Bab 11

1.9K 77 2
                                    

Dia mencapai muk yang ada kopi. Sekadar letak di bibir. Beri tumpuan pada skrin laptop. Terpapar enam buah kamera tanpa pergerakan apa-apa. Dia tarik kerusi. Sandar. Melurut belakang leher. Badan masih rasa sengal sana sini. Apa tidaknya, berjam-jam dalam kapal terbang.

Awal pagi tadi dia baru tiba dari San Jose. Sejurus mendarat di KLIA, bergegas pula ke Putrajaya. Mesyuarat dengan klien. Tapi, mesyuarat belum habis, dia dah bergegas keluar. Terus ke kondo. Tak dinafikan, dia teruja nak lihat prisoner cum isterinya.

Dia ke San Jose sebaik saja selesai majlis pernikahannya. Bermakna dah berhari-hari dia biarkan isteri yang baru dinikahi duduk dalam kondo tu. Kondo itu penjara Tiara Shenaaz. Sengaja dia buat begitu. Dia mahu Tiara rasa hidup keseorangan. Ada suami seperti tidak ada suami. Itu yang Tazzim mungkin rasa. Ada isteri seperti tidak ada isteri.

Tapi, mata terasa terbakar sebaik saja lihat penampilan Tiara. Totally freak out. She's a mess. Entah apalah prisoner itu pakai. Dengan baunya. Dengan rambut tak terurus. Sengaja agaknya nak sakitkan hatinya.

Jari mengetuk muk beberapa kali. Issh, mana pergi prisoner ni? Menyesal pula tak pasang kamera digital di semua bilik termasuk bilik air. Aip, bilik air? Biar betul? Intai prisoner mandi? Tak salah, kan? Sebab prisoner tu halal bagi dia. Iya, seperti halal tubuh itu bagi Tazzim dulu. Tapi, lihat apa prisoner itu buat kepada Tazzim. Seksa batin Tazzim.

Akhirnya prisoner muncul di ruang tamu. Hanya memakai t-shirt separuh lutut yang lebih besar daripada saiz badan. Duduk di sofa. Rambut dibalut tuala. Tariq zoom ini. Wajah Tiara mulus seperti kulit bayi. Cerah. Bersih. Tiara tarik tuala. Meloloskan rambut hingga ke bahu. Tersekat nafas Tariq Zayyan. Cantik. Dia terpegun. Lebih meruntun iman bila Tiara tiba-tiba berdiri dan menari tarian ballet. Gila betul prisoner ni! Kegilaan yang membuat Tariq Zayyan menelan air liur berkali-kali. Kolor baju Tiara tiba-tiba meleret turun separuh lengan kanan apabila badan di senget sebelah. Terbeliak Tariq. Prisoner ni tak pakai coli? Melampau!

Jangan dok melampau sangat. Tendang suara hati. Tengok tu, isteri yang di penjara, begitu seksi. Tak teringinkah? Jiwa lelaki dah terseksa. Halal kot. Rugi tahu!

Your ballerina is in the glass just waiting for you. Go on, take her man! She's yours.

Ah, tak boleh ikut nafsu! Nafsu tak boleh tunduk kepada Tiara Shenaaz. Kalah ego lelakinya.

Tariq Zayyan lekas-lekas tutup komputer. Lurut dada berkali-kali tapi bayangan seksi isteri tetap bermain di mata. Ah, tak boleh macam ni! Dia tukar pakaian. Pakai tracksuit, capai kasut joging dan terus keluar. Dah tekad nak joging hingga tidak ada lagi bayangan prisoner ganggu jiwa lelakinya.

Keesokannya, bila dia tiba di pejabat, Diaz dah tercenguk menunggu. Pagi-pagi dah mekap macam nak pergi majlis karpet merah. Apa hal pula muncul tanpa undangan ni? Saja nak menggatal atau bawa utusan? Maklumlah dia belum buat apa-apa untuk bantu syarikat pak long Tiara.

Ah, whatever! Dia tak ada mood nak layan. Tapi kalau ikutkan, dari dulu, bila sentuh soal Diaz, dia tak pernah ada mood. Diaz ini selalunya potong mood. Membosankan.

"Tuan Tariq, err..."

Ann, setiausaha dah pening. Cik Diaz degil nak jumpa bos sedangkan dia tahu agenda bos penuh hari ni.

"Biar dia masuk." Tariq Zayyan buka pintu pejabat.

Diaz tergedik-gedik masuk. Wah, sekarang dah jadi sepupu melalui perkahwinan. Perhubungan keluarga sudah dekat. Dahulu dia bagi Tazzim kepada Tiara sebab dendamkan lelaki ini. Tak pernah menyangka Tiara dapat lelaki ini pula. Lelaki yang dia nak. Ah, malang sungguh!

"Nak apa?"

Tariq buka lap top. Scroll emails. Banyaknya. Dia lepas keluhan. Kerja-kerja-kerja. Letih. Dahlah semalam tak boleh nak tidur. Ini semua salah Tiara. Muncul setiap kali dia pejam mata. Tarian ballet apa yang melurut baju. Buat seksa mata.

"I nak you. You tahu I boleh bahagiakan you. Hilangkan stress you." Lembut bicara Diaz.

"Go to hell." Melatun suara kasar.

"Garangnya sepupu ni."

Diaz ukir senyuman menggoda. Dia ambil langkah ke kerusi depan meja Tariq. Labuhkan punggung.

"Balik kalau tak ada apa nak cakap." Arah Tariq Zayyan. Membulat lihat Diaz.

Diaz terus senyum. Misi ke sini belum selesai. Masakan nak balik dengan tangan kosong.

"Orang tua I nak jumpa Tiara. Mereka rindu kat dia. Dia tu kan, dah macam anak mereka sendiri."

"Bullshit! You think I tak tahu macam mana orang tua you layan dia?"

Diaz tersentak. Berani Tiara beritahu Tariq! Jangan-jangan Tiara juga beritahu Tariq sebab dia kahwin dengan Tazzim. Tak guna.

Sekarang Tariq pula senyum sinis. Tembakan mengena rupanya. Dia sekadar buat andaian saja tadi. Tiba-tiba terlintas di fikiran. Tazzim dengan Diaz dulu. Adiknya begitu gilakan Diaz. Sanggup nak kahwin dengan Diaz yang lebih tua daripadanya. Dia terpaksa campur tangan. Ancam nak bekukan semua wang perbelanjaan Tazzim, hantar Tazzim tinggal dengan Grandma Fleur dan kahwinkan Tazzim dengan TJ.

"Bagaimana Tazzim boleh kenal Tiara?"

Pertanyaan serius Tariq buat Diaz kecut. Pucat. Nak nafikan atau terus terang tanpa membahayakan diri sendiri? Buat jer cerita yang you memang pakar. Macam tak biasa. Laung Cik Hati.

Diaz berdehem dahulu sebelum mula reka cerita. Jalan cerita mesti real dan munasabah. 

"I yang kenalkan mereka masa I dengan Tazzim ke UK. Sekali saja pun. Tak tahu pula mereka terus berhubung selepas itu. Masa tu, I sibuk dengan karier acting I. So, I tak ambil tahu pun pasal Tiara. Anyway, you jangan ingat wife you tu baik sangat. Hidup bebas di UK tu banyak mengubah perangai dia. Liar..."

"Enough!" Tempik Tariq.

Tak perlu nak dengar ini semua. Prisoner tu hak dia sekarang. Tahulah dia nak ajar.

"Now get out."

Sakitnya hati kena halau. Lelaki ini saja yang buat macam dia ni tikus bawa penyakit. Kalau tak smash dia, halau dia macam kucing kurap.

"Fine! Tapi papa I nak tahu bila you nak tolong syarikat dia. You dah janjikan? Masakan dah dapat Tiara, you lupa janji you pada papa I?"

"Syarikat papa you is a mess. Dia bukan business man yang baik."

Diaz kesah apa. Yang penting Tariq kena tepati janji. Tariq kena ada dalam dunia keluarga dia demi dia. Yap, demi dia! Dia akan cuba sedaya upaya dekat dengan Tariq. Peduli apa dengan Tiara. Tiara tak berhak dapat Tariq. Tiara tak berhak dapat apa-apa pun.

"I akan hantar pegawai I bantu dia. Bila pegawai I give green light baru I akan salurkan bantuan kewangan. Not before."

"Kenapa tak you saja?"

"I don't handle someone else business. Now leave."

Diaz masih tak nak gerak.

"Mama jemput you dan Tiara dinner kat rumah kita orang malam ni."

"No."

"Sekejap pun tak kan tak boleh? Papa I still ada hak atas Tiara"

"Tiara hak I saja! Now get out before I kick your ass!" Bentak Tariq.

Dia tidak akan kongsi Tiara dengan sesiapa pun. Walaupun orang itu ada kaitan kekeluargaan.

Kali ini Diaz sedar, dia kalah. Dia kena berundur dahulu. Namun dia tidak akan berputus asa. Misi dia untuk dapatkan Tariq Zayyan belum berakhir. Tengok saja apa yang dia akan lakukan.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now