Tiara melangkah longlai. Sudah hampir lima bulan dia bekerja dengan pak long. Sepanjang masa bekerja, dia sering jadi mangsa kemarahan pak long. Kadang-kadang maki hamun pak long, buat dia menangis. Dahlah kerja setakat kerani walaupun ada kelulusan dari luar negara. Kena maki pula depan staf lain. Yang pelik, pegawai yang buat salah, dia yang kena. Apa hal?
Hai, memang tension gila! Kenapalah perangai pak long tidak seperti perangai arwah ibu? Arwah ibu seorang yang penyayang, ceria dan tabah menghadapi semua dugaan daripada Allah dengan sabar. Tidak pernah dia melihat arwah ibu melenting macam pak long.
Tapi kan, perangai mereka mana boleh sama? Bapa pun lain-lain. Pak long cuma abang tiri ibu. Kalau buat filem. Wataknya mesti, ibu baik, pak long jahat!
Tiara! Cik Akal dah mula tendang ayat. Kan ibu kamu pernah pesan berkali-kali jangan buat andaian begitu? Kamu kena hormat pak long. Kena sayang pak long. Kalau, ibu kamu boleh terima dan sabar dengan perangai pak long kamu, kenapa kamu tidak? Dah besar kepala?
Taklah. Dia bukan tak sayang pak long. Sayang gila. Tapi, diakan manusia biasa. Sakit hati bila asyik kena hentam. Iyalah, walaupun syarikat pak long sekarang menghadapi masalah kewangan, itu tidak bermakna pak long kena naik angin tidak tentu pasal. Cubalah cari jalan penyelesaian dengan bijak. Ini tidak, asyik nak mengamuk muntahkan lahar saja. Masalahnya, dia yang jadi mangsa kemarahan. Jadi dialah yang selalu kena banyak bersabar. Agaknya tahap kesabaran sudah membolehkan dia dapat lagi satu sarjana dalam bidang itu. Entah-entah boleh dapat master bila digabungkan dengan perangai buruk mak long dalam syllabus.
Mak long, lagi satu virus pembunuh jiwa. Sindiran mak long lebih tajam daripada pisau belit. Setiap kali bila bertemu dengan mak long, mesti ada hirisan baru di hatinya. Kadang-kadang luka lama pun belum sembuh, sudah muncul luka baru.
Seperti semalam, bukan mainlah dia teruja buatkan kek keju raspberi sempena hari lahir mak long. Malangnya boleh pula mak long kata dia tak makan kek murah macam tu. Wheoi raspberi dengan keju kot! Mahalkan? Dihias pula dengan buah raspberi segar. Perit dan pedih jiwa dibuatnya.
Lebih parah jiwa lagi bila jam tangan yang dia hadiahkan mak long, mak long boleh bagi dekat pembantu rumah mak long. Depan muka dia mak long dengan sinis kata jam tepi jalan, dia tak pakai. Masalahnya jam tu bukan dia beli tepi jalan. Dia dapatkan di Amanda. Mahal. Yalah mungkin bagi mak long harga sebuah jam yang harga tiga angka itu seperti jam tepi jalan tapi baginya harga jam tu tiga perempat daripada gaji bulanannya. Boleh sakit jiwa dengan perangai mak long. Tapi itulah, dia terima, oops terpaksa terima.
Teringat semasa dia mula-mula jejak kaki di rumah pak long selepas pulang dari luar negara. Mak long bagai dah atur rancangan untuk menyingkirkannya. Perkataan – bagai dalam ayat tadi, macam tak kena. Sebetulnya harus diganti dengan perkataan memang jelas dan nyata, mak long buat rancangan penyingkiran. Semua perkataan sinonim dengan perkataan bodoh, keluar dari mulut mak long. Sumpah seranah mak long seperti kaset lama yang dimainkan berulang kali. Akhirnya, dia terpaksa keluar dari rumah banglo pak long. Dah tak tahan. Bagi mak long menang. Dia kalah.
Kak Diaz pula, asyik sibuk dengan shooting. Daripada satu drama bersiri ke satu drama bersiri yang lain. Dunia glamor Kak Diaz memang tengah lip lap lip lap. Kak Diaz, artis terhangat di pasaran. Nasib baik, berkat kesabaran dan usaha, dia dapat juga berjumpa dengan Kak Diaz. Masa tu, Kak Diaz tengah shooting di KLCC. Berjam-jam dia tunggu. Al-maklum tidak boleh ganggu Kak Diaz masa shooting.
"Kak Diaz senang-senang break dengan Tazzim. Tak beritahu saya pun. Habis-habis saya yang terikat. Saya yang terima padahnya."
Rungut Tiara sebaik saja berpeluang bercakap dengan Kak Diaz
Ish, apa yang sepupu sengal ni merepek! Diaz tak faham. Tazzim? Errr Tazzim mana yer? Oh ya, Tazzim yang dulu tergila-gilakannya. Dia sendiri yang break dengan Tazzim sebab tidak tahan dengan perangai cemburu Tazzim. Dah tu, nak kontrol hidupnya. Kalau dia terus melekat dengan Tazzim, alamat kariernya tidak ke mana.
Oops baru dia teringat yang Tiara, isteri Tazzim. Sebab desakkan dia, Tiara dan Tazzim berkahwin. Eh, bukan sebab dia! Sebab, Tariq Zayyan. Jadi, Tariq Zayyan yang bersalah dalam hal ini. Tariq Zayyan... dia mula rindu lelaki itu. Terus terang, sudah ramai lelaki dia kenal tapi tidak sama dengan Tariq Zayyan. Tariq Zayyan ada tarikan tersendiri. Tarikan cinta.
Issh, Kak Diaz ni, orang tengah tension, dia boleh muka blur entah apa-apa.
"Kak Diaz!"
"Issh, kau nak suruh aku buat apa? Itukan jodoh kau. Terima sajalah."
Terima? Kak Diaz tak tahu pasal Tazzim? Atau, Kak Diaz memang tak ambil tahu langsung selepas mereka break? Tapi mereka bercinta, kan? Orang bercinta, mustahil boleh buang perasaan tu macam tu saja? Pelik. Tapi, Kak Diaz memang pakar dalam bab buang membuang ni. Bukan mengata. Tapi realiti. Dari zaman sekolah hinggalah ke zaman kolej, episode bercinta dan putus cinta dah biasa bagi Kak Diaz. Kak Diaz main cinta dengan ramai lelaki. Yang kacak-kacak pula tu. Tapi, bila Kak Diaz dah bosan dengan mereka atau nampak lelaki yang lebih menarik perhatiannya, mulalah Kak Diaz buat perangai. Bab nak break, no problem. Tak ada maknanya, cinta hingga ke hujung nyawa.
Sebab itulah dia tidak mahu menapak dalam dunia cinta. Kak Diaz contoh yang terbaik. Stay away from love. Tapi, siapalah nak bercinta dengan dia? Kahwin pun, bukan sebab cinta. Tazzim, masa hidup pun, tak mahu dekat dengan dia. Nasib badan...
Dahlah, balik kepada cerita.
"Kak Diaz tahu tak Tazzim dah meninggal dunia?"
"Haa..."
Tergamam Diaz. Sumpah dia tak tahu. Kenapa tidak ada berita tentang kematian Tazzim? Tazzimkan boleh tahan glamor? Ini mesti kerja Riq. Dia memang tak suka publisiti.
"Meninggal sebab apa?"
"Apa yang Tiara tahu, dia terjatuh semasa main ski di Meribei, France. Terus koma dan beberapa hari kemudian dia meninggal dunia."
"O..." Itu saja ngomel Diaz.
Fikirannya melayang ingatkan Tazzim. Tidak dinafikan jauh di sudut hati dia sayang Tazzim. Sayang bukan cinta. Bagi dia, erti sayang itu mencakupi, hari ini ada, esok tak ada pun tak ada hal. Tapi istilah cinta, lain. Mesti ada, begitu istimewa dan membahagiakan. Jadi, cintanya, kalau adapun perasaan itu, hanya milik Tariq Zayyan. Satu-satunya lelaki yang menolak godaannya. Ish, ingatkan Tariq hanya buat dia marah.
"Yang kau nak tension ni buat apa? Keluarga Tazzim tak kan ganggu kaulah. Dah, Kak Diaz tak nak cakap pasal Tazzim lagi. Orang dah tak ada, tak perlu nak bangkitkan. Tutup kes."
Bolehkah tutup kes macam tu saja? Boleh. Aah tak boleh! Bolehlah selagi bayangan Tariq Zayyan tak masuk lagi dalam dunia Tiara Sheenaz! Jadi, boleh dia beritahu Kak Diaz pasal pertemuan dia dengan Tariq Zayyan? Campur sikit bab ugutan membunuh?
Ah, buang masa saja beritahu Kak Diaz. Tengoklah, Kak Diaz tak tanya pun macam mana dia tahu tentang kematian Tazzim. Kak Diaz bukan kesah pun. Ibarat kata orang putih, out of sight, out of mind.
"Ingat Tiara, kes perkahwinan Tiara dengan Tazzim dah tutup. Jangan sibuk nak besarkan terutama dekat papa dan mama."
Yap tutup kes dia dengan Tazzim. Sekarang masa untuk mengadap pak long.
Jika hanya Tiara tahu, kes baru bermula...
YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Любовные романы"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...