Bab 36

1K 122 12
                                    

Seorang jejaka menundukkan kepalanya. Membaca cetakan hitam putih pada helaian kertas di tangan. Berkerut seribu.

          Hujung bibirku menjongket ke atas. Semakin aku merenungnya, semakin berdegup kencang jantungku. Perasaan yang telah diberi nama tetapi tiada kata dapat menjelaskannya.

          "Tengok apa?"

          Tapi... dia bukan jejaka yang aku bayangkan.

           "Hah?"

           "Tengok apa?" Arasy mengulangi soalannya.

           "Oh." Aku laju-laju melarikan pandangan. "Baca novel je."

           "Oh." Dia mengangguk faham dan kembali kepada tugasannya.

           Enam tahun lalu, duduk semeja, berhadapan dengan Arasy, bahkan hanya dengan melihatnya, cukup membuatkan hati tak keruan. Dup, dap, dup, dap, berdetak. Dirangkul kegembiraan.

          Kata Mat Salleh, 'butterflies in my stomach'. Macam tulah perasaan aku bila rapat dengan dia dulu. Sebenarnya, lepas apa yang dah jadi antara aku dan dia, aku pun tak sangka kami dapat rapat semula macam dulu-dulu.

          Tapi itu dulu. Sekarang, aku dah berubah. Perasaan aku dah berubah. Walaupun Arasy yang ada di depan aku sekarang ni serupa dengan Arasy yang dulu, aku tahu serba sedikit, dia juga sama telah berubah. Cuma tak ketara.

          Orang kata, perasaan seseorang ni dengan mudahnya boleh berubah. Membuatkan aku tertanya, bila titik perubahan perasaanku terhadapnya? Bila dia pulaukan aku? Bila aku mula dengar khabar angin tentang dia?

          Bila, aku tak tahu. Alasan mengapa, aku tahu. Satu nama; Hanif.

          Dengan diri sendiri, aku tak nak nafikan yang aku dah lama suka kat dia. Aku tak nak menipu, sekurang-kurangnya bukan dengan diri sendiri. Diri aku layak untuk mengetahui yang sebenarnya.

          Kalau dengan Arasy terasa 'butterflies in my stomach, bila dengan Hanif pula jangankan setakat rama-rama. Satu zoo terasa. Gembira. Sangat, sangat gembira.

          "Coffee aku dah habis." Arasy mengganggu lamunanku. "Aku nak pergi refill coffee. Kau nak tak? Kau tak order apa-apa pun."

          "Aku..." Aku menahan nafas. "Aku tak minum coffee. I don't like coffee."

          Arasy terkebil-kebil. "Iya ke? Kenapa aku tak pernah tahu?"

          Kenapa Hanif tahu?

          "Kalau tak nak coffee, kau nak apa?"

          "Cola—er, Kiwi Juice ajelah."

          "Kiwi juice?" Tanya Arasy, ingin mendapatkan kepastian. "Okay."

          Dia meletakkan kertas tugasannya ke atas meja dan bergerak menuju ke kaunter untuk membuat pesanan. Helaian kertas di tempatnya aku tatap lama. Membayangkan Hanif yang membeleknya. Membayangkan Hanif yang duduk di hadapanku sambil aku menghayati jalan cerita novel di tangan.

          Aku melakukan hal yang sama seperti ketika bersama Hanif tetapi atmosfera Con Cafe terasa asing. Ke mana perginya perasaan menyenangkan? Ke mana perginya keselesaan yang sering aku rasakan setiap kali mengunjungi tempat ini?

           Kenapa Arasy tak boleh nak berikan perasaan yang sama?

           Keluhan secara tak sedar aku lepaskan. Airpod aku keluarkan dari dalam beg sandang. Menekan pautan yang Hanif hantar. Membawaku ke senarai lagunya.

           Now If I keep my eyes closed

           He looks just like you

           But he'll never stay, they never do

           Mata aku pejam.

           Now if I keep my eyes closed

           He feels just like you

           But you've been replaced

           I'm face to face with someone new

           Alih-alih, mata celik semula apakala sebelah airpod milikku ditanggalkan. Menoleh ke sisi, Arasy membongkokkan badan. Mendengar lagu yang aku mainkan, hujung keningnya bertemu.

           "B-bagi baliklah!" Aku merampas airpod milikku daripadanya. "Suka-suka aje ambil barang orang." Gumamku sambil menyumbat semula peranti itu ke dalam beg.

           Arasy tertawa kecil. Segelas jus kiwi diletakkan bersebelahan dengan novel Barat bergenre Sci-Fi milikku. Kemudian secawan kopi diletakkan di hadapannya pula dan dia kembali ke tempat duduknya.

           "Bukan main sedih lagi lagu. Putus cinta ke?" Usiknya.

           Nak putus apanya? Mula bercinta pun tak pernah. Inikan nak putus.

           Tapi perasaan dia... sama macam masa Arasy reject aku dulu.

           Haih! Kenapalah aku selalu sangat sedih pasal kehilangan orang yang sejak awal lagi tak pernah jadi milik aku? Dah macam sumpahan dah rasanya. Haih!

          "Senyap aje. Betullah putus cinta?" Nadanya terlalu serius untuk ku lihat sebagai satu usikan. "Dengan siapa?"

          "Zayn Malik."

          Tawa Arasy meletus. "Lah, dah suka Zayn Malik dah ke sekarang? Dulu bukan main lagi syok kat lelaki Melayu. Dah tukar selera ke?"

           "Hm. Dah lama tukar selera." Aku mengiyakan saja. Malas mahu memberi penjelasan.

           Tawa Arasy surut. Kepala digaru. Terasa janggal.

           "Eh, kau tak nak balik kampung ke? Boleh jumpa Opah sekali. Alah, macam dulu-dulu!" Topik perbualan ditukar.

           "Habis sem nanti, baliklah."

           "Kau kenapa ni?"

           "Hah?"

           "Tiba-tiba dingin semacam. Kau terasa ke? Sorrylah. Aku gurau aje tadi. Itu pun sebab kau tak banyak cakap."

           Aku menahan keluhan. "Kau pun tahu aku memang jenis yang tak banyak cakap. So kenapa ajak aku keluar? Ajaklah orang lain."

           "Sebab aku suka kau."

           Fikiran kosong.

           "Salah ke kalau aku ajak orang yang aku suka, keluar, borak-borak macam ni?"

           S-suka aku? Dia suka kat aku? Arasy?

           Aku menutup novel di tangan. Membiarkannya di atas meja bersama segelas jus kiwi yang belum disentuh. Sepasang mata jejaka di hadapanku aku tatap sedalam-dalamnya. Mencari gurauan yang terselit tetapi gagal.

           Nafas aku hela. "Aku suka kau..."

+

nak tanya sekali lagi. korang rasa akhir nanti Em dengan Hanif atau Arasy? muehehehehehe

selamat malam

OxytocinWhere stories live. Discover now