Bab 30

928 128 2
                                    

Mulut berbuih. Perisa pudina menyerang lidah. Sengaja memperlahankan pergerakan berus gigi. Mahu mengekalkan rasa berangin di dalam mulut lebih lama.

Lagu I Miss You nyanyian kumpulan Westlife terjeda buat sesaat sebelum tersambung semula. Tanganku mencapai telefon yang terletak pada rak syampu. Mahu memeriksa pesanan ringkas yang baru aku terima.

Good morning – Arasy

Nak acah sweet ke ni? Siap wish good morning.

Morning – Emilia

Ibu jari menarik ruang pemberitahuan. Kosong.

Ruang pemberitahuan ditutup semula dan ruang bual bersama Hanif aku tekan. Tiada apa-apa mesej terbaharu. Kali terakhir aku menerima pesanan ringkas daripadanya, tiga hari yang lalu.

"Dia tak nak wish good morning kat aku juga ke?"

"Abang Anep tidak wish morning ke tuuuu?" Abel muncul di hadapan pintu bilik air yang terbuka luas.

"Diamlah."

"Terlalu cepat untuk dirikuuuu. Terlalu sakit untuk melepasmuuu. Namun ku tak bisa lagi tuk bersama. Ku tak mahu menjadi yang keduaaaa." Suara sumbangnya dijadikan penggera penghuni dorm pagi itu.

Aku mencerlungnya tajam. Dia berhenti sejenak. Lima saat kemudian...

"Di manakah perasaanmu? Sakit hatiku bila ingat kamuuuu!"

"Abel!"

+

Bagai mimpi jadi kenyataan;

Con Cafe? – Hanif

Sangkaku, dia mahu berbual sambil menikmati sepotong kek baldu merah keju. Lain pula yang terjadi. Dia malahan sibuk dengan tugasannya. Mata hanya melekat pada skrin komputer riba dan jari tidak henti mengetik abjad pada papan kekunci.

Tak dapat borak, tak apalah. Dapat duduk semeja macam ni pun, dah cukup.

Bosan melayari internet, aku mengeluarkan sebuah novel yang baru aku beli minggu lalu semasa karnival buku diadakan. Masih berbungkus lagi.

Kuku yang telah aku ketip petang kelmarin aku renung lama. Tertanya sama ada dapat mengoyakkan pembungkus atau tidak. Malas mencuba, aku mencapai garpu yang belum digunakan. Mencucuk bucu pembungkus berkali-kali agar berlubang.

Senang sikit nak carik.

Alih-alih, Hanif merampas novel di tanganku. Cutter dari dalam beg dikeluarkan. Membuka pembungkus dengan mudah sebelum dikembalikan kepadaku yang sudah menyengih malu.

Mesti dia rasa aku ni mengganggu dia ajekan? Buat dia tak boleh fokus. Sebab itulah dia tolong bukakan pembungkus tu.

"Nanti luka."

"Hah?" Aku mencodak semula.

"Cucuk-cucuk macam tu, nanti tercucuk tangan sendiri, macam mana?" Nyata Hanif. Tegas tetapi nadanya lemah-lembut.

Dia tolong... sebab takut aku terluka?

"Oh."

Dia risau aku terluka? Risau? Bimbang? Worry?

OxytocinWhere stories live. Discover now