Bab 6

2.2K 72 2
                                        

Memang senang cakap nak jumpa Tariq Zayyan, tapi kenyataannya, nak jengok bayang dia pun tak boleh. Sudah berhari Tiara telefon pejabat Tariq Zayyan, tapi jawapan yang dia terima - Tuan Tariq keluar, Tuan Tariq sedang mesyuarat, Tuan Tariq out station, Tuan Tariq sibuk, Tuan Tariq tidak mahu jumpa sesiapa pun... blah... blah... blah...

Issh, sebok Tuan Tariq kalahkan Perdana Menteri! Tiara tinggal pesanan pun, Tuan Tariq tak layan. 

Argh, dia dah give-up! Lantaklah.

Masalahnya, nak lantak sangat pun tak boleh, sebab Pak Long. Pak Long terus-terusan mendesaknya terima. Tak nak dengar alasan apa pun. Pak Long kata, Tiara akan hidup senang lenang. Rugi kalau terlepas. Tariq Zayyan merupakan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Syarikat Trimizi Development Group. Yap, salah satu syarikat perusahaan terbesar dan berjaya di negara ini. Malah, Tariq Zayyan mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat di luar negara. Pokok pangkalnya, Tariq Zayyan tu kaya. Tujuh keturunan pun, harta dia tak mungkin habis. 

So what!? Harta dunia jer pun.

Desakkan Pak Long semakin membingitkan apabila nama Tariq Zayyan disebut-sebut sebagai penyelamat syarikatnya. Projek besar perumahan Pak Long di Seremban yang tergendala, boleh diteruskan dengan bantuan kewangan dari Tariq Zayyan. Jika projek itu berjaya, syarikat Pak Long boleh bernafas semula.  Pak long dah boleh berdiri sama tinggi dengan usahawan-usahawan lain. Yap, Pak Long boleh kembali ke gelanggang yang pernah menjadi miliknya. Jadi, Tiara mesti terima Tariq Zayyan. Tidak boleh lari! 

Argh, really!? Tiara dah rasa dirinya digari dengan Tariq Zayyan dimata hatinya.

Masalahnya, desakan bukan saja datang dari Pak Long, tapi dari Mak Long. Sebaik saja Mak Long tahu tentang Tariq Zayyan, bernanah telinga Tiara dibuatnya. Segala hutang budi selama ini, tidak pernah lekang daripada mulut Mak Long. Mak Long seperti nak tuntut semua sekali dan letak dalam satu kapal dengan namanya. Dasyat betul!

Tiara tahu, Mak Long sebenarnya nak tumpang glamor dan kekayaan Tariq Zayyan. Sebab itu, Tiara mesti kahwin dengan Tariq Zayyan. Hutang budi ibarat dah kena bayar dengan body!

Argh, dia boleh mati berdiri dengan dua insan ini saja! 

Tiara terpaksa pulang sendiri hari ini. Selalunya dia balik dengan Aida tapi Aida terpaksa menggantikan rakan sekerja yang mengambil cuti sakit. Sekarang ni, Aida masih di tempat klien di Melaka.

Dah sejam Tiara menunggu di stesen bas, terperangkap dalam kehangatan yang semakin menyesakkan. Dia menyeka peluh di dahinya sambil menghela nafas perlahan. Mungkin beberapa minit lagi bas akan tiba atau mungkin saja tidak.  Ah, tunggu sajalah. Tak perlu membazir duit naik teksi atau Grab. 

Tiba-tiba, sebuah kereta sport Ferrari hitam metalik meluncur dan berhenti tepat di hadapannya. Tiara terpaku. Issh, hero Melayu terakhir mana pula masuk set? Kenapa kereta? Kenapa tak guna kuda? Kuda kan ada aura fantasianya sendiri? Bayangkan derapan kakinya di tanah, membawa erti kebebasan yang liar dan imaginasi romantik yang tidak mampu ditiru oleh kelajuan enjin atau kilauan logam. Ah, kereta sekadar mesin yang meluncur tanpa jiwa...

Tiara, please stop fantasizing!

Fine.

Tiara bersilang tangan di dada. Tunggu saja cermin kereta diturun. Siapa agaknya?

Oh no, Tariq Zayyan! 

Ibarat melihat jin mata satu, seluruh tubuh Tiara membeku di bawah sinaran mentari.  Dia mahu melarikan diri, tetapi kakinya enggan bergerak. Cis, kaki sendiri khianati tuan tanah!

Ya Allah, dia benar-benar belum bersedia untuk ini. Dialog yang telah disusun dan diatur untuk pertemuan dengan Tariq Zayyan, pasti tidak akan keluar dengan betul. Pita suaranya  tentu tidak akan bergetar walaupun udara dari paru-paru dilepaskan melalui laring, menghasilkan bunyi yang kemudian dimodulasi oleh mulut, lidah, dan bibir untuk membentuk kata-kata. Malah sekarang ni pun, air liurnya dah terasa kering kontang. Argh...  

Prisoner of Tariq ZayyanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang