Tariq pusing tombol pintu. Berlahan-lahan masuk. Daripada samar-samar cahaya bulan yang masuk melalui kaca jendela, dia melihat isteri yang sedang nyenyak tidur. Dia menolak beberapa helaian rambut di pipi isteri.
Tariq lepaskan keluhan. Perasaan lemah begini yang paling dia tidak suka.
Dia kata tuan ruthless. Saya terpaksa tarik dia keluar. Dia masih nak berenang walaupun saya tahu dia dah tak berdaya lagi.
Teringat kata-kata Rabia petang tadi. Sememangnya dia telah mengarahkan Rabia untuk melaporkan setiap pergerakkan isteri. Dia tahu Rabia akan ikut semua arahannya tanpa soal. Tanpa memberi komen apa-apa. Tapi, kali ini Rabia bersuara. Nampaknya Rabia dah terlebih concern dengan keadaan Tiara.
Tariq melurut rambut ke belakang. Wajarkah dia benarkan? Kalau dia give in sekarang, mungkin dia tidak boleh kawal isterinya. Manalah tahu esok-esok ni, isteri nak keluar bersiar-siar pula. Issh tak boleh jadi.
Dia telah berjanji kepada diri sendiri yang dia akan buat Tiara menyesal dengan perbuatan Tiara terhadap Tazzim. Dia kahwin dengan Tiara kerana dia mahu Tiara terikat dengan dia. Perempuan ini tidak akan dibenarkan bebas. Perempuan ini tidak akan dibenarkan bahagia sama sekali.
Betulkah tindakan awak, Tariq Zayyan? Tazzim sendiri bahagia dengan kehidupan bebasnya walaupun dia telah berkahwin dengan perempuan ini. Tazzim sendiri boleh beritahu awak yang dia telah berkahwin jika dia mahu, tapi dia rahsiakan. Kenapa? Mungkin kerana dia juga masih sayangkan kebebasannya. Awakkan tahu perangai adik awak macam mana? Always wants to enjoy life. Tidak pernah setia dengan mana-mana gadis. Mungkin dengan Tiara lain. Mereka berdua saling cinta mencintai dan kahwin. Tapi cinta Tiara tidak cukup kuat untuk mengikat kehidupan bebas adik awak. Pernah awak fikir itu semua?
Ah, pening! Dia dah mula mempersoalkan tindakan sendiri. Mula meruntuhkan kekerasan hati. Ya Allah, betulkah tindakannya ini?
Jari menyentuh lembut pipi isteri. Menyentuh bibir isteri. Kelopak mata isteri. Dia suka dengan sentuhan ini. Terlebih suka. Arghh tidak boleh begini. Dia pantas bangun. Meraup wajah. Mengurut dahi berkali-kali.
Tazzim, why the hell did you married her? She look so innocent. Do you love her, Tazzim? Really love her?
Yes. I love her, brother.
Betulkah? Kenapa jawapan suara hati nak mempermainkannya? Jawapan itu menyakitkan hati.
Ah, walau apapun dia tidak akan biarkan Tiara jalani hidup bebas sepertimana Tazzim buat dulu. Sejarah hitam tidak akan berulang. Tidak dengannya. Tiara Shenaaz akan tetap jadi prisoner Tariq Zayyan. Selama-lamanya...
Dia keluar. Tinggalkan isteri yang tidurnya dibuai mimpi bersama Aida. Gembira di Disneyland. Hanya dalam mimpi mereka boleh ke sana.
Namun terasa sekejap benar mimpinya. Terasa lengannya dicuit. Nama dipanggil. Siapa berani ganggu? Rabia? Issh Rabia ni memang pengacau. Oops bukan Rabia. Tak jadi marah. Tarik selimut hingga ke bahu. Kalau boleh nak terus tutup muka. Terkebil-kebil melihat suami. Merayap kemarahan di hati. Lelaki ini rosakkan rancangannya dengan Aida. Jahat!
"Pergi mandi. Lepas tu turun sarapan."
Tak nak. Saya tak nak mandi. Tak nak makan. Saya tak nak buat apa-apapun. Kalau boleh saya tak nak encik dalam dunia saya.
Ishh, boleh protes dalam diam sajalah, Tiara. Kalau luah pun, hanya sakitkan hati sendiri. Bukan ada kuasa veto. Lagipun suami dah keluar. Bukan kesah sangat pun. Sekadar nak tentukan prisoner dia ni masih bernafas agaknya.
Dah lima belas minit. Isteri masih tak muncul. Kesabarannya dah mula nak minta diri. Tahu-tahu sajalah kesabaran seorang lelaki. Dia hantar Rabia panggil isteri. Entah apa yang lambat sangat. Pagi ni dia ada mesyuarat penting dengan Mr Craigh, partner Flex-tris Engineering Switzerland. Dia tidak mahu lepaskan peluang bekerjasama dengan salah satu syarikat terbesar di Switzerland tu.
"Rabia, mana dia?" tanya Tariq sebaik saja melihat Rabia turun seorang diri.
"Dalam bilik. Puan kata dia tak lapar."
"That's it! I'm fed up with this childish tantrums!" Dengus Tariq.
Dia melangkah naik. Terus ke bilik isteri. Menarik isteri yang sedang duduk di balkoni.
"Listen here Tiara! By all means, go right ahead and spent your night with your precious friend. But be warn Tiara, I want you to be right back here by 7 am tomorrow morning. On the dot Tiara! One minute late, I'll put you over my knee and spank you." Laung Tariq kuat. Merah muka.
Tergamam Tiara. Ledakkan suami memang menakutkan tapi mengembirakan. Akhirnya dia dapat bermalam dengan Aida.
"No problem my husband."
Tiara sorak gembira. Spontan memeluk erat tubuh suami. Satu saat saja, lepas itu dia terus keluar setelah mencapai beg galasnya
"Lekas Rabia. Bos awak dah bagi green light."
Tiara tarik Rabia. Tidak mahu tunggu. Takut suami tarik balik kebenaran yang diberi.
Huh? Did I just gave her permission? Tariq Zayyan geleng. Macam tak percaya dengan kata-kata sendiri. Ah, dah cakap! Tak boleh nak tarik balik. Prisoner pula dah menghilang macam lipas kudung. Apa yang boleh dia buat sekarang? Hanya senyum. Boleh gila dia dengan prisoner ni! Benar-benar gila!

ANDA SEDANG MEMBACA
Prisoner of Tariq Zayyan
Любовные романы"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...