Bab 5

1.1K 136 4
                                    

Double date di kafe tidak berjalan lancar seperti yang Hannah harapkan. Aku diam seribu bahasa, jejaka bernama Hanif Ayman itu juga sama. Aku memang tak biasa berbual dengan orang yang aku baru kenal, dia pula mungkin memang pendiam orangnya.

          Walaupun dia pendiam, tak lokek senyuman langsung. Setiap kali pandangan mata kami bertemu, senyuman dihadiahkan kepadaku. Tipulah kalau aku kata hati ni tak cair. Aku pun manusia juga. Manusiakan suka tengok benda yang manis dan cantik?

          Tapi... cukup sampai situ saja. Hanya kagum dan terpegun dengan wajahnya. Bab-bab jatuh suka ni, jauh lagi kut. Boleh dikatakan mustahil. Bukan sebab standard aku lagi tinggi, tapi sedar diri. Kalau aku jatuh suka sekalipun, bukannya perasaan tu berbalas. Entah-entah, dia dah berkenan kat orang lain. Datang sini pun sebab Sufyan, sepupu dia pujuk.

          Akhirnya, Hannah dan Sufyan mengajak kami menonton wayang. Muncung sedepa bibir Hannah setelah mengetahui tiada filem bergenre romantik ditayangkan hari itu. Aku pula, diam-diam mengeluh lega. Mahu tak kekok kalau terpaksa duduk sebelah Hanif, tonton filem romantik?

          "So? Macam mana? Okay tak?" Tanya Hannah.

          Sementara Hanif dan Sufyan membeli tiket, aku dan Hannah duduk semeja. Berhadapan dengan confectionary stand.

          "Hah?"

          "Alah, Aneplah! Okay tak?"

          "Oh." Aku berdehem. "O-okay... kut."

          "Kau tahu tak berapa ramai yang nak keluar dengan dia? Nasib baik aku pilih kau." Ujar Hannah.

          "Haa, itu aku nak tanya kau ni! Yang kau ajak aku kenapa? Macam tak ada orang lain aje yang kau boleh ajak. Ajaklah Abel ke, kawan-kawan kau yang lain ke? Kau pun bukannya tak ada ramai kawan." Suara sengaja aku perlahankan.

          "Sebab—" Hannah memeluk tubuh. "Dah kau yang paling cantik. Mestilah aku nak kenankan kau dengan dia! Sama cantik, sama pandan. Eh, pandan pula!" Dahi ditepuk.

          Cantik...

          Perkataan tu lagi.

          "Haa, kenapa termenung? Dah mula fikir pasal masa depan dengan Abang Hanif awak ke sayang oii?"

          "Isy, mana adalah!" Aku menjelingnya.

          Hanif dan Sufyan kembali ke meja dengan bertih jagung dan minuman berkarbonat untuk kami. Hanif dengan selamba menarik kerusi dan duduk di sebelahku. M-mestilah dia duduk s-sebelah aku. Takkan nak duduk sebelah girlfriend sepupu dia pulakan?

          "Nah!" Dia menyorong bertih jagung dan minuman Coca-Cola mendekatiku.

          Aku tunduk sejenak memandang bertih jagung yang memenuhi mangkuk gergasi itu sebelum memandangnya semula. Melihatku menatapnya, dia menguntumkan senyuman polos.

          Haih, dia senyum lagi! Boleh meletup jantung aku macam ni!

          "Eh, kejap, kejap, kejap! Jangan bergerak!" Hannah bersuara.

           "Kenapa—"

           "Jangan toleh sini!" Larangnya keras.

           Aku terus menalakan pandangan ke wajah Hanif. Dia turut melakukan yang sama. Tiba-tiba, dia menjongketkan keningnya. Sama-sama hairan mengapa Hannah menyuruh kami pegun dalam keadaan begitu. Saling bertatapan.

          "Satu... dua... tiga!"

          Aku lantas menoleh. Anak mata bundar melihat Hannah mengambil gambar kami. Sufyan menggelengkan kepalanya, tertawa kecil sementara Hannah pula teruja melihat gambar yang ditangkapnya.

OxytocinWhere stories live. Discover now