Found You - Chap 28

1.4K 43 17
                                    


Bard mengetuk pintu rumah Alycia berkali. Risau akan puannya yang tidak menjawab panggilannya dari tadi. Terakhir dia di hubungi, Alycia memberitahu akan pulang ke kondonya sendiri, malam niy. Sejurus itu Bard memecut menuju ke kondo puannya.
     "Ma'am, are you in there!". panggil Bard risau. Masih tiada bunyi dari puannya. Apa yang akan dia katakan jika disoal oleh Sir Wade nanti. Bard mati kutu. "Ma'am, if you're not answer me, i'll call Sir Wade". ugut Bard kerana dia tahu Sir Wade tidak akan bersetuju jika Alycia balik ke kondonya. Pintu Alycia sedikit terbuka. Terjengul wajah Alycia di muka pintu dengan bertuala. Bard sedikit terkejut.
     "Ma'am". tegur Bard.
     "I'm on my period right now, please". rayu Alycia berbohong agar Bard berhenti menganggunya. Bard termangu malu namun lega apabila puannya berada dalam keadaan yang baik sahaja.
     "Do you need anything, ma'am?" soal Bard ingin membantu.
     "Yes, i need a good sleep". balas Alycia mencebik
     "Sorry ma'am". ucap Bard.
     "Pick me at 10 am. Bring also my breakfast. I'm lazy to cook". pesan Alycia. Bard mengangguk seraya tersenyum dan meminta diri. "Bard". panggil Alycia lagi. Bard menoleh.
     "I think it's better to tell Wade". arah Alycia yang kasihan melihat raut wajah cemas Bard. Bard mengangguk tersenyum lalu meninggalkannya.
Alycia menutup pintunya kembali setelah Bard hilang dari pandangannya seraya menguncinya sebelum terduduk bersandar di balik pintu. Airmata yang ditahannya gugur berderai laju. Tualanya turut terlepas menampakkan setiap luka dan darah di tubuhnya. Alycia melangkah lemah ke bilik mandi sebelum berdiri dibawah pancuran air bersama raungan.

 Alycia melangkah lemah ke bilik mandi sebelum berdiri dibawah pancuran air bersama raungan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     "Why?!!". jerit Alycia sendirian menyalahkan kehidupannya. Tubuhnya dipukul bertalu. Jijik! Tangisannya tiada henti.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

     Pagi itu, selesai berjogging dan bersarapan bersama Madam Su serta Ken Ng. Wade Ng menyambung semula kerjanya hingga ke tengahari di bilik bacaan yang dibawa dari Morris Book. Ketukan di pintu bilik menghentikan kerjanya. Wajah Bard muncul di muka pintu.
     "You're late". sinis Wade Ng melirik jam di mejanya, pukul 12.22 tengahari. Bard menunduk memohon maaf. Wade Ng mengarahnya duduk. Bard menurut seraya mengeluarkan ipadnya lalu turut sama membantu menyiapkan kerjanya.
     "So how's she?". soal Wade Ng ingin tahu sambil jarinya tekun menaip dilaptopnya. Lantas teringat akan Bard menghubunginya lewat tengah malam memberitahu akan keadaan Alycia yang tidak berapa sihat akibat period hingga Alycia meminta untuk tidur 1 malam di rumahnya sendiri. Wade Ng akur dengan mengarah Bard untuk berjaga di sana.
     "Getting better but still look pale". jelas Bard, teringat wajah puannya yang kelihatan pucat dan tidak bermaya seperti tidak cukup tidur. Terlalu sakit ke?
Wade Ng menung berfikir.
     "Give her some fruit". arah Wade Ng.
     "Already, sir".
     "Did she take the medicine?".
     "Also done, sir".
Wade Ng berfikir semula.
     "How to handle a period pain, Bard?". soal Wade Ng memandang Bard. Bard terkebil kebil membalas pandangan tuannya. Sakit dibadannya juga tidak terhandle bagaimana pulak akan sakit period yang tidak pernah dia tahu mahupun rasa.
     "I'll search it for you". balas Bard.
     "Then, make it quick". arah Wade Ng. Bard mengangguk.
Wade Ng menyambung semula kerjanya. Fikirannya menerewang memikirkan Alycia. Ketelanjurannya menengking dan memarahi Alycia tempoh hari menimbulkan rasa bersalah di hatinya. Seharusnya tidak patut dia memaksa Alycia untuk memahami maksudnya atau menerima dirinya. Telah berkali dia mendengar dari Alycia bahawa dia tidak dicintai oleh Alycia. Akan tetapi dia yakin jika cinta itu diputik pasti Alycia jugak melihatnya. Namun dia memerlukan masa untuk memutiknya. Hanya statusnya sebagai suami sahaja yang dapat mengikat hubungannya dengan Alycia. Wade Ng mengeluh seraya meletak kepalanya di atas meja.
     "What wrong sir?" soal Bard yang hanya memerhati tuannya dari tadi.
Wade Ng menggeleng lalu menyambung kerjanya semula agar cepat dia pulang ke kondonya menjaga Alycia. Banyak perkara yang ingin dia katakan.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Alycia masih merendam tubuhnya lama di dalam bathtub. Luka kecil di jari-jarinya telah kering. Namun gigitan yang ada ditubuhnya masih lagi kekal walau telah berulang kali disentalnya. Bayangan kejadian semalam bermain kembali dibenak fikirannya. Sungguh dia takut! Takut akan dirinya yang hampir saja di nodai oleh lelaki lain selain Wade Ng. Wade Ng? Alycia mula menangis lagi. Apa yang bakal terjadi kepadanya jika diketahui oleh Wade Ng. Entah keberapa kali airmatanya tumpah tiada henti hingga anak matanya terasa kering dan pedih namun tidak sepedih hatinya yang meronta hebat. Alycia memeluk tubuh, menunduk tersedu.
     Usai mandi, Alycia membasuh mukanya seraya mengelap lembut. Wajahnya yang sembab dan pucat dibelek di cermin. Jarinya yang luka di balut handplus baru. Bathrobe ditubuhnya dikemas dan diikat kuat sebelum dia melangkah keluar. Alangkah terkejutnya dia apabila wajah Wade Ng di depan pintu. Wade Ng yang baru sahaja sampai ingin mengetuk memanggil isterinya juga turut terkejut. Alycia melarikan wajahnya dari memandang Wade Ng. Jantungnya bergetar kencang.
     "Just about to call you". tutur Wade Ng mula bicara.
     "What it's?" soal Alycia cuba bersahaja lalu melangkah perlahan menuju ke almari mencapai pakaian yang ingin pakainya. Wade Ng yang memerhati sedikit pelik.
     "Are you okay?". soal Wade Ng. Mungkin niy yang dikatakan period mood.
     "Just say it". arah Alycia.
Wade Ng menarik nafas. Say it, Wade! Say it!
    "How's your pain? Still hurt?"
Wade Ng mengetap bibir apabila lain yang ingin dia katakan. Lain pula yang terluahkan. Alycia mengeluh. Entah kenapa ada rasa bersalah yang singgah di hatinya hingga dia tidak sanggup untuk menatap wajah Wade Ng.
     "If you have nothing to say, please go. I need to change". pinta Alycia sambil menunjuk ke arah pintu tanpa memandang wajah Wade Ng. Jari Alycia menjadi perhatian Wade Ng. Setahunya Bard tidak mengatakan apa-apa kecederaan pada Alycia.
     "What happen to your finger?" soal Wade Ng ingin tahu lalu mendekati Alycia. Alycia yang tersedar menyembunyikan jarinya.
     "Not..hing.. just small cut.. while cooking last night". bohong Alycia semakin menjarak dari Wade Ng.
Wade Ng mencapai jari Alycia akan tetapi ditepis Alycia. Wade Ng mula menarik kasar jari Alycia.
     "DON'T TOUCH ME!" marah Alycia takut seraya memandang tajam Wade Ng.
     "What's wrong with you?". soal Wade Ng perlahan yang melihat kelainan dari isterinya seperti tidak terurus.
     "Sor..ry.. i'm sorry.." sedu Alycia menangis lagi.
Wade Ng yang dalam keadaan keliru memeluk Alycia ke dalam dakapannya seraya membelai lembut rambut isteri. Tangisan dan wajah pucat Alycia yang ketakutan menjadi tanda tanyanya.

 Tangisan dan wajah pucat Alycia yang ketakutan menjadi tanda tanyanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Found You 🤍Where stories live. Discover now