Bab 1

2.3K 175 4
                                    

Suasana di taman rekreasi berhampiran dormitori pelajar yang mengambil TESL agak lenggang. Ramai yang terperuk di dalam bilik. Ada yang terlalu gemuruh kerana kelas bermula esok dan ada juga yang belum selesai mengemas barangan peribadi mereka. Sementara itu, aku dan rakan sebilikku, Abel bersiar-siar di taman. Itu pun, selepas hampir sejam dia memujukku.

          Umi tak habis menelefonku setibanya aku di kampus kelmarin. Risau tiada sesiapa sudi berkawan denganku sebab tak dapat hadir orentasi katanya. Alah, nak cari kawan tak semestinya masa orentasi je. Ada je yang terlebih peramah, yang selalu buka langkah dulu. Contohnya Abel yang dalam tidur pun dia mengigau perkenalkan diri sendiri.

          Ada kawan mulut pot-pet macam ni, sekurang-kurangnya tak adalah aku sunyi sangat. Seronok juga tinggal pasang telinga je. Kalau dia tanya, aku angguk atau geleng je. Lepas tu dia sambung cerita dia dengan beriya bukan main lagi. Orang Sabah memang peramah eh?

          "Tapikan Em, kau rasa adakah budak TESL yang muka ala-ala Zayn Malik?" Tanya Abel.

          "Zayn Malik?"

          "Alah! Muka yang macam ada mix Pakistan, mix Arab! Haih, kalau betullah ada—" Abel tidak menghabiskan ayatnya. Matanya membundar. Tangan memegang perut. Giginya berlaga, menggigil. "Aduh, Em! Memulas pula perutku ni! Kenapa tiba-tiba—" Dia mengetap gigi.

          "Kau okay tak ni? Nak pergi toilet ke?"

          "K-kau t-tunggu sini! A-aku pergi 'melabur' dulu." Katanya tergagap-gagap. "Cilaka betul tau perut ni! Tidak ngam betul timingnya!" Mulutnya terkumat-kamit sambil berlari anak ke arah Tandas Awam.

          Tawaku pecah. Menggelengkan kepala. Selain daripada sikapnya yang ramah, Abel juga ada satu lagi bakat semulajadi. Buat lawak tanpa niat. Semua yang keluar dari mulut dia, semua gerak-gerinya pasti mengundang tawa sesiapa saja.

          Hampir sepuluh minit berlalu, batang hidung Abel masih belum kelihatan. Lama sangat duduk dalam tandas ni, keluarkan 'stok' yang dah simpan seminggu ke apa? Abel, Abel.

          Hari menghampiri senja. Matahari yang kian tenggelam memancarkan cahaya terakhirnya. Aku mengecilkan mata. Kesilauan cahaya membutakan. Tambahan pula aku tidak memakai kaca mata khas untuk rabun silau milikku.

          Tangan aku angkat. Menghalang cahaya matahari daripada masuk ke dalam mata. Tiba-tiba, bayang hitam menghalang berhenti sejajar dengan bayangku. Sinaran matahari tidak lagi mengenaku dan perlahan-lahan, tangan aku turunkan.

          Berdiri dengan jarak kurang daripada lima meter dari tempat aku berada, seorang jejaka berhud kelabu. Dia tunduk memandang tali kasut yang ikatannya terlerai. Seraya mengeluh, dia merendahkan badan. Mengikat tali kasutnya.

          Aku menegur liur. Memandang sekeliling dengan kekok. Banyak-banyak tempat dia boleh berhenti ikat tali kasut, kenapa kat depan aku juga?

          Dia bingkas bangun setelah mengikat tali kasutnya dengan kuat agar tidak terlerai lagi. Hud kepala yang menutup wajahnya tertanggal. Mendedahkan wajahnya.

          Alisnya lebat. Warna hazel matanya jelas kelihatan dek terkena sinar matahari. Hidungnya mancung dan rahangnya tajam. Pipinya agak cekung dan tona kulitnya pula, tidak terlalu cerah tetapi tidak juga menghampiri kulit sawo matang.

          Alih-alih, dia menoleh ke sisi. Menangkapku yang sedar, tak sedar, merenungnya lama. Sekali lagi, aku meneguk liur. Tertunduk dek malu. Mungkin dia juga merasakan hal yang sama kerana dia menarik semula hudnya. Menyembunyikan pipi berona merahnya. Sambil berdehem, dia meneruskan lariannya.

          "Oh my Gucci!"

          Pap! Tamparan Abel hinggap di lenganku. Entah sejak bila dia berdiri di sampingku pun, aku tak perasan.

          "Ya Tuhan! Terima kasih kerana mengabulkan doa saya! Tidak dapat Zayn Malik, kembar Zayn Malik pun jadilah!" Getus Abel sambil meletakkan tangannya pada dada. Angau.

          Aku menalakan pandangan ke arahnya semula. Jejaka yang berjoging mengelilingi taman. Wajah seseorang menerpa ke mindaku.

Tiga Tahun Lalu...

          Aku bersembunyi di sebalik semak-samun. Takut dia melihatku yang curi-curi datang ke taman semata-mata ingin melihat dia bersenam. Itulah rutin harianku sejak empat tahun yang lalu. Tepat pukul lima petang, aku akan ke taman.

          "Rasy!" Laung seseorang.

          Dia lantas menghentikan lariannya. Menoleh ke arah sekumpulan budak lelaki yang duduk di tengah gelanggang futsal.

          "Tak nak join ke?" Tanya salah seorang daripada mereka.

           Arasy menggaru kepala. Tabiat yang secara tak sedar dia lakukan setiap kali tersangkut dalam situasi sukar. Arasy memang susah nak tolak permintaan dan pelawaan orang. Itulah... yang aku suka pasal dia.

          "L-lain kalilah! Letihlah joging 20 rounds." Jawab Arasy.

           Lari dua puluh pusingan mengelilingi taman? Itu tak bererti apa-apa bagi atlet sepertinya. Haih, Arasy, Arasy! Jangan sempurna sangat, boleh tak? Sempurna macam ni nak gi ane? Meh sini! Masuk hati saya!

          "Woi!"

          Abel menepuk tangannya di depan mataku. Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik aku tak melatah bukan-bukan. Tak ke malu kalau satu taman ni dengar aku melatah benda tak baik?

          "Kau kenapa senyum-senyum sendiri?" Abel memandangku dan jejaka berhud kelabu tadi bersilih ganti dan tersenyum herot. Dia berdehem. "Handsome jugakan lelaki tadi tu?"

          "Hah?" Aku terkebil-kebil. "Oh. Ha'ah handsome. Handsome." Kepala aku anggukkan berkali-kali.

          Iyakan ajelah. Kalau kata tak kacak, ada juga yang kena lecture dengan Abel sampai esok pagi.

          Tapi, apapun dah lama rasanya aku tak fikir pasal dia. Maksud aku, Arasy. Entah kenapa tiba-tiba hari ni terfikir pula pasal dia. Agak-agak, dia kat manalah sekarang...

+

Hai! Sorry sebab lama tak on Wattpad. It's just—tak ada semangat langsung nak tulis apa-apa. But last night, tiba-tiba dapat idea and ta-da! Maka jadilah Oxytocin. Kenapa tajuk dia Oxytocin? Yang tu, kalau nak tahu, kenalah tunggu.

Anyway. Saya dah siap tulis plot cerita ni dan insyaAllah, takkan tergendala. (ending cerita ni pun saya dah tahu even though baru semalam mula tulis hahahaha)

Hope korang enjoy! And please, stay safe and stay at home. love you :)

OxytocinWhere stories live. Discover now