Pak Uda tak senang duduk. Masih tidak faham kenapa si isteri nak sangat berjumpa dengan Tariq Zayyan. Senyap-senyap isteri suruh Rabia aturkan perjumpaan di hotel yang mereka menginap. Dah sampai KL, baru isteri beritahu. Konon bukan sekadar nak beli barang baby tapi nak jumpa dengan bapa baby.
"Dahlah buat muka monyot tu, Pak Uda ooi. Saya buat ini untuk Tiara dan anak dalam kandungan dia tu."
Isteri lurut lengan suami. Senyum. Suami ni kadang-kadang boleh tahan perangai budak-budaknya.
"Tiara tu kan selamat dengan kita? Tak perlu Tariq Zayyan." Dengus Pak Uda.
Mak Uda bakal kata sesuatu tapi terhenti bila melihat kelibat Rabia berjalan menuju ke arahnya. Di belakang Rabia, seorang lelaki yang tingginya melepasi kepala Rabia.
"Pak Uda, Mak Ita kenalkan ini Tuan Tariq." Ujar Rabia.
"Tuan, saya tunggu di kereta."
Rabia cepat-cepat melangkah setelah senyum kepada Mak Ita. Sama sekali tidak mahu berada di situ lebih-lebih lagi bila melihat muka kelat Pak Uda. Tangan yang di hulur Tuan Tariq pun Pak Uda tak sambut. Sekarang ni, Pak Uda perhati dia semacam. Tapi bukan salah dia. Dia sekadar memenuhi permintaan Mak Ita. Mak Ita kata mereka perlu buat sesuatu demi kebahagiaan puan.
"Terima kasih kerana sudi jaga isteri saya."
Tariq Zayyan mula bicara. Dia menarik kerusi dan duduk berdepan dengan Pak Uda dan Mak Ita. Rupanya ini insan yang jaga Tiara. Dua insan yang sayang Tiara dan yang tidak senang dengan kehadirannya dalam hidup Tiara.
"Isteri! Eh, awak ni laki jenis apa haa? Senang-senang seksa isteri macam tu. Tiara tu cantik. Ramai lagilah lelaki yang nak kat dia. Yang sejuta kali lebih baik daripada awak!" Melantun suara kasar Pak Uda.
"Pak Uda dahlah tu. Kita datang sini sebab Tiara. Bukannya nak marah sapa-sapa."
"Mak Ita, tak guna kita nak cakap baik-baik kat lelaki kepala batu ni. Biar saja Tiara tinggal dengan kita. Lelaki ini cuma perlu ceraikan Tiara."
"Saya tak kan ceraikan dia. Tiara Shenaaz isteri saya."
Tariq melihat tepat mata Pak Uda. No way dia akan lepaskan Tiara. Walaupun dia berterima kasih dengan pakcik ini sebab tolong jaga Tiara, tapi Tiara masih hak dia saja. Pakcik ini tak boleh buat apa-apa keputusan.
"Isteri yang Encik Tariq anggap seperti prisoner?" Perlahan soalan Mak Ita.
Spontan tangan Tariq menyentuh pipi. Seperti kena penampar walau zahirnya tidak nampak.
"Macam inilah Encik Tariq, sebenarnya Tiara tak tahu pun kami jumpa Encik Tariq kat sini. Kalau dia tahu, mesti dia marah. Tapi, kami terpaksa. Terus terang Tiara tak bahagia walaupun dia reda dengan keadaannya sekarang."
Sekarang giliran Mak Ita beri sepatah dua kata. Wajah Tariq Zayyan dijajah mata. Lawa. Patutlah sukar Tiara nak lupa.
"Awak lepaskan dia, bila dia dah tak terikat dengan awak langsung, tahulah kami macam mana nak bahagiakan dia! Biar dia kahwin lain." Suara tak puas hati Pak Uda melantun lagi.
"Pak Uda, tak baik cakap macam tu." Tegur isteri.
"Sebab lelaki ini tak baik! Kalau dia baik, saya cakap baik-baik. Dahlah tak kuasa saya nak duduk sini, nak dengar ni semua. Saya nak balik bilik."
Kerusi ditolak. Dia sama sekali tidak boleh terima lagak ego suami Tiara. Muka boleh tahan lawa, tegap, kaya pula tu tapi macam tak tahu hukum. Kalau nak berbini dua, kenalah adil. Bukan berat sebelah.
"Maaf, suami saya bersikap begitu sebab dia sayang Tiara. Tiara dah seperti anak kami. Encik Tariq, kami boleh jaga Tiara sepanjang hidup kami. Tapi itulah, jaga dan bahagiakan dua perkara yang berbeza. Kami boleh jaga Tiara tapi kami tak boleh bahagiakan dia. Kebahagiaan dia dengan encik."
YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Romance"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...