Bab 32

1.4K 48 1
                                    

Akhirnya Tiara dapat izin suami. Itu pun setelah puas memujuk. Dapat izin pun bersyarat. Boleh jumpa pak long di pejabat pak long dan dalam masa dua puluh minit saja. Bergegas hari ini Tiara ke pejabat pak long. Tidak mahu ambil risiko suami tarik balik keizinannya.  

"Wah, adik kakak ni berseri-seri. Bahagia?" Kak Safiya sambut kedatangannya.

"Syukur alhamdulillah. Bahagia kak. Ini Rabia, PA cum bodyguard saya."

Oh ya, mestilah ada Rabia. Itu syarat paling atas dalam senarai suami.

"Wow, ada bodyguard." Safiya naikkan kening. Dah seperti isteri Mafia pula.

"Kak, beg tangan ni untuk kak. Dari Paris." Tiara keluarkan beg tangga jenama Gucci.

"Terima kasih sayang." Beg ni mesti mahal "Bulan madu kat sanakah?"

"Taklah kak. Suami saya lawat kakak dia kat sana. Saya ikut saja." 

Ha ha ha betullah tu. 

"Untunglah Tiara."

Tiara senyum. Toleh ke pejabat pak long. "Pak long ada? Tiara nak jumpa dia kejap, boleh?"

"Ada. Tapi Puan Zaila dan anak dia ada kat dalam tu. Macam ada masalah keluarga jer. Takut juga kak nak bagi Tiara masuk. Tak pasal-pasal kena marah nanti."

"Tak pa kak. Bagus juga tiga-tiga ada sekali. Dah lama saya tak jumpa mereka."

"Puan, biar saya masuk sama." Silap besarlah kalau yang dalam tu berani marah puannya.

"Tak apa Rabia. Saya dah biasa. Rabia tunggu sini."

Dia ambil tiga buah plastik daripada Rabia yang mengandungi hadiah untuk keluarga pak long. Berdoa mereka suka dengan pemberiannya.

Tiara ketuk dan terus masuk. Teruja nak jumpa keluarga pak long. Dia terus jadi perhatian. Pak long yang sedang bercakap di telefon, tamatkan perbualannya. Jegil melihat Tiara. Mak Long dah tarik muka meluat. Diaz, lagilah. Lagak seperti ular tegak kepala nak patuk.

"Baru sekarang nak muncul? So how's your honeymoon? Like hell?" Diaz baling ayat.

"Mana nerakanya, tentu dah melayang ke syurga hingga lupa diri. Al maklum dah jadi mem besar. Dah tak hairan dah dengan kita ni. Itulah abang, dari dulu dah saya cakap, budak ni tak kan hargai jasa abang bela dia. Sekarang dah dapat suami kaya, berlagak dengan kita." Tukas Puan Zaila. Tidak puas hati dengan kesenangan hidup Tiara.

"Kau datang sini buat apa? Meluru masuk macam ofis ni, suami kau punya! Dah pandai kurang ajar!" Tuan Dzul tampar meja. 

Kan dah kena! Reda sajalah. Lagipun dah lama tak dengar pak long marah. So sweet sour! 

"Maaf pak long. Saya datang cuma nak berikan ni. Buah tangan dari Paris. Harap pak long, mak long dan Kak Diaz suka."

Diletak beg-beg plastik atas meja pak long. Cik Kaki dah ringan nak cabut keluar. Iyalah tiga serang satu. Mestilah dia kalah. Hai, betul kata suami, keluarga pak long tidak baik baginya.

"Ingat kami hadap sangat dengan pemberian kau tu? Entah-entah barang tiruan yang kau beli."

Sampai hati mak long cakap macam tu. Susah payah dia pujuk suami belikan. Barang-barang tu semua bukannya murah. Mula menyesal tak ikut kata suami. Itulah nak sangat jumpa pak long. Rindu konon. Sekarang hati siapa yang sakit?

"Err sebenarnya saya tak boleh lama kat sini. Saya balik dulu."

"Jangan nak lari. Dengar sini Tiara, pak long nak kau minta cerai dengan suami penipu kau tu. Lelaki itu tak guna. Pak long dah tahu tujuan dia kahwin dengan kau. Bukan sebab nak menyelamatkan syarikat pak long tapi sebab nak kawal harta yang sepatutnya hak kau."

Tiara tergamam. Kenapa dengan pak long ni? Harta apalah yang dia ada? Setakat baju dan kasut buruk di apartmen Aida, suaminya nak buat apa?

"Pak long, saya tak ada harta apa pun."

"Adalah bodoh! Harta arwah Tazzim Ziyyad yang suami kamu sekarang control. Harta tu sepatutnya jatuh ke tangan kau." Dengus Diaz.

Terduduk Tiara. Kaki dah mula goyah. Tak mungkin suaminya kahwin dia sebab itu.

"Saya tak percaya."

"Kan saya dah kata, budak bodoh ni tak kan percaya. Buang masa saja abang nak selamatkan anak saudara abang ni."

"Mama, sebab dia bodohlah kita kena ajar dia jadi pandai. Jangan terus duduk dalam kebodohan penjara suami dia tu."

Diaz bangun dan duduk di sebelah Tiara.

"Tiara Shenaaz, suami kau tu bukan baik sangat. Tengok ni, Kak Diaz dulu pun pernah tertipu dengan dia." Diaz menunjukkan gambar dia berpelukan dengan Tariq Zayyan dalam telefon pintarnya.

"Dulu cinta dia milik Kak Diaz tapi bila datang perempuan yang lebih cantik, lebih muda, terus cinta dia melayang. Perempuan bagi dia hanya mainan. Kak Diaz menyesal libatkan Tiara dulu."

"Kenapa baru sekarang Kak Diaz nak beritahu saya?" tanya Tiara perlahan. Menyesal tidak akan mengubah apa-apa. Dia dah jadi milik Tariq Zayyan.

"Sebab Kak Diaz sedar, kau tu dah jatuh cinta dengan dia, kan?"

Tiara tidak mengiakan mahupun menidakkan. Dia tidak perlu jawab. Cinta hak dia. Walaupun kenyataan ni menyakitkan, dia memang telah jatuh cinta dengan suami. Orang kata jatuh, bangkit sendiri. Masalahnya, dia takut nak bangkit. Walaupun sakit dia tetap cinta suaminya.

"Jangan jadi macam Kak Diaz, Tiara. Lelaki macam Tariq Zayyan tu not worth it untuk dicintai. Dia akan layan Tiara macam sampah setelah dia dapat apa yang dia mahu."

"Apa pun dia suami saya, Kak Diaz. Suami saya."

Tiara lari keluar. Tidak dapat menahan kesakitan yang suami sendiri mungkin akan mengkhianati cintanya satu hari nanti.

Diaz senyum. Jerat dah mengena. Tentu sekali Tiara tidak mahu terikat dengan Tariq Zayyan lagi. Once Tiara out, I'm in! Walau dengan cara apa pun dia akan dapatkan Tariq Zayyan.

"Abang tak takutkah Si Tariq tu tarik balik sokongan dia? Syarikat abang kan baru nak naik balik. Abang kena ingat sama, Tariq tu banyak pengaruh. Silap-silap hari bulan boleh merudum balik syarikat abang."

"Betul juga."

Tuan Dzul urut dahi. Issh sepatutnya fikir sebelum bertindak. Menyesal marah Tiara. Tapi sejak Diaz ceritakan tentang perkahwinan Tiara dengan Tazzim,  adik Tariq tu, kemarahan dia meruap-ruap. Diaz beritahu Tiara goda Tazzim hingga Tazzim kahwin dengannya padahal Tazzim tu boyfriend Diaz. Celaka betul budak tu jadi perampas. Berani pula Tiara membelakangkan dia. Kurang ajar betul kahwin tak beritahu dia. Issh, menyesal jaga Tiara dulu. Tak untung apa-apa.

"Lebih baik kita biarkan. Mana tahu Tariq pendek umur macam adik dia. Balu pula Tiara tu lagi sekali. Tiara tu tentu minta pertolongan abang. Manalah budak tu tahu nak handle business besar-besar. Kita boleh tumpang kaya, bang."

Tersengih Puan Zaila. Sudah membayangkan kemewahan hidupnya dengan harta Tiara.

"Betul tu. Biarkan saja Tiara dengan Tariq." Akal suami sealiran dengan akal isteri.

"Tak boleh! Saya nak Tariq tu, papa. No way Tariq tu boleh terus bahagia dengan Tiara! Tariq Zayyan hak saya! Tiara can get out from his life." Bentak Diaz. Ambil beg terus keluar. Sakit hati dengan pandangan bodoh orang tuanya.

Terkejut Encik Dzul. Sebentar tadi bukan main burukkan Tariq, sekarang dia pula nak! Dah kenapa?

😄💖HI selamat pagi.. Today dah start gear! Hopefully boleh perbanyakan bab hari in.  Wiish  Cik Akal  aktif hari ni. Oh ya beberapa hari lepas saya edit  some of my previous chapter. Ingat nak minta orang edit , tapi tak mampulah deng nak bayar.  Buat sendiri jer lah. Ha ha ha. But tolong vote. Oh ya certia ini rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mat. Gitu yer! Thanks for reading and stay safe.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now