Abel dan Hannah rancak berbual sementara aku pula berpura memasang telinga. Jari mengetuk meja tanpa aku sedari. Lutut di bawah meja tak henti bergerak. Leher dua kali ganda lebih panjang setiap kali pintu ke Con Café dibuka.
Termasuk hari ini, genap dua minggu aku tidak mendengar khabar daripada Hanif. Sesi tutor bersama Hanis juga tidak berhasil menemukan aku dan Hanif. Kata Hanis, Hanif jarang sekali pulang ke rumah sejak kebelakangan ini. Lebih kerap bermalam di makmal tambahnya.
Hannah pun tidak putus menenangkanku. Kononnya pelajar tahun terakhir memang sibuk 24 jam. Abel juga tidak putus meyakinkanku mungkin Hanif tidak sengaja tak mengendahkanku.
Pian pun sibuk juga. Tapi tak adalah sampai tak pedulikan Hannah.
"Anep!" Panggil Hannah.
Aku menoleh laju ke arah pintu. Pian melangkah masuk dengan Hanif di belakangnya, masih memegang tombol pintu.
Aku melambai. "Awak!"
Teruja jangan cakaplah. Gembira tak tertahan. Bukan sehari dua tak berjumpa. Dua minggu! 14 hari! Lama tu.
Hanif mengalihkan pandangannya ke arah Pian. Saling berpandangan buat seketika. Hanif mengeluh perlahan. Badan ingin dipalingkan ke belakang tetapi Pian menggenggam bahunya. Kepala Pian gelengkan, membantah keras.
Perlahan-lahan, tangan aku turunkan. Tergamam melihat Hanif meninggalkan kafe begitu saja tanpa menyapa kami. Dia masuk ke dalam perut kereta dan memandu pergi.
"Hai." Pian melabuhkan punggung di antara Hannah dan sebuah kerusi kosong yang aku simpan untuk Hanif. "Sorry lambat." Ucapnya.
"Anep pergi mana?" Tanya Abel.
"Oh." Pian mengerlingku, menggaru kepala. "Something came up."
Ada hal?
"Em. Bukan awak kata awak tak dapat join ke?" Tanya Pian.
"Kenapa?" Aku merenung kerusi kosong di hadapanku. "Sebab tu ke dia terburu-buru nak pergi? Sebab saya ada?"
"Eh, mana ada! B-bukan macam tu—"
"Kenapa dia nak mengelak daripada saya?" Cantasku.
Pian tunduk, berdiam diri.
Aku bingkas bangun. "Fine. Biar saya sendiri tanya dia."
"Em." Abel meraih tanganku.
"Not a good idea." Sambung Pian.
"And keeping me in the dark is a good idea?"
Mereka tergamam. Tiada yang berani bersuara. Malahan, Abel terus melepaskan tanganku. Tanpa menanti sesiapa di antara mereka menghentikanku sekali lagi, aku terus meninggalkan kafe dan memanggil teksi.
+
Makmal Department of Pharmacy aku kunjungi, mencari Hanif. Jawapan rakan sekelasnya, serupa semuanya. Rata-rata kali terakhir mereka melihat Hanif di makmal ialah semalam.
Menurut pustakawan, Hanif juga tiada di perpustakaan. Di Con Café semestinya mustahil. Aku juga sempat ke taman dan tempat-tempat lain yang pernah aku datangi bersama Hanif. Tiada jejak.
Pilihan terakhir bersemuka denganku. Seorang wanita berusia di akhir 20-an membawaku ke tingkat 2 bangunan tinggi milik keluarga Arasy itu. Sebaik saja kami melangkah keluar dari dalam lif, bau ubat-ubatan semakin kuat.
"Dr. Shima?" Panggil wanita di hadapanku itu.
Hashima, kakak kepada Hanif menoleh setelah mendengar namanya dipanggil. Senyumannya luntur serta-merta apabila bertentangan mata denganku. Usai memeriksa titisan IV seorang pesakit, dia menghampiriku. Wanita yang membawaku ke sini tidak lagi kelihatan.
"Follow me." Dia mengarahku.
Aku mengekalkan jarak yang dekat di antara kami. Bukan takut sesat, cuma kesabaranku kian menipis. Ingin tahu apa masalah Hanif sebenarnya secepat mungkin.
Hashima, atau seperti yang mereka menggelarnya di sini, Dr. Shima membawaku jauh dari wad yang didiami pesakit. Pintu ke sebuah bilik dikuak, menyuruhku masuk dahulu sebelum menutup rapat pintu di belakangnya.
Aku melihat sekelilingku. Sepertinya, sebuah bilik pesakit yang belum siap diubah suai sepenuhnya. Hanya rangka katil disimpan di sini.
"Nak apa?" Soalnya.
Aku menghadapnya. "Akak—maksud saya, doktor tahu tak Hanif ada kat mana?"
Keluh sinisnya pecah. "You ingat hospital ni tempat nak bermain ke? Kalau nak cari orang, bukan kat sini tempatnya."
"Tapi—"
"Tapi apa?" Dia berpeluk tubuh.
"Tapi Hanif dah lama tak contact saya."
"Kenapa you beriya sangat nak cari dia ni? You pregnant ke?"
Aku terlopong. Mata terbeliak sementara dia hanya tersenyum sinis.
"I know Anep bukan jenis yang akan buat macam tu—but then again, he's not really a good person." Sambungnya.
"Saya bukan orang baik—but I try to be." Kata-kata yang sama pernah Hanif tuturkan tetapi sehingga hari ni, aku masih belum mengerti.
"Maksud doktor?"
Kesinisan di wajahnya hilang. Diganti pula dengan kekecewaan. Lengan yang disilangkan pada dada diturunkan. Dia memandangku penuh simpati. Apa alasan di sebalik pandangan itu?
"You know, I tak suka tengok drama. Lebih-lebih lagi drama yang bagi duit suruh perempuan tinggalkan anak dia, yang simbah air kat muka perempuan simpanan suami dia. Too cliché and embarassing." Nafas dihela. "So I takkan buat macam tu. Instead, I'm just gonna ask you to leave him. Trust me, you takkan dapat apa-apa pun kalau you stay dengan dia. Not even a single penny."
Dia separa berpaling dariku. Berfikir sejenak kemudian kembali menatapku.
"You're so pathetic, d'you know that?"
Tumit bertemu lantai bergaung. Pintu tertutup rapat. Tinggal aku sendiri.
Setelah sekian lama berlalu, perasaan yang mencengkam hati kini kembali. Simpati. Turut simpati terhadap diri sendiri.
YOU ARE READING
Oxytocin
Dla nastolatkówSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...