Bab 2

1.4K 158 0
                                    

Telefon di tangan bergetar. Bukan sebab ada panggilan masuk tapi sebab tangan aku tak berhenti bergegar macam orang kena sawan. Mana tak bergegar bila kelas mula lima belas minit lagi tapi aku masih tak jumpa dewan kuliah kat mana. Abel pula, awal pagi dah hilangkan diri entah ke mana. Semangat betul nak masuk kelas agaknya sampaikan sampai hati tinggalkan aku.

"Aduh mampuslah aku! Kelas dah nak start ni. Kelas kat mana?" Rengekku perlahan.

Masa-masa macam ni, tipulah kalau kata air mata tak bertakung di tubir mata. Dah nak jatuh berlinangan dah pun. Nasib baiklah aku masih sedar aku berada di depan khalayak ramai. Mesti malu kalau ramai yang nampak aku menangis kat sini. Tahan jelah Em...

Tiba-tiba, bahuku dicuit perlahan. Aku menoleh pantas ke belakang. Seorang jejaka memakai pas pelajar yang digantung pada lehernya berhadapan denganku. Menyedari jarak di antara kami terlalu rapat, dia berundur dua tapak ke belakang. Mengurut tengkuk sambil berdehem kecil.

"Er... awak sesat ke?" Soalnya.

Tanpa segan silu aku mengangguk laju. Sepertinya dia sedikit terhibur dengan jawapanku. Tidak dapat menahan diri daripada tersenyum kecil.

"Awak nak pergi mana?" Soalnya lagi.

Aku memberitahunya aku mencari dewan kuliah di mana kelas pertama pelajar baharu TESL (Teaching English as Second Language) akan diadakan. Mungkin kerana sudah lama bersekolah di situ, dia dengan mudahnya memberi penjelasan kepadaku. Teliti bukan main lagi. Tiang lampu, pokok bunga dengan warna bangunan lagi, semua dia siap hafal.

"Thank you!" Ucapku, barulah dapat menghembus nafas lega.

Dia sekadar membalas dengan anggukan. Tanpa berlengah lagi, aku mengangkat kaki pergi dari situ.

+

Alhamdulillah, kelas untuk hari ini sampai ke penghujungnya. Walaupun pagi tadi aku kelam-kabut, sesat pula tu, semuanya tetap berjalan dengan baik. Memandangkan aku dah tahu sedikit selok-belok di sini, lain kali tak adalah sesat lagi.

Dewan dipenuhi dengan bisikan. Mungkin kerana pensyarah belum meninggalkan dewan, semua terpaksa memperlahankan suara mereka. Sementara Abel berbual dengan kawan baharunya yang duduk di barisan belakang kami, aku mengemas buku nota dan alatan menulis. Bersedia untuk meninggalkan kelas tanpa ada apa-apa yang tercicir.

Tuk, tuk!

Mejaku diketuk perlahan. Aku mencodak. Bertatapan dengan jejaka berkaca mata yang menyengih ke arahku. Aku tidak dapat menahan diri daripada terkebil-kebil. Keliru dengan situasi itu.

"Hai." Sapanya.

"H-hai."

Aku memandang sekilas Abel yang duduk di sebelahku. Perbualannya dengan rakan sekelas di belakang kami terhenti sebaik sahaja jejaka berkaca mata itu berhenti di hadapanku. Akan tetapi, Abel tidak kelihatan keliru mahupun hairan sepertiku. Sebaliknya, dia menahan senyum.

"I Imran." Jejaka tadi memperkenalkan diri. "You?"

"Emilia." Jawabku.

"Oh, Emilia!" Dia mengangguk. "So, nak panggil apa ni? Nak panggil Em ke panggil sayang?"

"Hah?!" Aku mengerutkan dahi.

Apa benda pula dia merepek ni? Tiba-tiba nak panggil orang Sayang. Buang tabiat ke apa? Ini mesti saja nak kenakan aku.

"Janganlah terkejut sangat. I gurau aje." Katanya sebelum menyambung, "I nak minta number you boleh?"

"Nak buat apa?"

"Alah! Saja je nak berkawan. Tak boleh ke?"

"Oh." Aku berfikir sejenak.

"Kalau ada apa-apa, class cancel ke, I boleh beritahu you. So you tak adalah risau sangat." Sambungnya lagi, seakan ingin meyakinkanku.

"Kalau macam tu, awak inform kat group ajelah. Nanti saya baca." Aku bingkas bangun. "Abel. Jom."

Aku dan Abel segera meninggalkan dewan kuliah. Sepanjang perjalanan ke luar, aku tak habis mempertimbangkan semula jawapanku kepada Imran. Tak apa ke aku jawab macam tu kat dia? Macam mana kalau niat dia betul nak berkawan, bukan sengaja nak kenakan aku? Kalau macam tu, aku kenalah minta maafkan?

"Haih, bestnya jadi kau! Baru first day, sudah famous!" Getus Abel.

"Aku... famous?" Aku menghentikan langkahku.

"Iyalah! Kau tidak nampakkah tadi berapa ramai lelaki beriya mau berkenalan dengan kau?"

"Nak berkenalan dengan aku?"

Abel mengangguk.

"Tapi... kenapa? Kenapa pula ramai yang nak berkenalan dengan aku?" Alisku bertaup.

"Sebab kau cantiklah! Duh!" Abel mengipas rambutnya. "Lelaki. Pantang nampak perempuan cantik. Terus ada love-love di mata."

"Aku... A-aku cantik?" Aku tertunduk. "Aku cantik?"

"Eh, sudah tau tanya lagi!"

Abel menyuakan cermin kecil yang dia bawa ke mana-mana di dalam begnya. Aku bertentang mata dengan diri sendiri. Perlahan-lahan, mendongak semula. Mata tak putus memandang wajah sendiri yang terpantul pada cermin.

Betul ke aku cantik?

Bukk!

Bahuku dilanggar kuat. Cermin Abel terlepas dari tanganku. Jatuh menyembah lantai menjadi serpihan kaca.

"S-sorry!" Pohon maaf yang melanggar bahuku. "Sorry, sorry! I tak sengaja! Sorry!" Ulangnya.

Aku mendongak akhirnya. Dan—

"Arasy?"

Lututku terasa lemah. Terlalu lemah untuk menampung berat sendiri. Tarikan graviti seakan sepuluh kali ganda lebih kuat. Ingin rebah di situ jua.

"Sorry. You... kenal I?"

Dia memandangku penuh tanda tanya.

OxytocinWhere stories live. Discover now