Bab 46

2K 67 10
                                    

Dah masuk dua jam dia dan Aida menunggu di dalam kereta. Masih tidak kelihatan kereta suami. Rabia hantar mesej dekat Aida, beritahu Tariq keluar dengan Freya, Masakan begitu lama? Ke manakah agaknya suami bawa Freya? Ke Genting Highlands? Bagi Freya hangat kat sana? Issh, Cik Hati sengaja buat andaian menyakitkan. Jahatnya Cik Hati! Marah Cik Jantung. Cik Akal cepat-cepat tutup aliran fikiran begitu. Namun, tak sempat. Terdengar keluhan lemah dilepaskan.

"Kau sure tak nak masuk? Kita tunggu saja kat dalam vila tu."

Aida juga dah resah. Punggung dah kematu. Dia tengok meter minyak. Emm masih ada satu bar. Harap-harap cukup untuk kereta Myvi ni nanti. Entah bilalah Tariq tu nak balik? Bawa Freya masuk hutankah? Manalah tahu isteri tak pernah tengok monyet. Ha ha ha lawak bodoh!

"Aku rasa bersalah nak masuk tanpa izin suami. Please Aida kita tunggu kat sini, ok?" Rayu Tiara sambil menggenggam tangan Aida.

"Tapi kau ok kah? Dah lama sangat kita tunggu dalam kereta ni. Muka kau dah pucat. Apa kata kita pergi makan dulu? Lepas tu datang balik. Kau tu hanya makan roti dengan milo kosong saja tadi."

"Aku ok. Lagipun aku tak dak selera nak makan. Aida, aku takut kalau aku tak jumpa suami aku hari ni, aku tak kan berani datang lagi jumpa dia. Tolonglah kejap saja lagi."

"Iyalah tapi aku nak kau rehat. Pejam mata tu. Cuba tidur. Apa-apa aku gerak kau."

Aida tak nak terus desak. Kasihan lihat Tiara. Ditolak kerusi kawannya ke belakang sedikit. Lebih selesa. Malangnya, Tiara masih tidak pejamkan mata. Masih gelisah tunggu suami.

Beberapa minit kemudian kereta Tariq Zayyan meluncur dan berhenti di pintu masuk vila. Menunggu pintu elektrik buka. Azka, Rafid mahupun Rabia tidak kelihatan. Dalam kereta tu cuma ada Tariq dan Freya. Untungnya Freya. Keluh Cik Hati.

Tiara bergegas keluar mendapatkan suaminya yang telah pun keluar daripada perut kereta. Takut pintu gate tutup. Dia perlu suaminya. Aida ikut dari belakang.

Tariq Zayyan terkedu seketika melihat Tiara. Hati melonjak gembira. Ayu sungguh Tiara berhijab begini. Rindu sungguh dia kepada Tiara namun kerinduan itu ditolak jauh bila suara hati bicara sesuatu. Tiara berhijab! Ya Allah, isteri aku dah berubah. Riak wajah Tariq bertukar rona. Ketegangan wajah seperti ketegangan tali raket. Mata tajam menerjah mata Tiara.

"Abang, maafkan saya." Rayu Tiara. Air mata berkolam di kelopak mata. Ingin sekali dia memeluk suami. Tolonglah kata, abang maafkan saya. Merintih Cik Hati.

Freya di sebelah Tariq, dah pucat. Tidak tidak tidak! Hati menjerit. Tiara tidak boleh hadir lagi dalam hidup Tariq. Tiara tidak boleh merosakkan kebahagiaannya.

"Saya dah maafkan awak sejak awak keluar dari vila ini. Tapi, vila ini bukan tempat awak. "

"Abang..." Air mata mengalir deras. Teganya suami. Ya Allah...

 "You don't owe me anything Tiara. Just go."

Tariq melangkah masuk tanpa menoleh melihat Tiara lagi. Dia tidak peduli yang dia telah membunuh jiwa isteri yang begitu mendambakannya.

Kata-kata suami ibarat cemeti memukulnya. Bumi bagaikan bergerak menggoncang seluruh jiwanya. Insan yang dia cinta, yang dia harapkan kebahagiaan, buang dirinya. Dia sampah yang suami tidak mahu. 

Air mata Tiara menitis tanpa titik. Dunianya gelap gelita tanpa Tariq Zayyan. Dia benar-benar kehilangan cinta Taziq Zayyan. Ya Allah, prisoner ini tidak ada lagi penjaranya.

Aida terpaksa memaut Tiara erat. Jika tidak, tubuh kawannya akan melurut ke tanah. Sakit hati Aida dengan kesombongan Tariq Zayyan. Bagai hendak di cincang lumut hati lelaki yang tega menyakiti kawannya ini.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now