Selesai saja menolong Elaina di dapur, Tiara minta diri ke bilik. Dia tidak selesa apabila Tariq asyik perhatinya. Dah tu, suka-suka pula rangkul mesra pinggangnya. Hairan, suami main drama apa pula ni? Drama Suami Tanpa Cinta atau mungkin, nak ingatkannya tentang amaran di bilik tadi. Argg tak mungkin dia akan biarkan suami ambil hak dengan kemarahan. Tapi berdayakah dia menolak? Ya Allah...
Tiara menarik beg pakaiannya yang suami dah bawa naik dan letak di tepi sofa. Beg pakaian suami dibiarkan. Beg pakaiannya diangkat ke atas katil. Dia hanya bawa pakaian yang perlu saja. Suami tak benarkan muatan berlebihan. Dia keluarkan tuala, t-shirt lengan panjang dan seluar baggy hitam. Kemudian ke bilik air, bersihkan badan dan tukar pakaian. Dah selesai, nak buat apa? Tak payah kot turun. Relaks di sini saja. Dia melihat sekeliling. Emm ada sebuah bingkai gambar tergantung di dinding. Didekatinya. Gambar keluarga.
"My family." Ujar Elaina tiba-tiba di muka pintu. Dia dekati Tiara.
"Ini mama, Daddy Mizi, Riq, Taz dan yang cute ni, me." Jarinya meniti dari seorang ke seorang. Puji diri sendiri. Tersengih.
"Gambar ni, masa my 13th birthday."
Bersinar mata Elaina. Teringat saat-saat bahagia bersama insan-insan tersayang.
Tiara renung wajah Elaina. Raup wajah Elaina ikut wajah mamanya. Mereka berdua mempunyai bentuk wajah bujur, dagu bulat dan bentuk bibir menurun. Hidung mereka mancung dan anak mata berwarna biru. Cuma warna rambut mereka beza sedikit. Elaina, warna perang terang sedangkan mamanya, perang gelap. Sama seperti rambut Tazzim.
"Masa ni, Riq ten and Taz, seven. Wajah Riq looks like his daddy, kan?"
"Ya. Sepert Pierce Brosnan versi Melayu." Selamba ujar Tiara.
Pierce Brosnan? Elaina amati wajah Daddy Mizi di gambar. Betullah. Tidak pernah terlintas pun sebelum ini, persamaan Daddy Mizi dengan hero James Bond. Memang ada.
"So, are your hubby as romantic as Pierce Brosnan? You know what I mean."
Dia menyiku lengan Tiara. Tersenyum melihat Tiara blush.
Iya, Tiara tahu apa maksud Elaina. Sayang sekali tidak ada malah tidak akan ada adegan romantik. Tak payah nak berangan. Apa lagi nak mimpi. Ok, masa untuk tukar tajuk.
"Ump... wajah Tazzim ikut mama."
"Yeah." Akui Elaina. Teringat arwah. Rindu dia dekat Tazzim.
"Riq beritahu Tiara what happen to Taz?"
"Ump... err... ya."
Tersekat-sekat suara Tiara sementara mata dah arah ke pintu. Manalah tahu kalau-kalau Mr Tyrant tiba-tiba muncul. Tak ada. Selamat.
"Riq and Taz, two brothers with totally different looks and character." Ngomel Elaina.
"Riq is more responsible. Business Daddy Mizi, business mama, Riq uruskan selepas Daddy Mizi dan mama died in a car accident in Madrid. Believe me, it is not easy. He is a tough guy. But Taz, well Taz the opposite. Hate business. He messed every project Riq gave him to handle. There were times, Riq just wanted to kill him."
Elaina ketawa kecil. Teringat Riq kehilangan satu projek besar gara-gara Taz bermain cinta dengan isteri CEO syarikat itu. Mengamuk Riq. Namun Riq tetap mempertahankan dan melindungi Taz apabila CEO itu mula mengancam keselamatan Taz.
Tiara jadi pendengar. Tak nak melintas langsung. Mana tahu boleh tulis biografi Tariq Zayyan selepas dia bebas nanti. Bila? Hati diseret sayu. Pintu kebebasan dari Tariq Zayyan seperti tidak muncul di laluan hidupnya.
"But Riq loves his brother very much."
Tiara tunduk. Tariq Zayyan, seorang abang yang sayang adiknya hingga sanggup kahwin dengan perempuan yang dianggap telah mengkhianati adiknya. Tiara akui Tariq Zayyan jatuhkan hukuman bersebab. Tapi, sampai bila? Agaknya sampai ke lubang kubur. Cik Akal rasa kaku dan tegang. Bayangkan diri ditanam tujuh kaki. Gelap dan sempit. Dilawati segala makhluk bumi yang menakutkan. Ya Allah...
![](https://img.wattpad.com/cover/218574335-288-k373549.jpg)
YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Romance"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...