Bab 24

1.6K 71 1
                                    


"Bienvenue."

Ujar seorang wanita Perancis sambil memeluk Tariq Zayyan. Bukan main suka suami sambut. Boleh berlaga pipi lagi.

Terbakar mata Tiara melihat. Lagi sekali dia jadi saksi suami dalam pelukan mesra wanita yang dia tidak kenal. Siapa pula kali ini? Ah, pedulikan! Dosa suami, suami tanggung. Lagipun, suami pun tak kesah dengan perasaan dia. Berjam-jam duduk berdua dalam kereta, satu perkataan pun suami tidak keluarkan. Memandu dengan muka ketat. Laju pula tu hinggakan mereka tinggalkan kereta Idlan jauh ke belakang. Tariq pandu kereta Citroen C3. Elaina kata kereta itu kepunyaan Tariq. Elaina akan guna kalau Tariq tidak ada. Idlan bawa kereta Peugeot.

"Bella, ma femme, Tiara."

Tariq perkenalkan dengan tangan diseluk ke dalam kocek seluar. Toleh lihat muka polos isteri.

Kata-kata Elaina masih berligar di kepala. 'She loves you, Riq.' Love me? Elaina, you're dead wrong. She can't even't admid she loves Tazzim. She don't have a heart to love any man. Femme stupide! Desis Tariq dalam bahasa mamanya.

"Elle est belle. Riq." Balas Bella. Senyum lebar.

Issh, cakap bahasa English boleh tak? Tiara gumam di dalam hati.

"Bella kata awak cantik." Spontan Tariq tarik muka ketat. Dah pakar tukar riak muka. Huh!

Tiara terkesima. Betulkah cantik atau Tariq sengaja nak sindir muka dia?

"Err... dia siapa?"

"Cousin saya. Senyum dan peluk dia. Jangan nak jadi isteri kayu kat sini!"

Smash Tariq sebelum berjalan ke kereta untuk mengambil beg pakaian mereka.

Isteri kayu macam mana nak senyum? Tiara cebik. Dia terpaksa juga ukir senyuman. Tak payah peluk.

"Please call me Bella and, can I call you, Tiara?" tanya Bella.

Alhamdulillah, boleh pun bertutur dalam bahasa yang dia faham.

"Of course you can. Nice meeting you, Bella."

Umur Bella mungkin dalam lingkungan 30an. Raut wajahnya tidak jauh beza daripada wajah Elaina. Cuma penampilan Bella lebih anggun dan badannya langsing. Dalam kata lain perfect 10. Rambut perang disanggul rapi. Solekan sesuai dengan wajah. Eh, macam sesuai benar dengan Mr Tyrant. Ibarat cincin dengan permata. Tapi, kalau Mr Tyrant dengan Tiara Shenaaz, ibarat tanduk bersendi gading.

"I hope you like our French country house. Do come in Tiara." Pelawa Bella.

Wow, daripada pandangan luar, reka bentuk rumah dua tingkat ini masih mengekalkan gaya tradisional Eropah dengan pemilihan batu bata, stuko yang unik, tingkap pelbagai panel yang indah dan bumbung mansard. Tapi di dalam rumah, dekorasinya lebih kepada gaya kontemporari moden dengan gabungan warna putih, biru dan kuning air.

Tariq masuk dengan beg. Diletak di tepi tangga. Tanpa mempedulikan Tiara, dia raih lengan Bella dan bawa Bella naik atas.

Ternganga Sang Isteri. Apa hal tu? Boleh pula tinggal isteri terkapa-kapa sorang-sorang kat bawah ni. Sengaja nak sakitkan hati. Eeeee geramnya.

Nasib baik beberapa minit kemudian Elaina, Id dan Adele masuk.

"Where's everybody?" Tanya Elaina. Mulut masih mengunyah kacang gajus.

"Here, love." Ngomel Bella sambil menuruhi anak-anak tangga. Tariq tidak kelihatan.

"Hi, sweetheart," Elaina peluk Bella mesra. "My dear cousin, I'm hungry. Anything to eat?"

Idlan geleng. Lapar lagi? Dalam kereta tadi, bukan main isterinya melantak makanan yang mereka buat bekal. Hairan. Dulu mengandungkan Adele, macam ini lah perangai isteri. Eh, sekejap. Elaina mengandungkah?

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now