"Puan tunggu kat kereta. Biar saya saja yang tunggu kat sini." Ini kali kedua Rabia suarakan pada puan. Puan masih berdiri disebelahnya.
"Tak apa saya tunggu sini." Ngomel Tiara.
Dia masih sedap melihat kek-kek yang ada di kedai Seri Dahlia Bakery and Cafe. Baiknya Rabia belanja dia kek keju raspberry dan tiramisu. Kata Rabia dia dapat bonus lebih daripada bos. Hmm tak sabar nak makan.
"Puan, lagi empat orang pelanggan kat depan tu. Tempat duduk kat sini pula dah penuh. Puan ambil kunci kereta ni dan tunggu saya dalam kereta, ok?"
Issh desakkan Rabia bukan main hari ni. Dahlah pagi-pagi buta tiba-tiba terjenguk di depan rumah, lepas sarapan tergesa-gesa ajak dia ke sini. Kemaruk nak makan kek. Hai siapa yang mengidam ni?
Tapi, disebabkan Rabia bawa berita baik, dia turut saja. Rabia dah sahkan bos tak ada dan tak pernah ada rancangan nak ambil anak dia. Rabia minta maaf sebab rahsiakan yang sebenarnya bos dah tahu. Mak Ita yang beritahu. Mak Ita pula dengan perasaan bersalah, minta maaf. Hai, sejujurnya dia memang kecewa dengan tindakan Mak Ita tapi, niat Mak Ita baik. Mak Ita tak mahu Encik Tariq Zayyan marah Tiara Shenaaz bila Tiara Shenaaz berani untuk beritahu pasal anak mereka. Hah gitu.
Tapi itulah, kalau suami dah tahu, kenapa tak cari dia di rumah Mak Ita? Sebab suami tak kesah pun. Encik Tariq Zayyan tak mahu Tiara Shenaaz walaupun Tiara Shenaaz mengandung anak dia. Titik.
Cik Hati dah menangis berkali-kali. Segala duka dan kecewa melemaskan diri dalam lautan derita. Jahatnya suami.
Ah, biarlah. Dia kena redha seperti kata Mak Ita, orang beriman mesti serahkan semua urusannya kepada Allah S.W.T. Sepertimana Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 51 yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
"Puan cepatlah. Penat nanti puan berdiri tunggu kat sini."
Kepala Rabia dah pusing. Hai, degil puan ni pembawa anak atau memang puan degil sejak azali?
Rabia takut sebenarnya rancangan bos tak menjadi. Bos betul-betul nak tengok puan. Sejak balik dari Sweden, bos dah tak sabar-sabar nak tengok puan. Hairan pula, kenapa Mem Freya tidak ikut bos balik Malaysia. Malah bos suruh pembantu rumah kemas barang-barang Mem Freya dan masukkan ke dalam dalam kotak. Bos kata, nak hantar ke Sweden.
"Iyalah."
Tiara keluar dan berjalan menuju ke tempat Rabia parkir keretanya. Di tepi jalan. Tak jauh pun. Depan restoran saja. Namun langkah terhenti apabila dia melihat suaminya menyandar di kereta Rabia.
Tak mungkin! Dunia bagai berhenti di paksinya. Penghuni bumi seperti tidak bergerak. Semuanya jadi statik. Kelopak mata dijatuhkan seketika. Berdoa ini hanya ilusi. Suami hanya bayangan Cik Hati.
Tak, suami bukan bayangan. Bukan juga illusi. Dia adalah realiti di depan mata. Ungkap Cik Hati perlahan. Kehadirannya sentiasa kita tunggu, ibarat seekor helang yang kehilangan sayapnya, terkandas di tanah dan merindui langit. Tiara Shenaaz tetap cinta Tariq Zayyan.
Namun, untuk apa nak gabai cinta yang bukan milik kita. Cinta dia adalah derita kita. Tendang Cik Akal.
Betul! Setelah sekian lama, suami tak ambil tahu pun pasal dia. Tak cari dia pun. Jadi, kenapa sekarang?
Rabia bohong kat kau, Tiara. Rabia subahat dengan bos dia. Mereka nak ambil anak kau. Sebab tu Rabia bawa kau ke sini. Bos dia suruh. Kau akan dibawa ke penjara kau yang pertama dulu. Lahir anak kau kat situ. Sebaik saja anak kau keluar, suami kau akan bawa anak kau pergi. Beri kepada Freya dan kau akan terus di penjara di situ.
YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Romance"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...