Tiga tahun kemudian...
Semester terakhir mendekati penghujungnya. Sejak aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur, banyak kejutan yang mencurahi hidup. Ada yang keruh, ada juga yang jernih. Tapi... setiap satunya mengajar aku erti bersyukur.
"Tengok apa?" Tanya Abel.
Aku terus merenung meja bersebelahan jendela di Con Cafe. Mengimbas hari-hari Hanif di sisi. Hujung bibir menjongket. Tersenyum... kelat setiap kali memori yang sudah lama berlalu itu menyapa benak.
"Rindu diakah?" Tanya Abel lagi.
Aku berpaling dari meja ke arah Abel. "Jom."
Abel tidak memaksaku untuk menjawab soalannya. Akur dan berjalan seiringan denganku meninggalkan kafe. Alih-alih, sebuah kereta berhenti di hadapan kami.
"Untunglah hari-hari kena jemput. Naik Ferrari lagi tu!" Abel mengeluh panjang. "Satu hilang, satu datang. Haih!"
Aku tertawa mendengar komen Abel.
Pintu pemandu Ferrari Portofino segelap langit malam itu dibuka. Seorang jejaka melangkah keluar. Kemeja kelabu tersarung di badan. Lengan kemeja pula digulung hingga ke siku.
Baru pulang kerja agaknya.
Aku membalas senyuman manisnya.
+
Tempoh tiga tahun berlalu pantas. Alangkah indahnya jika aku memiliki alat kawalan untuk mengawal masa. Bukan untuk kembali ke masa lalu tetapi cukup untuk memperlahankan masa yang amat berharga.
Dalam tempoh tiga tahun, aku bukanlah satu-satunya yang berubah. Abel, Hannah dan semua yang pernah muncul dalam hidupku walau untuk seketika, semuanya turut sama berubah.
Abel yang pernah bersikap pesimis terhadap cinta menjadi pertama yang bergelar tunang orang di antara kami bertiga. Tunang Abang Askar pula tu! Walaupun seorang kat Semenanjung, seorang lagi kat Sarawak, hubungan lancar aje. Jarang sangat aku nampak diorang bergaduh. Gaduh-gaduh manja, adalah. Februari tahun depan pun dah nak naik pelamin.
Hubungan Hannah dan Pian yang retak pula lama-kelamaan semakin baik. Tetapi kedua-duanya tidak lebih dari sekadar kawan. Sekali-sekala, ikut juga duduk lepak bersama.
Dengar cerita, Pian dah nak masuk meminang girlfriend dia. Mula-mula, Hannah sedih juga tapi alhamdulillah, dia dapat terima kenyataan. Tapi aku tak rasa dia sedia nak buka hati dia untuk orang lain dalam masa terdekat ni.
Sejak hari tu, aku dengan Arasy tak berhubung lagi. Tapi kata Hannah, Arasy dah jadi pelatih dalam syarikat besar. Eloklah tu.
Dan Hanif pula—
"Nah!" Setin Coca-Cola yang sudah dibuka dihulurkan kepadaku.
Dan Hanif pula masih ada di sampingku.
"Thank you!" Aku mengambil minuman berkarbonat itu dari tangannya dan meneguk sedikit. "Ah, cantiknya pemandangan kat sini! Kan seronok kalau ada rumah kat sini. Boleh tengok hari-hari."
Hanif membawaku ke sebuah perumahan yang terletak di atas bukit. Memberi akses kepada pemandangan luas Bandaraya Kuala Lumpur dan juga langit tangerine dan violet yang estetik.
"Nak rumah yang mana satu? Saya belikan."
Aku menjelingnya. "Mentang-mentanglah dia poket tebal."
Hanif tertawa.
"Em."
"Hm?"
"Awak pernah beritahu saya yang awak nak jadi lego."
Aku mengangguk.
"Awak suka lego, saya pun suka lego. Apa kata... kita bina masjid bersama?"
YA ALLAH JANTUNG AKU NAK MELETUP!
HANIF, HANIF! PICKUPLINE DIA DARI DULU SAMPAI SEKARANG, TAK PERNAH TAK MENJADI!
HAIH, UNTUNGNYA DAPAT JEJAKA MACAM NI!
"Dua bulan lagi awak dah graduatekan? So, apa kata setahun lepas awak start kerja?" Hanif tersenyum manis. "Nak?"
GILER TAK NAK! MESTILAH NAKKKKKK!
![](https://img.wattpad.com/cover/197635715-288-k827638.jpg)
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...