"Okay, that's it!" Kak Shima menghenyakkan pungggung ke atas katilku. "Spill the tea."
"Tea apanya? Tak ada apa-apalah. Anep okay."
"Okay apanya hari-hari pasang muka monyok, masam aje."
Tangan yang menggerakkan tetikus komputer terhenti. Meskiku cuba ketepikan, apa yang sepasang mataku saksikan tempoh hari tetap muncul semula. Tak kira siang atau malam.
"Aku suka kau."
Aku yang baru saja memasuki Con Café ketika itu terpegun mendengar pengakuan Emilia kepada Arasy. Saat itu, aku menyedari yang ada di matanya hanya Arasy. Dulu dan sekarang.
Aku tak kalah. Malah, aku jauh sekali dari garisan permulaan.
"Pasal Emilia ke?" Kak Shima memusingkan kerusi yang aku duduki. Memaksaku untuk bersemuka dengannya. "You like her, don't you?"
Aku memilih untuk diam.
"Kalau suka, kenapa tak bagitahu je?"
"I have a dream and Anep kena stay focus—"
"No." Kak Shima mencelah. "I know, itu bukan jawapan sebenar. Kawan lama dia?"
M-macam mana...
"Emilia dah cerita dah semuanya. Kalau kawan lama dia, confess kat dia, you rasa dia betul-betul boleh terima? Lepas apa yang dah jadi, you rasa Emilia betul-betul boleh terima ke?"
Tapi... dia sendiri yang confess kat Arasy—
"But kalau betullah you jauhkan diri sebab you nak fokus kejar impian blah, blah, blah. You dah besar kut. Takkan tak boleh berfikir dengan matang? Takkan nak ulang kesalahan yang sama lagi? You're 25, why can't you have both?"
"Maybe next time— awak patut try dengar sampai habis."
Aku salah faham ke?
Telefon di dalam laci aku keluarkan. Mendail laju nombor telefon seseorang.
"Bel! Anep ni. Em kat mana sekarang?"
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...