Tiara termangu di perhentian bas. Ke mana arahnya sekarang. Dia melihat sekeliling. Kampung kelahirannya ini telah banyak berubah. Tidak seperti semasa dia kanak-kanak dahulu. Teringat, dia akan membonceng basikal bersama arwah abah ke kedai runcit Pak Leman. Abah juga akan hantar dia ke sekolah dengan basikal walaupun abah ada kereta. Tiara tersenyum. Abah sangat sayang basikal tua kepunyaan arwah datuk. Entah di mana basikal itu sekarang. Selepas ibu dan abah meninggal dunia, pak long jual semua harta abah dan ibu. Yang mana tidak boleh dijual, pak long buang. Sampai hati pak long. Satu barang pun pak long tidak izinkan dia bawa ke rumah pak long. Pak long kata tidak boleh semak rumahnya dengan barang-barang buruk.
Dia menyeka air mata. Ya Allah, dia rindu abah dan ibu. Panjatkan doa, itu lebih baik. Nasihat Cik Akal. Doa Allah tempatkan mereka di syurga.
"Anak ini Tiara, anak arwah Nazzar dan Eishah, kan?"
Tanya seorang wanita yang keluar daripada kereta yang di parkir berdekatan perhentian bas. Di sisi wanita itu berdiri seorang lelaki. Mungkin suaminya.
"Iya." Siapa ni? Macam pernah lihat tapi di mana yer?
"Betulkan kata saya tadi, abang? Muka dia ni kan ikut arwah Eishah?"
Ujar wanita itu dengan ceria. Suami angguk dengan senyuman.
"Makcik kenal ibu?" tanya Tiara kehairanan.
"Tentulah kenal. Kamu dah tak kenal Mak Ita? Orang tua kamu selalu tinggalkan kamu kat Mak Ita bila mereka pergi berniaga kat pasar malam."
"Dan hampir setiap petang kamu halau ayam-ayam Pak Uda masuk reban. Mek Su betul-betul tak ingat Pak Uda dan Mak Ita?"
Tiara terdiam. Cik Akal buka pintu memori. Beralun keluar memori zaman kanak-kanak. Pak Uda dan Mak Ita dulu jiran dan juga kawan baik abah dan ibu, Arwah ibu pernah kata, "Tiara beruntung sebab punya dua orang ibu. Mak Ita ni ibu kedua yang sayang sangat dengan Tiara."
Dia dah ingat, Pak Uda ni panggil dia, Mek Su. Mek Su ini lah yang selalu ikut Pak Uda ke kandang ayam, kambing dan lembu milik Pak Uda. Masa tu, hidup dia amat gembira. Dia bukan saja ada abah dan ibu tapi ada Mak Ita dan Pak Uda yang sayang dia,
Kenangan lalu menyebabkan air mata mengalir. Ya Allah, air mata ni dah jadi teman setia pula. Sensitif sungguh. Tapi itu lah, dia cuma ada memori. Semua yang menggembirakan sudah tidak ada. Yang tinggal hanya kekosongan dan kekecewaan.
Ya Allah, dia rindu abah, ibu dan dia juga rindu suaminya. Sumpah rindu suami yang tengah bahagia dengan Freya.
Mak Ita melurut-lurut lengan Tiara sebelum memberanikan diri memeluk Tiara. Takut juga dengan reaksi Tiara. Tahu-tahu sajalah gadis ini bukan anak yang dulu dia berkongsi kasih sayang. Anak ini dah dewasa. Telah menjadi seorang gadis yang cantik. Sayang sekali dia perhati kecantikan itu diselubungi dengan kesedihan. Apa sebenarnya telah berlaku pada anak tunggal arwah Eisha ini? Kenapa anak ini keseorangan di sini?
Masa Eisha dan Nazzar meninggal dunia dulu, dia dan suami sedang mengerjakan umrah. Bila mereka pulang, mereka cuba dapatkan hak menjaga Tiara. Malangnya Tuan Dzul, abang tiri Eisha, tidak benarkan. Malah Tuan Dzul melarang mereka berjumpa dengan Tiara. Mereka terpaksa terima. Tuan Dzul lebih berhak ke atas Tiara.
"Maafkan saya. Saya rindu ibu dan abah." Dan saya rindu suami saya. Rindu suami, hanya terdaya ucap dalam hati. Serak tangis Tiara mengiringi bicara. Dia biarkan diri dalam pelukan Mak Ita.
"Mak Ita pun rindu mereka, sayang." Mak Ita melurut rambut Tiara.
"Mek Su buat apa kat sini? Mek Su tinggal kat sini sekarang kah?" tanya Pak Uda.
Mek Su. Tiara ketawa kecil dengan panggilan itu sambil menyapu air matanya.
"Maaf mungkin panggilan tu dah tak sesuai."
Pak Uda tersengih. Garu leher. Hai, budak ni dah besar panjang, memang dah tak sesuailah dengan panggilan tu.
"Tak apa Pak Uda, saya suka. Sebenarnya saya baru saja ziarah kubur abah dan ibu. Cuma, selepas ni saya tak tahu nak ke mana. Perjalanan hidup saya tidak seperti cerita dongeng yang pernah Pak Uda cerita dulu. Tidak ada kebahagiaan yang kekal dalam hidup saya. Tidak ada istana yang boleh saya bertumpang teduh. Rumah buruk pun tak ada." Berlalu sayu bicaranya. Bukan niatnya untuk luahkan tapi, keperitan hati mengundang bicara.
"Laa kenapa cakap begitu. Mek Su kena ikhlas dan benar-benar minta kat Allah. Minta seperti seorang hamba bukan seperti seorang tuan besar. Tiara jangan putus harap. Jangan bunuh harapan dan doa kita kepada Allah selagi Allah izinkan kita bernafas. Tengok sekarang, Allah perkenan doa kami. Kami tidak pernah berhenti minta kat Allah nak jumpa Tiara. Kalau Tiara sudi, tinggal dengan kita orang. Bukan dalam istana tapi di teratak buruk kita orang kat Jitra." Ujar Pak Uda. Hati tua tersayat sayu.
"Betul tu Tiara. Kita orang dah lama nak Tiara tinggal dengan kita orang. Dulu, Mak Ita dan Pak Uda rayu kat pak long Tiara, nak jaga Tiara. Tapi pak long Tiara tak izinkan. Malah tak benarkan kami jumpa Tiara langsung."
Mak Ita menyentuh pipi Tiara. Air mata kesyukuran menitis jua. Bersyukur Allah takdirkan pertemuan ini. Dapat berjumpa dengan Tiara ini, ibarat berjumpa dengan anak yang telah lama menghilang.
"Dahlah Mak Ita. Yang penting sekarang mahu tak Mek Su ni tinggal dengan kita?"
"Saya tak menyusahkan Mak Ita dan Pak Uda kah?" Tiara masih ragu-ragu nak setuju.
"Tak sayang." Cepat benar Mak Ita menjawab.
"Mek Su, tolonglah jangan kata tak nak. Tak larat Pak Uda nanti nak sapu dan perah air mata Mak Ita ni." Seloroh Pak Uda.
"Baiklah, saya setuju. Kenapa Pak Uda dah tak terus tinggal kat sini?"
"Sebab Mak Ita kamu ni lah. Bila pak long kamu tidak bagi kita orang jaga kamu, dia asyik menangis. Rindu sangat kat kamu. Jadi, sebelum telaga air matanya kering, Pak Uda bawa dia pergi. Mulakan hidup baru kat kampung Pak Uda. Pak Uda buka kedai makan kat sana. Mak Ita jadi chef kat situ. Bila Mak Ita kamu ni sibuk, taklah dia teringat kat kamu." Ngomel Pak Uda. Meraih tangan isteri.
"Mengaku sajalah, abang pun selalu teringatkan Mek Su abang ni, kan?"
Mak Ita menggenggam erat tangan suami. Terpancar kebahagiaan di mata. Bersyukur mereka datang ke majlis perkahwinan anak rakan sekolah mereka di sini.
"Jomlah kita berangkat. Takut lambat sampai pula, Ini sajakah barang Tiara?" tanya Pak Uda yang sudah mengalas beg pakaian Tiara. Sebelah tangan mencapai beg pakaian yang agak kecil daripada yang digalas.
"Iya."
Tiara tunduk. Kasihannya diri. Terasa seperti kucing dikutip di tepi jalan padahal dia baru saja tinggalkan vila mewah Tariq Zayyan. Ombak rindu menderu masuk kepada suami tercinta. Cik Hati kembali menangis dalam diam. Cik Akal dah beri amaran suruh berhenti. Mesti move on.
"Tiara, walau apa pun masalah kamu, kamu kena kuat. Kalau kamu tak selesa nak beritahu kami, kami faham. Yang penting kamu kena ingat, kamu tak keseorangan dah sekarang. Kamu ada kami. Sejak kamu lahir, kami dah anggap kamu tu macam anak kami sendiri. Kami selalu ada untuk kamu. Ingat tu."
"Terima kasih Mak Ita."
"Dah jom masuk kereta." Mak Ita menarik tangan Tiara
Pak Uda sudah pun berjalan ke kereta. Biarkan isteri berjalan beriringan dengan Tiara. Di dalam hati, tidak berhenti-henti bersyukur dengan kurniaan Allah. Mereka dah dapat Tiara semula. Tiada sesiapa pun yang akan ambil Tiara mereka. Dia akan pastikan Tiara tetap dengan mereka.
(●'◡'●)💙💛 Hi guys. Thanks for dropping in. Ok gonna tell you something, I insert pictures just to get my mood up. Hope you guys like it. Try listen to the song. Too Good At Goodbyes - Sam Smith. Ha ha ha I'm listening to it. Don't forget to vote. Stay safe yer.

YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Lãng mạn"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...