Bab 28

1.9K 73 5
                                    

"Jangan cemburu. Relaks. Fanetta sudah bertahun cuba dapatkan suami awak tapi tidak pernah dapat pun. Kalau suami awak kata No, sampai bila-bilalah tetap big NO."

Komen suara serak-serak basah di belakang Tiara.

Tiara toleh. Mata bertembung dengan sepasang mata hitam. Bibir nipis lurus. Hidung agak-agak mancung. Potongan rambut fade yang digabungkan dengan gaya undercut.

"Saya tahu, muka melayu dengan hidung melayu! Sepasang mata besar dan bulat tapi perkataan yang lebih tepat, saya memiliki peach-blossom eyes. Maksudnya, mata jenis ini berkecenderungan untuk disukai oleh orang lain lebih tinggi berbanding mereka yang bermata kecil. So you have reason to like me because of my peach-blossom eyes."

Disusun ayat akhir dengan senyuman nakal. Pancing senyuman.

Pancing dah terkena. Tiara balas senyuman.

"Hello, saya Muhammad Izzul, adik Muhammad Idlan."

"Assalamualaikum Encik Muhammad Izzul."

Sekarang tumpuan Tiara seratus peratus kepada lelaki yang mungkin seusianya. Tidak lagi kepada wanita Perancis yang sedang merangkul pinggang suami. Suami macam tak kesah pula. Agaknya sudah biasa begitu. Ah, biarlah walau hati sakit melihat.

"Wa'alaikumussalam Puan Tiara. Maaf saya lupa dialog salam ni."

"Dialog beri salam tidak boleh lupa Encik Muhammad Izzul."

"Huissh tak best ber-encik-puan ni. Apa kata we go by our first name. Saya Izzul dan awak Tiara, ok?"

"Ok. Jadi Izzul ni tengah bercuti kat sini?"

"Saya suka soalan itu. Menunjukkan awak teruja nak kenal saya, kan? Good."

Bersinar mata Izzul. Mula ceria. Tidak lagi merasa bosan. Dia memang tidak suka nak hadir majlis-majlis seperti ini. Sebab desakkan abangnya saja, dia datang. Lagipun hari ini hari lahir Adele. Anak saudara favorite dia.

"Yeah right! I'm dying to know everything about you, Mr Izzul" Tiara kenyit mata.

"Ok, let's talk about me. I'm studying engineering in Paris. This year, final year. Still single and available. Now let's talk about you. Kenapa yer awak kahwin dengan Mr Tariq Zayyan? Kalau awak sabar, tunggu lama sikit, tentu path kita akan bertembung. Mana tahu awak jadi isteri saya, bukan isteri Tariq Zayyan."

Tiara ketawa. Path bertembung? Belum apa-apa, dah buka bab isteri.

"You look even more beautiful when you laugh. You take my breath away." Usik Izzul.

"Then I'd better not laugh. I wouldn't want to kill you."

Izzul pecah ketawa. Jika ketawa boleh membunuh, dia rela. Mati dalam iman. Ha ha ha...

"Emm jika hanya sejarah boleh diubah dan ditulis kembali, sayalah yang akan jadi penulisnya. Yang tertulis dalam sejarah Tiara akan hanya ada saya. Izzul-Izzul-Izzul. Sayangnya sejarah tidak boleh diubah. But still, saya masih ada pelung. Awak dan saya masih muda. Tariq dah tua. Saya percaya masih ada peluang takluki awak."

"Really Mr Izzul, awak selalu gila begini?" Terbeliak Tiara. Daring betul.

"Yap!"

"Dah agak dah."

Kali ni Tiara senyum. Gila Izzul ada masam-masam manisnya. Dia suka.

"Saya suka senyuman Tiara. Sweet and sexy. Perfect. Pernah tengok filem Musang Berjanggut? Saya rela pegang watak sultan kalau Tiara, jadi heroin. Saya jadi kuda yang akan bawa Tiara lari jauh dari Tariq Zayyan."

Tiara ketawa. Bayangan watak ini menyeronokkan. Agak-agaknya Tariq akan kejar tak? Dengan apa? Kuda juga?

"Izzul, are you flirting with my wife?"

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now