Bab 38

1.5K 61 5
                                    

Tiara tak peduli. Dia tidak mahu tunggu Rabia. Suami izin atau tidak, dia tetap nak keluar.

"Puan, nak ke mana? Tuan Tariq nak tahu dulu sebelum saya boleh bawa puan keluar." Rabia berlari anak dapatkan Tiara.

"Nak ke Russia."

"Puan tolonglah. Seriously puan nak ke mana?"

"Suria KLCC." Tiara masuk ke dalam perut kereta.

"Puan nak jumpa lelaki tu lagi kan? Tuan Tariq mengamuk nanti kalau dia tahu."

"So what!!" Dengus Tiara.

"Puan, janganlah macam ni. Kalau puan marah tuan sekali pun, ini bukan caranya."

"Rabia, just drive." Arah Tiara.

Rabia terpaksa ikut setelah menghantar mesej kepada Tuan Tariq – Puan nak ke Suria KLCC. Itu saja. Tidak berani nak lebih-lebih lagipun mungkin lelaki kelmarin tidak ada. Tak perlu nak besarkan.

Masalahnya, lelaki itu ada. Bagai tahu Puan Tiara akan muncul. Siap dah ada donut dan teh lemon atas meja. Tersengih lihat puan.

"Assalamualaikum Tiara. Kali ini saya tak lupa dialog tu." Tersengeh lihat Tiara. Kan dia dah kata Tiara akan datang hari ni. 

"Waalaikumussalam Izul." Tiara jawab dengan senyuman.

"Duduk Rabia."

Arah Tiara bila Rabia hanya tercegat dengan muka tidak setujunya. Tegang seperti muka suami masa sarapan tadi. Suami yang tidak langsung melihatnya. Apa lagi nak tegur. Tapi, boleh pula suami layan Freya dengan mesra. Boleh suap menyuap. Sakit betul Cik Hati. Rasa nak ambil pisau dan bunuh kedua-duanya.

"Puan nak duduk sini lamakah? Tak nak ke tempat lain?"

Rabia tidak sedap hati. Tempat ini terlalu publik. Apa-apa boleh terjadi.

"Rabia relaks, ok. Saya bukan buat salah apa-apa pun. Izzul ni pun keluarga Tuan Tariq juga. Jadi tolong duduk, boleh tak?"

Rabia terpaksa duduk. Dia rasa, puan sengaja cari masalah. Tapi dia tidak boleh buat apa-apa. Tugasnya hanya jaga keselamatan puan. Bukan jadi penasihat peribadi puan.

Issh, kacau daun saja. Rungut Izzul dalam hati. Nak tawan Tiara macam mana  kalau bodyguard asyik tala muka tak puas hati. Tunggu nak strike. Duduk depan dia pula. Tak bolehkah duduk di meja sebelah? Kawal dari situ. Bukan dia ancam keselamatan Tiara pun.

"So, awak dah fikir apa yang saya cakap kemarin?"

"Suami tak benarkan saya kerja. Dia terlalu sayang saya. Nak saya duduk bawah ketiak dia saja."

Tiara ketawa macam orang bodoh. Lihat dari sudut positif. Satu ketiak dia punya. Satu lagi Freya punya. Emm tak. Dua-dua Freya punya. Dia boleh dapat ketiak bayangan suami saja.

"So, tak berpeluanglah kita nak buka syarikat sendiri?" Issh rugi. Punah harapan tinggal impian.

Tiara geleng. Ketawanya mati. Sempat letak batu nisan. Memang taklah. Boleh meletup dada suami lebih-lebih kalau dia jadi rakan kongsi Izzul.

Izzul dah agak dah. Tariq mesti halang. Kuasa seorang suami. Jadi, sekarang nak buat apa? Tak berpeluanglah dia nak dekat dengan Tiara. Kalau boleh hari-hari dia nak jumpa Tiara. Ah, melepaslah kalau begini.

"Tak apalah Izzul. Tak ada rezeki nak buka syarikat. Lagipun manalah saya ada modal. Setakat nak buka syarikat jual ais krim Malaysia, bolehlah agaknya."

"Huh?" Biar betul?

"Ada juga nama Malaysia kan? Brand Malaysia."

Tiara ketawa. Izzul ikut ketawa. Cuma Rabia tak turut. Dah rasa tak sedap hati. Dia lihat jam. Hai, puan ni nak duduk sini sajakah? Kalau bos tanya nanti, apa dia nak jawab? Tak kan nak kata jumpa Encik Izzul ni. Dah pasti bos tak akan bagi puan keluar langsung. Puan sah-sah akan tension nanti di vila tu. Dahlah Puan Freya asyik berkepit dengan Tuan Tariq. Takut juga puan dapat penyakit kemurungan. Parah ni.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now