Bab 17

2.1K 67 2
                                    

Tiara terus duduk di kerusi malas di laman. Tunggu Rabia. Entah apalah suami sembang lama-lama sangat dengan Rabia di dalam tu. Rafid dan Azka tak nampak muka pula hari ni. Ah, tak payah joginglah. Lebih baik baca buku di bilik. Tiara bangun dan mula melangkah. Namun langkahnya terhenti apabila melihat seorang gadis pure mat salleh meluru ke arahnya. Emm wajah dia seperti Gigi Hadid. Cantik. Gadis itu memakai t-shirt merah dengan seluar jean.

"You!" Suara keras gadis itu menerjah. Jari telunjuk yang runcing menuding ke muka Tiara

"It's you, isn't it? It's you!" Jerit gadis itu. Renungan tajam menikam wajah Tiara.

Tiara tergamam. Siapa gadis ini? Kenapa marah? Apa salah dia? Dia pernah menampak dalam sejarah hidup gadis ini? Di UK? Cuba ingat. Oops tak sempat nak ingat sebab gadis itu tiba-tiba menamparnya berkali-kali. Bukan setakat itu, gadis itu menolaknya jatuh. Bahu kanannya landing di atas batu. Kepala ikut sama. Dia mengerang kesakitan. Gadis itu tidak berhenti malah terus menyerang. Menumbuk dan menendangnya. Dia cuba menahan serangan tetapi ternyata tenaga dia tidak sekuat gadis itu.

"What the heck!" Terdengar suara Tariq Zayyan.

Serangan gadis itu berhenti bila Tariq Zayyan menarik dan memeluknya dari belakang. Gadis itu meronta sekuat hati. Kaki masih mengayun. Masih mahu menendang Tiara.

"How could you Riq? How dare you marry her? She took my Taz..."

Tiara hanya dapat melihat suami mencempung gadis itu masuk ke dalam vila. Tenangkan gadis itu. Tega tinggalkan dia. Tak toleh pun. Siapa yang jadi mangsa ni? Darah siapa yang mengalir? Tubuh siapa yang luka, yang lebam? Gadis itu tidak berdarah apa pun. Kenapa dia yang mendapat perhatian? Ya Allah... kejamnya suami. Sakitnya hati ini.

"Puan ok? Saya minta maaf. Saya sepatutnya..."

Kata-kata Rabia terhenti bila melihat jelingan Tiara. Tiara gagah bangun dan terhincut-hincut berjalan ke biliknya. Tolak tangan Rabia yang mahu membantunya.

Masuk saja ke dalam bilik, Tiara terus mengunci pintu. Dia ke bilik air. Pandangan jadi kabur dek air mata yang mengalir. Dia duduk mendakap kedua-dua lutut di dalam tap mandi. Dia menangis semahu-mahunya. Setiap anggota yang ditendang menjerit kesakitan. Diusap bibir yang berdarah. Itu luka yang di luar. Bagaimana luka di hatinya? Itu yang paling sakit. Teganya suami hancurkan hatinya dengan hanya meninggalkannya. Ya Allah, dia tak nak jadi prisoner Tariq Zayyan. Tolonglah, sakitnya jadi prisoner suami sendiri.

Tiara pekakkan saja panggilan Rabia di luar bilik. Dia tidak perlu Rabia. Dia tidak perlu sesiapa dalam vila ini. Vila ini penjaranya. Dia akan terus dihukum hanya kerana satu kesilapan. Ya Allah sampai bila Tariq Zayyan nak hukum dia? Sampai bila?

Tiba-tiba pintu bilik air dibuka. Suami semestinya ada kunci untuk semua bilik dalam vila ini. Tiara pantas bangun. Menyandar di dinding. Tegang seluruh badan setegang kebencian di wajah. Dia benci Tariq Zayyan. Benci sangat-sangat.

Rabia di muka pintu hanya terdaya melihat. Puan jadi begini sebab kelalaiannya. Dia yang salah tapi bos juga salah. Bos sepatutnya lebih prihatin terhadap puan. Puan yang kena pukul tapi kenapa bos menangkan perempuan yang pukul puan. Malah bos memeluk perempuan tu hingga perempuan tu bertenang. Issh bos memang tak adil. Sekarang baru nak cari puan. 

"Tiara, maafkan TJ..."

"Saya benci encik! Benci! Benci! Benci!"

Tiara menjerit. Dia tidak peduli pasal TJ apalagi nak maafkan insan yang bernama TJ. Yang dia tahu sekarang, dia benci suami sendiri! Bayangan suami memeluk TJ ibarat mata keris yang menikam kedua-dua mata.

"Stop it Tiara!" Tariq Zayyan cuba meraih tangan isteri tetapi isteri pantas menolak.

"Bunuh saya saja! Saya rela mati di tangan encik." Tiara sudah di luar kawalan. Dia meraung sekuat hati.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now