Bab 24

969 133 5
                                    

Sesi mengajar Hanis matapelajaran Bahasa Inggeris menghampiri penghujungnya. Meskipun di bawah cahaya matahari, kelelahan jelas tertulis di wajah gadis 16 tahun itu. Risau akan keadaannya, aku pun memutuskan untuk mengakhiri kelas hari itu lebih awal berbanding selalunya.

          Sambil Hanis mengemas buku-bukunya, dia mengajakku berbual. Gadis yang dahulu lebih pendiam berbandingku, kini jauh lebih peramah. Pemalu pada mulanya tetapi saling mengenali satu sama lain, mulutnya tidak henti bergerak. Ada saja yang ingin dibualkan.

          "Mesti akak annoyed sebab Hanis asyik pot-pet-pot-pet ajekan?" Hanis menyengih.

          "Hah? Eh, tak adalah! Akak suka aje tengok Hanis macam ni. Suka berborak. Tak naklah Hanis yang dulu, yang pendiam." Nafiku.

          "Sorry." Ucapnya kemudian menyambung, "Sebenarnya, selain daripada akak, Hanis tak ada kawan lain yang boleh ajak borak macam ni."

          "Kenapa?" Dahi berkerut. "Hanis tak ada kawan ke kat sekolah?"

           "Kawan? More like future business partner." Dia tertawa kelat.

           "Kenapa pula?"

           Bahu dijongket. "Kalau ada yang nak berkawan pun, mesti ada niat lain. Nak ambil kesempatan."

           Ambil kesempatan?

          "Abang Hanis pun macam tu juga ke? Maksud akak, pernah tak ada someone yang nak ambil kesempatan?"

          "Abang Anep?" Hanis berfikir sejenak lalu menjongket bahu. "Kalau Hanis pernah rasa macam tu, tak mustahil Abang Anep pun pernah lalui benda yang sama."

          Sebab itu ke kakak dia suruh aku jauhkan diri? Sebab dia takut aku berkawan dengan Hanif semata-mata nak ambil kesempatan?

          "Er, Hanis." Aku bingkas bangun. "Akak nak pergi toilet kejap." Beritahuku dan bergegas meninggalkan perpustakaan.

          Pintu perpustakaan aku tutup rapat. Menoleh sekilas pandang ke kanan tetapi tengkuk kaku setelah melihat jejaka yang berdiri di hujung laluan. Segelas air kosong di tangannya.

          Jari aku genggam erat. Gigi aku ketap. Menghayun langkah ke arahnya yang sedang beku di di tempatnya. Genggamannya pada gelas kaca itu terlalu erat, buku jadi memucat.

           "Awak buat apa kat sini?" Soalnya dingin.

           "Saja ubah hari tutoring Hanis. Sebab saya tahu kalau saya buat macam ni, saya boleh jumpa awak."

          Hanif tertunduk. "Saya tak ada apa-apa nak cakap kat awak."

          "But I do."

          Hanif masih mengelak daripada menatap terus ke mataku. Anak matanya melilar. Menalakan pandangan ke arah lain dengan rawak.

           "Awak mengelak daripada saya, am I right?"

           "Hm." Jawabnya, tidak pun cuba untuk menafikan.

            "Kenapa?"

           "Sebab Arasy."

           Lagi sekali?

           "Saya dah banyak kali cuba tanya pasal awak dengan Arasy. Banyak kali juga awak mengelak. Then the other night, awak minta number Arasy dari Hannah. After that you just—ran out of the cafe like crazy."

           "So awak marah?"

           "Kenapa awak minta number dia? What? Sebab awak tiba-tiba sedar awak suka kat dia? Sebab tu awak tinggalkan—tinggalkan kitorang?"

OxytocinWhere stories live. Discover now