Bab 31

1.7K 66 3
                                    


Dia terjaga. Suara guruh berdentum kuat. Air hujan mencurah-curah di luar sana. Dia keseorangan di atas katil. Tiara mana? Dia turun dari katil. Laung nama isteri. Isteri tidak sambut. Mencurah-curah perasaan gelisah dalam hati. Semua bilik dicarinya. Tidak ada. Dia turun ke bawah. Sunyi. Hanya kedengaran suara air hujan yang semakin rakus memperlihatkan kekuasaan Allah. Meradak halilintar membelah bumi. Dia semakin gelisah. Mana Rabia, Rafid, Azka dan pembantu-pembantu rumah? Mana semua orang? Yang paling penting, mana Tiara?

Tiba-tiba petir memetir dengan kuat sekali, semua lampu terpadam. Gelap. Jantungnya berdegup laju. Berpeluh. Perasaan sudah dibanjiri dengan ketakutan akan keselamatan Tiara. Dia menjerit memanggil Tiara. Senyap saja. Panggil yang lain. Sama saja. Tiada yang jawab. Mujur lampu menyala semula. Aneh. Apa yang terjadi?

Tiba-tiba, dia terlihat kelibat seseorang di luar pintu kaca. Bergegas dia mendapatkannya. Tubuhnya disimbah deruan air hujan. Dia tidak peduli. Dia ikut bayangan orang itu. Ah, dah hilang. Tertoleh ke sana ke sini. Sesekali meraup air hujan di muka. Paksa mata lebih fokus. Lebih tajam. Akhirnya, dia nampak satu susuk tubuh di tengah-tengah laman dalam hujan. Bayangan susuk tubuh yang dia cukup kenal. Tiara duduk di atas batu dalam hujan.

"Sayang buat apa ni?" Pertanyaan terpaksa di jerit dengan kuat. Suara tenggelam dalam deruan hujan. 

Tiara toleh. Terkejut. Tubuh jadi tegang. Dia berdiri dan berundur ke belakang bila melihat suami semakin dekat. Lagaknya, bagai dah bersedia nak lari daripada suami.

"Saya tak nak lagi di penjara di sini. Pak Long nak ambil saya." Tiara jerit.

"Over my dead body!" Teriakan Tariq melintas tajam dalam deruan air hujan.

"No, it's over your wife dead body!"

Desis seorang lelaki yang muncul tiba-tiba di belakang Tariq. Tangan yang memegang pistol diajukan ke arah Tiara. Peluru dilepaskan. Meluru ke arah Tiara. Tiara tersungkur di depan suami. Darah mengalir membasahi dadanya. Tidak bergerak lagi di atas bumi.

"Tidakkkk..." Bergaung suara Tariq. Berlari pantas mendapatkan isteri. Air mata mengalir bersama air hujan. Melutut di sisi isteri. Dibawa tubuh yang terkulai layu ke dada. Isteri tidak lagi bernafas.

"Ya Allah..." Rintihnya perit. Sakitnya kehilangan ini. Terlalu sakit. Jiwa bagai mati bersama isteri dalam pangkuannya.

Tariq mendongak bila mendengar suara orang ketawa. Lelaki yang menembak Tiara berdiri di depannya dengan pistol di tangan. Taki! Ya Allah... Taki. Kenapa Taki tidak menembaknya saja? Kenapa tembak Tiara? Tiara tidak bersalah.

"Sekarang awak tahu bagaimana sakitnya, kan?" Taki berdecit sinis.

"Kau! Aku akan bunuh kau!" Jerit Tariq.

Taki hanya ketawa. Masih ego rupanya anak singa ini. Lihat saja ego Tariq Zayyan ini akan kemana bila insan yang dia sayang dah tiada. 

"Aku yang akan bunuh kau, Tariq Zayyan."

Pistol diajukan ke kepala Tariq. Bibir sebaris diherotkan. Mengecil melihat musuh yang bertahun-tahun membakar benak hatinya.

"Tapi bukan hari ini. Aku nak kau rasa apa yang aku rasa. Masa kematian kau akan tiba juga di tangan aku. Kematian yang aku akan pastikan perlahan-lahan tapi menyakitkan."

Selepas itu, dia menghilang di balik hujan yang masih turun dengan lebat.

Tariq tidak peduli dengan ugutan kematiannya. Kematian isteri sekarang sudah cukup menyeksa.

"Tiara... maafkan saya..."

Dah kenapa pula minta maaf? Kalau nak minta maaf pun, bukalah mata tu. Beritahu dulu apa yang dia nak maafkan. Dosa apa suami buat hingga terbawa dalam mimpi? Eh sekejap, suami ada niat nak tinggalkan dirinya? Sebab itu minta maaf...

Cik Hati dah takut. Kebahagiaan yang dikecapi sekarang, masakan hanya sementara? Tolonglah dia nak terus bahagia. Diusap peluh di dahi suami. Penyakit apa yang berpeluh dalam bilik berhawa dingin? Demam? Tak panas pun. Dilurut kedua-dua pipi suami.

"Sayang, bangunlah."

Suara itu... Tiara? Pipi terasa sejuk. Kelopak mata dinaikkan. Dia tak mimpikan? Tiara di depannya. Tiara tak mati. Dia boleh rasa hembusan nafas isteri tersayang di mukanya.

"Tiara? Ya Allah..." Dia menarik Tiara dalam pelukan. Mengucap syukur berkali-kali. Pipi Tiara dihujani dengan ciuman. Masih sukar nak percaya, kematian isteri hanya dalam mimpi. Betulkah?

Ok, ini adegan yang tidak pernah hadir dalam hidupnya. Pipi tidak pernah dijajah begini. Tak salah tapi pelik. Dah kenapa suami jadi begini? Agaknya, suami buang tabiat? Kira hari saja untuk meninggalkannya? Tak boleh! Tak boleh! Biar dia yang pergi dulu. Suami boleh uruskan jenazahnya nanti. Laa kenapa ingat yang tidak tidak? Jenazaha segala. Kena doa panjang umur. Hidup bahagia dengan keredhaan Allah.

"Abang, berhenti untuk iklan." Tiba-tiba jer dialog tu keluar. Pipi dah merah dek bibir suami.

"Huh?"

Tariq berhenti. Iklan apa? Masih bermimpi? Tapi kali ini, tolonglah jangan ada Taki. Dia tampar pipi sendiri. Ouch! Sah ini bukan mimpi.

"Abang ni dah kenapa?"

Risaunya tengok tingkah suami. Sebetulnya suami ni sakit apa? Dilurut pipi suami yang dah merah.

Tariq meraih tangan Tiara dan di bawa ke bibir. Alhamdulillah.

"Saya rindu sayang hingga terbawa dalam mimpi."

Jawapan selamat. Dia belum bersedia nak beritahu Tiara tentang Taki. Tidak mahu menakutkan Tiara. Yang penting dia kena pastikan keselamatan Tiara. Ini bermakna, kena terus kurung prisoner kesayangannya.

Wah, membuak-buak aliran cintanya keluar! Lebih banyak daripada air hujan yang masih turun di luar sana. Rindu sampai masuk mimpi! Tiara biarkan dirinya kembali dalam pelukan Encik Warden tersayang. Sesungguhnya kebahagiaan yang Allah kurniakan ini penuh nikmat. Alhamdullilah.

Mereka begitu sehingga hujan surut. Tariq hanya lepaskan isteri apabila Iphone berbunyi. Mesej masuk. Selepas habis membacanya, dia tutup. Kembali peluk isterinya.

"Sayang kalau nak jumpa Aida, nanti saya suruh Rabia hubungi Aida. Dia boleh bawa Aida ke sini. Buat masa ni, sayang tak boleh ke mana-mana."

Ok, nak bantah atau nak terima? Terima, bermaksud masih terkurung di penjara ni. Ah, terima jer. Yang penting, dia dapat jumpa Aida. Tak sabar nak tengok reaksi Aida bila dapat hadiah dari Paris. Dia yang pilih hadiah-hadiah tu tapi, Tariq yang bayar. Bestkan? Dia belikan cermin mata hitam Saint Laurent dan blazer. Mesti bergayalah budak tu pakai.

"Pak Long macam mana? Boleh datang sini juga jumpa saya?"

"No!" Ishh tak habis dengan pak long. Tariq turun dari katil.

"Abang, saya minta maaf." Kenapalah cari pasal? Kan, suami dah marah.

"Ok saya maafkan. Tapi janji kena ikut cakap saya. Saya risau keselamatan sayang."

Tariq cium dahi isteri. Takut mimpi tadi jadi kenyataan. Tak sanggup dia kehilangan Tiara. Orang-orangnya masih tak dapat cari Taki.

Ah, semakin risau dibuatnya. Kalau Taki dah tak berdendam, tak ada masalah. Tapi kalau sebaliknya, Tiara dalam bahaya. Eh, kena jaga keselamatan diri sama. Kalau apa-apa terjadi kepadanya, Tiara bagaimana? Tiara tentu merana. Lebih teruk kalau lelaki lain dapat Tiara. Dia pula yang merana.  Ah, tak boleh!

Ok, last chapter for today.  Cik Akal dah jam. Rasa macam nak bawa watak Tiara keluar.  Emm what do you guys think? Tengoklah esok macam mana.  Goodnight guys. Please vote. Stay home & be safe yer.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now