Bab 36

1.5K 58 1
                                    

Tiara mengheret kaki. Anak-anak tangga ni dah bertambahkah? Dah beranak pinak? Cik Hati naik hairan. Betullah macam dah banyak. Cik Jantung pun setuju.

Jangan merapu! Cik Akal tampar Cik Hati.

Yelah...

Eh, Rabia kah tu? Bila balik? Bos panggil balik? Jahat betul bos tu. Phew phew tembak bos.

Tiara! Tempik Cik Akal. Stop!

Yelah...

Rabia melihatnya dengan, apa yer? Simpati? Kasihan? Sedih? Agaknya boleh tak dia tukar tempat dengan Rabia? Hidup Rabia lebih baik. Yang bagusnya, Rabia bebas! Tak seperti dia. Terus jadi prisoner Tariq Zayyan. Lagi dan lagi dan lagi dan...

"Puan nak buat apa hari ini?"

Issh, Rabia potong ayat dia.

"Keluar." Yap, dia nak keluar.

"Saya telefon tuan. Tanya dia dulu yer puan?"

Tiara jalan melintasi Rabia. Tidak tunggu untuk mendengar sama ada suami izinkan atau tidak. Sebetulnya, dia dah tak kesah. Dia tahu, suami cuba nak bersikap adil. Tapi, untuk apa? Tak payah nak hipokrit. Freya sama sekali tidak mahu suami berlaku adil lebih-lebih bila malam menjengah. Bagi Tiara, Freya boleh monopoli semua masa suami. Boleh ambil semua cinta suami. Ambillah apa yang hendak diambil. Semua yang ada di vila ini memang bukan haknya pun. Begitu juga dengan tuan tanah vila ini!

"Puan, tuan izinkan asalkan kita pulang sebelum matahari terbenam."

"Saya doa matahari tak terbenam langsung. Kita tak perlu balik."

Psst, nanti kena slow talk dengan matahari. Jangan bagi bulan muncul. Ha ha ha...

"Hey 2nd wife, where are you going?" Laung Freya yang sedang bermain games di iPhone barunya.

Tiara merungut dalam hati. Isteri nombor satu di benar ada telefon. Isteri kedua tidak dibenarkan ada apa-apa alat komunikasi. Alasan suami, tak nak Kak Diaz ganggu. Alasan bodoh. Ah, sakitnya!

"To the moon." Tiara tolak jawapan bodoh. Seperti dirinya yang diperbodohkan suami.

Freya senyum. Good! She can get lost for all I care. In time, Riq will belong to me. Only me.

Rabia pandu kereta tanpa arah tuju. Puan sandar tanpa memberi arahan. Rabia hanya ikut arus jalan raya. Tunggu hingga puan kata sesuatu. Sejak dia tahu kewujudan isteri pertama Tuan Tariq, perasaan dia bercampur baur. Tidak pernah menyangka kebahagiaan Puan Tiara tidak bertahan lama. Kedatangan Freya melenyapkan kebahagiaan puannya.

Sampai hati Rafid dan Azka tidak pernah beritahunya yang bos mereka dah kahwin. Al-maklumlah dia baru dua tahun bekerja dengan Tuan Tariq. Azka dan Rafid kerja sejak Tan Sri Tarmizi ada lagi, jadi tentu mereka tahu. Bias betul dua-dua lelaki ni. Apa salah kongsi info? Mungkin sebab dia perempuan. Takut dia gosip dengan puan. Dia tak macam tu lah. Dia pun pandai simpan rahsiah. 

"Rabia, kalau awak di tempat saya, awak nak buat apa?" tanya Tiara perlahan.

Rabia ambil masa untuk menjawab. Kena fikir dulu. Takut silap. Tak naklah buat puan bertambah sedih.

"Mungkin, saya belajar terima kenyataan."

"Itulah yang sedang saya buat. Tapi saya tidak dapat buang kebencian ini. Saya benci dia. Tapi, saya cinta dia. Dia suami saya. Dia juga suami Freya." Tiara lepas keluhan.

"Puan sabar yer. Banyakkan doa. Tentu Allah akan beri puan kekuatan. Beri Tuan Tariq juga kekuatan. Saya lihat Tuan Tariq tu semakin tension. Staf-staf dah mula takut dengan tuan. Staf merungut, mood tuan boleh meletup tak kira masa. Kadang-kadang tanpa sebab."

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now