Langkahku terhenti lima meter dari seorang jejaka yang menoleh ke kiri dan ke kanan, mencari seseorang. Senyuman merekah melihat betapa gemuruhnya dia. Dalam masa yang sama, terasa suatu perasan yang tiada kata mampu zahirkan.
Tanpa aku sedari, aku turut menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari seseorang yang tiada di sini. Meskipun aku sudah menjangka ketiadaannya, hati tetap merasa hampa dengan kenyataan.
Dahlah Em. Buat apa nak cari dia?
"Arasy." Aku menepuk bahunya perlahan.
Dia berpaling laju ke belakang. Tersenyum lega setelah melihatku berdiri di hadapannya. Namun apabila menyedari pakaian yang aku kenakan ke festival ini, senyumannya jatuh.
"Sorry. Aku... tak biasalah pakai dress. It's just—not my style." Jelasku.
Berjam-jam aku duduk di hadapan cermin dalam gaun yang dipinjamkan oleh Abel, memikirkan sama ada aku patut menggembirakan hati Arasy dengan memakainya atau tidak.
Aku terlupa, aku sepatutnya mendahulukan diri dalam semua perkara. Lalu mengapa harus mengubah caraku semata-mata untuk Arasy? Lagi pula... gaun tadi terasa tidak selesa dipakai ke Festival Kebudayaan.
"It's okay. Pakai t-shirt dengan jeans macam ni pun, you're still pretty." Kata Arasy, menyembunyikan harapannya yang punah.
Cantik.
Ini kali pertama Arasy menjelaskan aku dengan kata sifat itu.
+
Malam riuh-rendah dengan sorakan daripada siswa dan siswi yang hadir sebagai penonton malam ini. Ramai yang telah membuat persembahannya. Akhirnya, Festival Kebudayaan tahun ini sampai ke kemuncaknya.
"Firework belum start lagi. Rasanya dalam lima minit lagi kut. Kau nak apa-apa tak? Air ke?"
"Boleh juga."
"Tunggu sini tahu? Aku pergi beli kejap."
"Hm."
Arasy bangun dari picnic blanket yang dijadikan alas tempat melabuhkan punggung. Kaki yang bersila aku tarik mendekati lutut. Melepaskan keluhan panjang.
Sambutan cukup meriah. Persembahan kebudayaan juga cukup mengujakan. Tapi kerana terasa seperti ada sesuatu—atau seseorang yang kurang, aku tidak dapat bersorak sama seperti yang lain.
"Emilia."
"Hanif?!"
"Hai." Dia melambai seraya tertawa kecil.
Aku bingkas bangun. Senyum sampai ke telinga. Tidak pun berusaha untuk menyembunyikan betap senangnya hati melihat dia di hadapanku.
"Awak buat apa kat sini? Awak datang seorang aje ke? Dah lama ke kat sini?" Aku menyerangnya dengan soalan bertubi-tubi.
Hanif tertawa lagi. "Tanya satu persatu boleh tak?" Pintanya.
"Awak buat apa kat sini?"
"Tadi kat makmal. Tengah siapkan thesis. Keluar kejap nak ambil ingat. Teringat pula awak ada kat festival ni."
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...