruskan perkahwinan ini tapi tegasnya papa Alycia, akhirnya akur juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Satu ciuman lembut hinggap di bibir Alycia. Airmatanya masih berderai laju. Sungguh tak dia sangka hidupnya menjadi haru biru. Dia menoleh memandang mama dan papanya yang berdiri ingin berlalu pergi. Papanya datang mendekat. Airmata Alycia dikesat dengan tangannya. Tangan Alycia dipegang kejap. Satunya anak tunggal yang ditatangnya bagai nyawa, yang menghiburkan hatinya setiap lelah, yang menjadi tawa kebahagiaan buat dirinya dan juga isteri. Kini menjadi milik seorang lelaki misteri yang digelar suami, menantunya. Ya, menantu yang dia sendiri tidak tahu asal peribadinya. Matanya menatap Ao Tian dengan pandangan berharap agar anaknya bahagia.
     "Kyō kara anata wa watashi no musumede wa arimasen". luah Papa Alycia dalam keterpaksaan. Airmatanya tumpah jua. Matanya redup memandang Alycia yang tercengang. Dia menarik tangan isterinya agar berlalu pergi, isterinya yang masih terpinga akhirnya menangis apabila dilihat anaknya makin jauh.
     "No!!." jerit Mama Alycia.
Alycia jatuh terjelepuk. Masih tidak percaya dengan kata- kata Papanya. Dia dipersalahkan kerana memalukan? Salah apa yang telah dia lakukan? Percutian selama 3 minggu yang sepatutnya dia nikmati bersama Papa dan Mamanya berakhir dengan tragedi.
     "Oto-san!!." raung Alycia namun kelibat keluarganya telah pun tiada. Ao Tian yang melihat tidak memahami apa yang terjadi. Bard yang berada di sisi dipanggil.
     "Take her to the hotel for a rest and tomorrow, let's go back to the Aussie." arah Ao Tian sebelum pergi meninggalkan Bard dan isterinya. Bard menggangguk faham.

Semalaman Bard berpusing di satu Kota mencari Puan Mudanya namun tiada. Dikerah anak buahnya juga supaya mencari di merata.
     "Sir, not here." jawab anak buahnya.
Bard mengangguk seraya mengarah mereka pergi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Puas otak dia berfikir kemana lagi harus dia cari. Memikirkan Tuannya, Ao Tian yang sedang menanti dengan berang. Dia harus menemukan Puannya juga.
Ao Tian berdiri menyeluk saku, pandangannya dihala keluar tingkap. Satu panggilan dari Bard malam tadi membuat dia bergegas ke bilik hotel. Wanita yang baru sehari menjadi isterinya telah pun lari. Ya lari! Digempal tangan menjadi penumbuk. Geram! Niatnya ingin memperbetulkan segalanya selepas pulang ke Aussie menjadi sia-sia. I'll find you, honey!." bisik hatinya sendiri.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

     Deringan ringtone diphone Alycia mematikan segala lamunan kenangan 7 tahun lalu. Matanya dibuka, dilihat sekeliling yang sudah gelap. Terlalu lama dia mengunci dirinya didalam kereta. Phonenya ditarik keluar. Nama Adrien muncul.
    "Halo." jawab Alycia lembut.
Adrien dihujung talian berasa lega apabila panggilannya berjawab. Tangisan Alycia siang tadi membuatkan hatinya tidak tenang.
     "Sampai dah ke?" soal Adrien.
     "Ya, kat bawah. Baru nak naik." balas Alycia seraya mengemas bagnya dan menarik kunci keretanya lalu menguncinya sebelum berlalu ke pintu liff.
     "Okay. Jangan lupa makan and rehat". pesan Adrien dihujung talian. Alycia tersenyum sendiri dengan sikap ambik berat Adrien.
     "Yes boss!." usik Alycia lalu ketawa
     "Good!." balas Adrien turut ketawa. Lega hatinya mendengar suara Alycia yang sudah ceria. "I"ll call you again later." sambung Adrien lagi sebelum mengakhirkan panggilan.
     "Okay, bye bye." balas Alycia lalu end call ditouchnya. Phonenya disimpan kembali ke dalam handbag lalu dikeluarkan kunci rumahnya yang tergantung keychain berbentuk  bulan yang dihadiahkan Mamanya dahulu semasa bercuti. Alycia mengeluh. Ditepis kenangan yang singgah difikirannya. Alycia memasuki liff, punat 5 ditekan. Dia hanya tahu badannya yang terasa sangat letih. Letih dengan menangis, selepas apa yang terjadi padanya hari niy.

     Tombol pintu rumahnya dipulas, kasutnya dilepaskan lalu disusun ke atas rak. Kepalanya ligat memikirkan nak makan apa untuk malam niy. Lantas suis lampu ruang tamunya ditekan. Disaat dia ingin meletakkan handbagnya, bulat biji matanya apabila melihat lelaki yang ingin dia hindar dari pagi tadi kini berada dirumahnya, didepan mata! Sedang duduk bersilang kaki.
     "Welcome home, honey." jawab Wade Ng yang dahulu dikenali Alycia sebagai Ao Tian. Alycia keras memandangnya buntu bagaimana? Dan macamana? Wade Ng tersenyum melihat isterinya terpinga dan tidak bergerak. Jika tanpa bantuan Bard, sudah tentu dia tidak akan dapat memasuki rumah isterinya.

Found You 🤍Where stories live. Discover now