Bab 47

1.9K 69 4
                                    

Bila cuti saja, Aida akan ke rumah Pak Uda jumpa Tiara. Layanan Pak Uda dan Mak Ita memang terbaik terutama dalam bab makan. Berat badan akan naik setiap kali dia ke sana dan setiap kali dia balik ke KL, dia kena ke jim. Keluarkan lemak-lemak dalam badan.

Hari ini dia berkunjung ke rumah Pak Uda dengan seseorang yang telah lama rindu Tiara. Bukan main teruja benar dari awal perjalanan lagi.

"Dah sampai. Jangan lupa, off handphone kau. Ingat janji. Orang lain tak boleh tahu di mana Tiara tinggal. Ini bukan soal pecah di mulut mahupun di perut. Ini soal kedamaian hidup Tiara Shenaaz yang harus dijaga. Lagi satu, don't ever mention about you know who dengan Tiara."

Aida tak habis mengomel. Insan di sebelah hanya dengar. Tak komen. Tak juga bantah walau sepatah perkataan pun. Yang penting dia nak jumpa Tiara.

"Assalamualaikum" 

Aida beri salam. Beg pakaian dikeluarkan. Lawatan kali ini lebih lama sebab 31 Ogos jatuh hari Isnin. Selasa dan Rabu, dia ambil cuti tahunan, Jadi lima hari untuk dia hu ha hu ha di sini. Wah, best betul!

"Wa'alaikumussalam, sayang. Masuklah. Aku kat dapur ni." Kedengaran suara Tiara.

Apa lagi, Aida terus meluru ke dapur. Insan yang dibawa turut ikut. Bau ayam goreng berempah dah menusuk hidung. Bau pembuka selera ni.

"Tiara, lihat siapa yang aku bawa. Ta raaa..."

"Rabia!" Tiara jerit gembira. Dia terus letak sudip dan peluk Rabia.

"Aik, jangan nak memandai keluarkan air mata kau tu! Aku tampar nanti."

Aida dah keluarkan peringatan pertama. Cekak pinggang mengadap Tiara.

"Iyelah aku masukkan balik, Makcik Sepahtu! Rabia apa khabar? Masih kerja kat vila? Sekarang jaga mem besar yer?"

Eh,  awal-awal dah masukkan mem besar dalam ayat.  Tiga soalan pula tu. Tak boleh jadi ni.

"Rabia, ingat jawab mana yang perlu saja." Peringatan kedua. Aida jeling dekat Rabia.

Rabia hanya senyum. Dahsyatnya Aida ini. Lebih sudu dari kuah. 

"Ni, apa kata Makcik Sepahtu sambung goreng ayam. Aku dan Rabia sembang kat ruang tamu."

"Ok. Tapi ingat, tak boleh buat drama air mata! Ingat Rabia, no-no talking about you know who."

 Makcik Sepahtu buat lagi. Peringatan ketiga keluar.

Dah, tak payah banyak sangat peringatan. Nanti pening. Tendang Cik Akal yang penat dengan tuan tanah.

"Tiara, aku nak ratah ayam goreng ni boleh?" 

Jari Aida dah ikut titian atas paha ayam. Issh menguning cantik jer dalam pinggan. Yum yum.

"Memang empat paha ayam tu untuk kau pun. Aku dah lekat sticker A I D A atas paha tu. Nampak tak?" Tiara ketawa. Rabia ikut.

"Funny!" Jerit Aida.

Hmm 4 paha. A - Sedap. I - Sedap-sedap. D - Sedap-sedap-sedap. A - Balik kepada sedap! Tersengih bukan main.

Di ruang tamu, Rabia asyik merenung wajah puan. Ya Allah, besarnya keagunganMu. Puan kehilangan Tuan Tariq tapi puan bakal menimang anak Tuan Tariq. Bagaimana reaksi Tuan Tariq kalau tuan tahu? Hairan, kenapa Tuan Tariq tidak mahu cari puan sedangkan dia tahu Tuan Tariq rindu puan.  

"Puan nampak lain. Tudung Fazura ni sesuai dengan wajah puan."

"Eh, mana Rabia tahu ini tudung Fazura?"

"Sepupu saya jadi agent tudung tu. Hari-hari posing dalam group famili kita orang."

"Wow, bagus tu. Ingat satu hari nak buat jugalah jual online ni." Jual apa? Ais krim Malaysia? 

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now