Tariq melangkah masuk. Dia geleng. Tidur rupanya. Hai, di sofa lagi! Ditatap wajah yang, akui saja, buat dia lemah. Dia ukir senyuman, sindir diri sendiri. Kuat konon.
Dia duduk menyandar di sofa di mana isterinya sedang tidur. Dilunjurkan kedua-dua kaki ke depan sambil mengurut belakang leher. Otak masih tidak boleh hadam yang Tazzim kahwin dengan Tiara sebab takut dengannya. Memang dia rancang nak kahwinkan Tazzim dengan TJ selepas TJ habis belajar. Tapi rancang saja. Manusia hanya merancang. Allah yang menentukannya.
Iya, Allah yang telah takdirkan Tiara jadi isteri Tazzim. Allah juga yang takdirkan Tiara jadi isterinya. Tazzim tak boleh tolak. Tiara tak boleh tolak. Dia juga tak boleh tolak. Mesti ada hikmah di sebalik takdir Allah ini.
"Tiara is still a virgin. Tazzim didn't touch her. Now, Tiara is mine." Bisiknya perlahan.
Tariq senyum. Itu antara hikmahnya. Dia mengetuk dahi berkali-kali. Tiara still virgin. Berulang-ulang tiga perkataan yang sama dari otak turun ke hati dan kembali semula ke otak. Tiara Shenaaz, isteri virgin Tariq Zayyan. Untungnya Tariq Zayyan. Untung kalau dapat. Kalau tak dapat, itu lain cerita pulak.
Arg, dia tak boleh function begini.
Dia bangun. Toleh melihat isteri. Dia dekatkan wajah ke wajah isteri. Berkongsi udara. Ingin sekali dia menyentuh bibir isteri. Hmm...
Tariq Zayyan, bukan begini! Nak ambil kena minta. Tak boleh rampas begitu saja. Tak adil bagi Tiara. Encik Akal tarik urat di kepala. Takut nanti dia benci awak sampai bila-bila.
Ok-Ok! Dia berdiri. Angkat isteri ke katil. Tarik selimut sehingga menutupi tubuh isteri. Pastikan isteri tidur dengan selesa. Dia ke bilik air. Bersihkan diri. Tukar baju tidur sebelum kembali semula ke katil. Tarik selimut dan baring mengadap isteri. Wajah isteri ditatap. Rasa tenang. Rasa bahagia. Tangan mula merangkul pinggang isteri. Dahi isteri dicium mesra. Dia senyum. Hai, nampaknya apa yang Grandma Fleur arah terpaksa tunggu dahulu. Dia kembali menatap wajah isteri hinggalah dia sendiri tertidur.
Hmm best betul. Teddy bear yang dipeluk ni memang sedap. Lain daripada yang lain.
Warm and so cozy. Smell nice too. Smell manly and a bit sweet. I like.
Tangan rakus merangkul. Dekat lagi. Pipi terasa nyaman beralas bulu-bulu lembut. Suka benar dengan teddy bear ini. Kaki sudah bergerak ke atas paha teddy bear. Ditarik dekat kepadanya. Mata masih di pejam. Mimpi ini indah sekali.
"Open your eyes." Teddy bear bersuara. Perlahan. Husky. Romantik.
Nope, tak nak. Nak terus belayar dalam dunia mimpi. Dunia di luar sana tak seenak dunia ini. Tiara terus pejam. Terus memeluk teddy bearnya.
"If you don't, I'm going to kiss you." Berbunyi lagi Mr Teddy Bear.
Aip, kiss? No way! Spontan kelopak mata dinaikkan. Bertemu sepasang mata yang mempesonakan. Wow, cantik!
Yikes, Mr Teddy Bear is Mr Tariq Zayyan! Get up and get down! Cik Akal dah panik.
Ok. Tiara gerak kaki. Muka dah berubah. Malunya.
"Don't move."
Tariq menarik kembali kaki isteri ke tempat ia berlabuh tadi. Tidak dilepaskan. Sebelah tangan menyentuh pipi isteri. Dari pipi ke bibir. Mata tetap menangkap mata isteri. Tidak dilepaskan. Perlahan-lahan bibir menyentuh pipi isteri. Sejuk, tapi tak ada reaksi menolak. Dia senyum. Green light, so...
"Uncle Riq, it's my birthday! I want my present." Adele tiba-tiba muncul. Tak sabar nak hadiah. Selalunya hadiah Uncle Riq yang paling best.
Arggh... Adele. Wrong timing! Please get out of this scene!
YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Romansa"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...