Bab 12

1.9K 75 3
                                    

Hari ini hari lahir dia. Boleh dia raikan? Tentu boleh. Dia saja. Di kondo yang Rabia sahkan pemiliknya ialah Tariq Zayyan. Ruginya, kondo sebesar ni tidak ada yang tinggal. Mungkin, kondo ini Tariq Zayyan beli khas untuk dijadikan penjara? Sebelum dia, agaknya sudah ada mangsa lain? Mungkin ada yang dah mati kat sini? Eee... seram.

Ah, tak payah fikir! Sebab, kalau dia rasa seram, dia baca Ayat Kursi berkali-kali. Alhamdulillah selama dia di sini, tidak ada makhluk halus yang ganggu. Terima kasih Ya Allah.

Pagi tadi Rabia bawa lilin yang dia pesan. Alasan yang diberi, takut elektrik tiba-tiba padam. Kata Rabia, Tuan Tariq hanya benarkan sebatang lilin saja. Mancis pun tidak dibenarkan. Pandai-pandai isterilah macam mana nak nyalakan. Sang suami betul-betul nak naya isteri.

Oh ya, Rabia diarah datang sini, dua kali seminggu. Bawa barang keperluan yang Tuan Tariq benarkan saja. Dadah dan arak tidak dibenarkan. Ha ha ha. Tapi yang menghairankan, kenapa berpasang-pasang bra Rabia bawa? Rabia kata bos suruh. Pastikan size yang betul. Pelik. Suami memang pelik. Tak payah hairan.

Tiara letak sebungkus keropok, satu batang lolipop dan segelas teh O tanpa gula di atas lantai. Betul-betul depan cermin di ruang tamu. Dia capai lilin. Nak nyalakan? Ah, tak payah. Membazir. Manalah tahu kalau benar-benar tak ada elektrik, mahu bergelap dia. Jadi, kena simpan lilin ni untuk masa kecemasan.

Tiara bersila depan cermin. Senyum dengan refleksi sendiri. Majlis hari lahir untuk diri sendiri bakal bermula. Dia mula menyanyi lagu viral sepanjang zaman, Selamat Hari Jadi dengan suara serak-serak basah.

Selamat hari jadi. Selamat hari jadi. Selamat hari jadi Tiara. Selamat hari jadi.

Sedihnya sambut sorang-sorang. Tapi tak mengapa. Sebab, ini bukan kali pertama. Sudah banyak kali. Bezanya, cuma kali ini dia menyambut dalam penjara Tariq Zayyan. Tak bebas. Dulu masa tinggal dengan pak long, keluarga pak long tidak pernah raikan hari lahirnya. Nak ucap selamat hari lahir pun tak. Kek? Lagilah tak ada. Cuma hari lahir mereka saja yang mereka sambut meriah tiap-tiap tahun terutama hari lahir Kak Diaz. Siap raikan di hotel mewah.

Tapi, nasibnya masih baik. Dia ada Aida. Rakan sekolah yang bukan sekadar sahabat setia tapi badut, penyemak telinga malah merangkap penasihat tak bertauliah. Pernah beberapa kali dia sambut hari lahirnya dengan Aida. Cuma mereka berdua. Sambut belakang sekolah. Seronok.

Ya Allah... dia rindu Aida. Rindu sangat-sangat. Air mata mengalir. Disekanya. Mengalir juga. Diseka lagi. Mengalir juga. Lantas biarkan saja. Dia menangis teresak-esak. Dia bukan saja rindu Aida tapi dia rindu umi dan abah.

Tariq Zayyan menghela nafas.  Stres begini.  Dia meraup wajah. Nak dendam. Nak benci. Nak menghukum. Nak hancurkan hati yang telah menghancurkan. Dia tak nak lemah tapi tangisan perempuan ini menghanyutkan dirinya dalam gelombang kelemahan. Dia menyentuh skrin laptop. Zoom in wajah kesedihan Tiara.

"Happy Birthday Tiara Shenaaz." bergema suara hati.

Terkejut apabila Tiara tiba-tiba mendongak dan melihat tepat kepada anak matanya. Bergetar satu badan. Tidak mungkin prisoner ini tahu dia sedang diperhati.

"Aida, aku rasa macam kau ada kat sini. Kau tentu ingat hari lahir aku. Kalau kau ada kat sini, tentu best. Tak apalah. Aku bayangkan kau kat sini. Duduk sebelah aku. Jom kita makan lolipop."

Tiara buka bungkusan lolipop dan masukkan dalam mulut. Dia senyum sendiri.

"Aida, jom kita nyanyi lagu favourite kau. Shimmy dari Andi Bernadee."

Tiara balut kembali lolipop. Letak tepi. Duduk bersila.

"You guys out there sing with me. Ok mula." Tiara mula nyanyi. Gerak badan kiri kanan.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now