Bab 54

2.7K 74 7
                                    

"Mr Knock Out, kita dah benar-benar kehilangan dia." Bisik Tariq Zayyan. 

Dia baring telentang. Mr Knock Out dipeluk erat namun kemudian ditolak ke tepi.

Bukan Mr Knock Out yang dia nak. Dia nak Tiara. Dia nak peluk erat isteri yang tidak mahu dirinya. Dia nak sambut kelahiran anaknya. Dia nak peluk anaknya. Nak peluk kedua-duanya. 

Ya Allah...

Dia menghela nafas panjang. Bibir bergetar menahan rasa. Namun, mengalir juga air mata.

Dia menumbuk bantal berulang kali. Sakitnya rindu ini. Lebih sakit bila penyesalan mencalarkan jantung yang dah berdarah.

Saya cinta awak, Tiara Shenaaz. Terlalu cinta. Saya sunyi. Terlalu sunyi. Sebab awak, saya menangis. Tidak mungkin lagi saya dapat bernafas dalam pelukan cinta awak. Saya akan jadi gila dengan rindu ini. Sakitnya rindu ini.

Ya Allah...

"Abang kata jangan tinggalkan abang tapi abang yang tinggalkan saya! Kenapa abang mesti terus sakitkan hati saya?" Soalan Tiara menerjah masuk. Wajah tegang. Merah padam.

Tariq terkejut. Tiara? Betulkah Tiara yang berdiri di muka pintu? Dia gosok mata. Ya Rabbi, tak hilang pun. Masih ada. Pantas dia turun dari katil. Berdiri di hujung katil. Takut nak bergerak dekati isteri. Takut diri dipermainkan dengan igauan rindu kepada isteri.

"Abang dengar tak!" Tukas Tiara. 

Dia melangkah. Berdiri depan suami. Cekak pinggang. Betul-betul geram. Dahlah penat datang sini, boleh pula suami buat tak dengar.

"Tiara? Ya Allah, awak buat apa kat sini?"

"Nak buat iklan!" 

Membuntang lihat suami. Nada pertanyaan suami seperti dia langsung tidak berhak berada di situ. Jahatnya!

Cik Akal dah tepuk dahi. Mula menyesal. Issh, kenapalah dia ikut kata Cik Hati. Ingatkan suami dah boleh terima dia. Sayang dia. Tapi, ternyata tidak! Hari tu suami kata, don't leave me, agaknya cuma lakonan? Dialog drama mana suami kutip? Ah, lantak! Dia dah penat dengan drama suami. Lagipun suami bukan pelakon yang baik.

"Jangan berani halau saya lagi! Saya tampar abang nanti. Saya tak peduli!"

Tariq tersengih. Wah, Tiara yang mula-mula dulu dah balik! Dah ada fighting spirit.

"Ok." Tariq Zayyan meraih tangan isteri dan diletakkan di pipi.

"Saya izinkan. Saya memang patut pun kena tampar."

Ok... Cik Akal, macam mana nak handle ni? Mr Tyrant rela ditampar? Tanpa syarat? Ini bukan Mr Tyrant yang dia kenal. Mana pergi Mr Ego?

"Tak perlu Mr Knock Out?"

Dikerling Mr Knock Out atas katil. Bukankah suami pernah kata - Beat him instead cause I'm not going to let you hit me? Tapikan, kenapa Cik Hati dah mula cair ni! Cik Jantung dah terkebil-kebil tengok suami. Rindunya. Issh, tak boleh mengaku kalah macam ni! Bentak Cik Akal.

"Tak sayang. I deserve it." 

 Berkaca mata dek air mata kesyukuran. Tiara di sini. Terima kasih Ya Allah

Tentu sekali Tiara tidak akan tampar suami walaupun dia masih marah. Marah ni bersebab. Selepas dia sedar di hospital, suami tidak ada di sisinya. Ingatkan suami akan setia bersama. Duduk pegang tangan dia kah? Tapi tak. Rabia kata suami dah balik. Suruh Rabia jaga dia. Masih buat perangai buruk tu. Suruh orang lain jaga. Geram betul!

Dia paksa Rabia bawa dia ke vila sebaik saja doktor benarkan dia keluar. Tak ikut nasihat Mak Ita kali ini. Mak Ita nak dia betul-betul sihat baru berdepan dengan suami. Pak Uda lagilah. Nak bawa dia terus balik Jitra. Tak boleh pergi ke mana-mana. Dalam kata lain, tak payah jumpa Tariq Zayyan langsung.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now